Wednesday 21 December 2011

KEJORA F.C JUARA PIALA JOSEPH KURUP

JUARA....Pasukan Kejora dari Tenom menjuarai kejohanan bolasepak 9 sebelah Piala Tan Sri Joseph Kurup di Kompleks Sukan Keningau.

PASUKAN Kejora F.C dari Tenom menjuarai Kejohanan Bolasepak 9 sebelah Piala Tan Sri Joseph Kurup di Keningau. Pasukan tersebut megalahkan 69 pasukan yang telah menyertai pertandingan tersebut; sekaligus merebut hadiah wang tunai RM1000, 3 set jersi, piala rebutan dan peralatan sukan.

Pengerusi Penganjur, Kahirin Bador berkata, kejohanan siri 4 itu telah berjaya mendapat sambutan di luar jangkaan kerana telah menarik sebanyak 70 pasukan dari sekitar pedalaman menyertainya.

"Terima kasih di atas sambutan yang diberikan. Tahun hadapan kita akan anjurkan lagi kejohanan ini berdasarkan kepada sambutan yang diberikan," kata Kahirin, yang juga merupakan Ketua Pemuda Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) N.37 Sook.

Sementara itu, tempat kedua ialah Barai F.C dari Mukim Dalit , tempat ketiga Lingkudau F.C dan keempat Java F.C.

Penyerahan hadiah-hadiah disempurnakan oleh Ketua Pemuda EXCO PBRS, Vincent Lee, Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Osman Che Jusoh dan Kahirin sendiri.

No comments:

Post a Comment