Tuesday, 27 December 2011

PEGAWAI PERKESO ANIAYA ANGGOTA PDRM?



WAWANCARA... Samsimon sedang diwawancara oleh Sabahkini.Net mengenai kesnya dengan SPRM.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

GARA-GARA dituduh menerima wang sogokan sebanyak RM7,000 hingga RM8,000, dua orang Anggota polis yang berpangkat Lans Koperal dan seorang lagi polis konstabel telah ditahan selama 8 jam oleh pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Sandakan untuk disoal siasat, baru-baru ini.

Dua orang anggota polis terbabit yang dikenali sebagai Shahrizan bin Samsidi (RF/161959) dan Lans Koperal Samsimon bin Akop (RF156328) masing-masing didakwa menerima sogokan daripada Abdullah Bin Gani, pegawai PERKESO dengan tujuan untuk membantu menyelesaikan kes Abdullah Gani dengan pihak SPRM sebagai Saksi.

Berikutan itu Shahrizan telah membuat laporan polis SKN/RPT/16383/2011 bertarikh 20/12/2011 pada jam 1300 hrs di Balai Polis Sandakan yang berbunyi;

“Pada 20/12/2011 jam lebih kurang 1250 hrs bersabit SKN/RPT/16382/2011 di kaunter PPK Kim Fung Batu 4 Sandakan. Saya merasakan dan mendapati diri saya telah dianiaya dan difitnah oleh Penama, Encik Abdullah bin Gani Pegawai PERKESO Sandakan, pada hal saya tidak mengenali siapa itu Encik Abdullah Gani. Disebabkan tohmahan dan tuduhan yang dilakukan oleh Abdullah Gani telah menyebabkan imej saya sebagai anggota PDRM telah tercemar dan telah menjejaskan reputasi kerjaya saya sebagai anggota PDRM. Saya buat laporan tuntutan saman malu (SIVIL KES) terhadap Abdullah Bin Gani.”

Dalam temubual Sabahkini.Net dengan Shahrizan, beliau telah menjelaskan bahawa beliau tidak mengenali siapa itu Abdullah Gani yang mendakwa bahawa beliau dan Samsimon telah menerima wang tunai daripada Abdullah Gani sebanyak antara RM7,000 hingga RM8,000 untuk membantu menyelesaikan masalah Abdullah dengan pihak SPRM.

“Apa kuasa yang ada pada kami sehingga kami boleh membantu menyelesaikan masalah Abdullah Gani dengan pihak SPRM dan tarikh bila kami menerima wang sejumlah itu daripada Abdullah? Kenapa masalah Abdullah Gani dengan SPRM kami berdua dilibatkan sama? Apa kena mengena?“ tanya Sharizan.

“Macam mana kami boleh dituduh menerima wang sebanyak itu daripada Abdullah Gani? Saya akan buktikan jika pihak SPRM terus mendesak atas dakwaan Abdullah Gani bahawa kami telah menerima wang seperti yang disebutkan itu, kita pergi sama-sama ke bank untuk meminta penyata akaun keluar masuk wang kami,” jelas Shahrizan dan Samsimon.

Sementara dalam laporan polis No: SKN/RPT/16379/2011 bertarikh 20 Disember 2011, pada jam 1320 hrs yang dibuat oleh Lans Koperal Samsimon bin Akop (RF:15638) seperti berikut;

“Saya merasakan diri saya dianiya oleh Abdullah bin Gani Pegawai PERKESO Sandakan, pada hal saya tidak mengenali langsung siapa Abdullah bin Gani. Dengan ini saya hendak membuat tuntutan saman malu (Sivil Kes) terhadap Abdullah Gani kerana telah menjejaskan kerjaya saya sebagai anggota PDRM.”

Disebabkan dua orang anggota PDRM itu Shahrizan dan Samsimon tidak puas hati dengan layanan buruk serta ugutan pihak SPRM yang dikenali ABU, mereka masing-masing membuat laporan polis untuk tindakan polis kepada pegawai SPRM terbabit.

BUKTI....Laporan Polis Shahrizan mengenai SPRM dan Abdullah Gani.

DUA KALI….Samsimon menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.

Samsimon juga membuat satu lagi laporan polis SKN/RPT/16378/2011 pada 20 Disember 2011 yang berbunyi;

“Pada 19 Disember 2011, jam lebih kurang 1230 hrs, saya/kami telah terima panggilan telefon daripada seseorang yang memperkenalkan dirinya sebagai Abu, anggota SPRM Sandakan.

Dalam percakapan melalui telefon mengatakan supaya saya/kami hadir ke pejabat SPRM Sandakan pada jam 1400 pm untuk menjadi saksi dan saya/kami tidak diterangkan dengan lebih lanjut kenapa saya/kami harus ke sana. Pada jam 1400 pm hari yang sama; ketika saya/kami di PPK Kim Fung, Batu 4, Sandakan datang sebuah kereta pacuan 4 roda berwarna hitam jenis Fortuna yang dinaiki oleh dua lelaki yang memperkenalkan diri mereka anggota SPRM, kemudian mengarahkan saya/kami untuk pergi ke pejabat SPRM.

Sampai di pejabat SPRM lebih kurang jam 1420 pm, saya/kami disiasat untuk menjadi saksi kepada Abdullah Gani sedangkan kami tidak tahu apa kesalahan kami yang sebenarnya dan menguggut saya/kami suruh mengaku bila kami tanya pegawai SPRM tidak membenarkan kami bersuara sambil memukul meja dan dinding.

Kami didesak agar menjadi saksi kes Abdullah, tetapi kami dibuat seperti penjenayah kerana diberikan layaran paling buruk oleh para pegawai SPRM. Disebabkan kami rasa tidak puas hati dengan tingkah laku para pegawai SPRM saya/kami membuat laporan polis kerana biarlah pegawai polis atasan sendiri yang akan mengambil tindakan selanjutnya kepada pihak SPRM.”

Jelas Sharizan dan Samsimon, untuk membersihkan nama mereka yang sudah tercemar akibat perbuatan Abdullah Gani, maka mereka terpaksa membuat laporan susulan kedua untuk menangkap Abdullah Gani bagi membantu siasatan kerana beliau hairan kenapa Abdullah tergamak menuduh kepada mereka menerima wang tunai sebanyak RM7,000 hingga RM8,000; sedangkan tiada bukti yang kukuh.

“Perbuatan Abdullah benar-benar telah menjatuhkan martabat dan imej kepolisian PDRM,” jelas Shahrizan yang mendesak agar polis bertindak terhadap Abdullah yang dipercayai membuat laporan palsu terhadap mereka, tanpa sebarang motif.

3 comments:

  1. 2 Orang Anggota Polis ini adalah daripada unit Ronda. Saya difahamkan oleh En. Abdullah saya pada 05.12.2011 kedua dua anggota ni telah menghubungi En. Abdullah melalui hp lebih kurang jam 1.10 petang dan telah mengangkut En. Abdullah daripada premis Pejabat Perkeso Sandakan. Salah seorang anggota tersebut En. Sharizan adalah kawan baik En. Abdullah. En. Abdullah semasa diangkut oleh kedua dua anggota ini telah dimaklumkan secara lisan bahawa En. Abdullah telah terlibat dalam banyak kes Pecah Amanah (CBT) dan Rasuah dan telah tersenarai dalam 10 Kes tertinggi di Sabah. Kedua dua anggota polis ini telah membawa En. Abdullah ke suatu lokasi (Restaurant) dan En. Abdullah telah diperkenalkan seorang yang lain yang dikatakan sebagai "orang tengah" yang boleh menyelesaikan permasalahan yng di hadapi oleh En. Abdullah. "Orang tengah" ini mengaku Pegawai tertinggi dalam kerajaan yang boleh membersihkan nama nama sesorang yang kononnya telah terlibat dengan kes kes Jenayah Rasuah di seluruh Malaysia. "Orang Tengah" ini dikenali sebagai "Botak" atau "Amin" kerana enggan memperkenalkan diri secara detail. Kedua dua anggota Polis ini yang juga berasal daripada Negeri Sarawak enggan memberi nama sebenar orang tengah tersebut setelah diminta oleh En. Abdullah beberapa kali secara lisan besemuka dan juga melalui perhubungan talipon. "Orang Tengah" ini dengan sokongan kedua dua anggota polis ini meminta wang sebanyk RM10,000 Ringgit dengan tujuan untuk membersihkan nama En. Abdullah. En. Abdullah keliru dan merasa ada sesuatu yang tidak betul dalam kes ini kerana En. Abdullah tidak pernah terlibat dalam semua pertuduhan yang dilontarkan oleh "orang Tengah" itu dan juga diatas sokongan moral oleh kedua dua anggota polis yang terlibat. Terdapat sekurang kurangnya 2 perjumpaan lain lain telah berlaku susulan daripada perjumpaan yang pertama dan beberapa perbualan telepon dan message yang berjaya direkodkan. Untuk makluman pengakuan anggota Polis En. sharizan yang tidak mengenali En. Abdullah adalah tidak benar kerana mereka adalah kawan rapat dan pernah tidur serumah dengan En. Abdullah yang dianggap oleh En. Abdullah sebagai kawan paling rapat seperti adik beradik sehingga pada suatu masa En. Abdullah boleh memakai kasut seragam Polis En. Syahrizan. En. Abdullah telah membuat laporan kepada pihak yang berkuasa dan meminta Kedua dua anggota polis ini membantu beliau menjejaki "Orang Tengah" yang telah mengugut dan mengancam dan juga boleh membersihkan nama secara tipuan ini tetapi anggapan dan harapan En. Abdullah telah berkecai kerana kedua dua Anggota Polis ini seolah olah bersubahat menyembunyikan identiti "orang tengah" yang merbahaya itu. Sepatutnya sekiranya kedua dua anggota Polis ini tidak bersubahat dengan "orang tengah" itu mereka tidak takut untuk bekerjasama dalam memburu "orang Tengah" itu yang pakar berbahasa loghat semenanjung seperti yang telah dirakamkan oleh anggota polis itu sendiri En. syahrizan semasa pertemuan mereka di Old Town Coffee House mengikut kata En. Abdullah.

    ReplyDelete
  2. Sesorang yang mengaku dan telah membuat Laporan Polis Palsu boleh disabitkan satu kesalahan namun En. Abdullah adalah seorang yang telus menjaga "erti Persahabatan" yang iklas dan tidak ingin menyusahkan sahabat terutama yang seagama dengannya. En. Abdullah tidak mempunyai masalah untuk berhadapan dengan ugutan "Sivil Case" yang dilemparkan kerana ada diantara anggota Polis yang membuat aduan telah membuat atau telah membuka "Akaun Semasa Bank" bersama sama diatas nama anggota itu bertahun sebelum kejadian ini berlaku. Oleh itu pengakuan tidak kenal itu tidak betul sama sekali. sehubungan dengan itu sekiranya erti persahabatan yang sebenarnya masih ada maka anggota Polis yang terbabit seharusnya membantu memburu "Orang tengah" yang dikenali sebagai "Botak" atau "Amin"....

    ReplyDelete
  3. menurut En. Abdullah anggota Polis terbabit juga pernah menggunakan "Kad Kredit" Bank milik En. Abdullah untuk membiayai tambang tiket penerbangan anggota Polis tersebut dan juga membiayai tiket penerbangan tunang kepada anggota polis terbabit. En. Abdullah mengesatkan air mata semasa mengkongsikan maklumat ini kerana anggota polis ini memilih untuk menjatuhkan maruahnya di halaman ini yang dianggap sebagai kawanyang baik tetapi rupanya kawan yang sentiasa "menikamnya dari belakang".

    ReplyDelete