ALIRAN masuk agresif perbelanjaan modal (Capex) bagi pembangunan telaga minyak dan gas (O&G) sut yang dibuka semula atau projek peningkatan pengeluaran minyak (EOR) oleh pemain O&G Malaysia, dijangka berterusan pada 2012.
Sejak 12 bulan lepas, entiti O&G negara, Petronas Bhd sibuk meningkatkan pengeluaran bukan sahaja bagi menyaingi pengeluaran yang tinggi pada tahun sebelumnya malah mahu mencapai matlamat itu secara lebih efisien, kata OSK Research.
Syarikat itu berkata pengeluaran O&G Petronas telah menurun kepada 2.1 juta tong bersamaan/hari (boe/day) pada tahun kewangan 2011 daripada 2.3m boe/day sebelum ini.
"Sehubungan itu, Petronas bersama-sama pihak kontrak pengeluaran perkongsian (PSC), telah memasukkan Capex secara progresif ke dalam telaga O&G sut atau projek peningkatan pengeluaran minyak.
"Kedua-dua projek itu dijangka membantunya memenuhi objektif peningkatan pengeluaran O&G pada tempoh masa yang paling singkat dan juga pada kos pengeluaran paling rendah dari lapangan minyak baharu atau telaga yang lebih canggih," kata OSK Research.
Syarikat penyelidikan itu juga menjangka bahawa lebih banyak telaga sut akan diserahkan bagi dilakukan pengeluaran semula pada 2012.
Pada 2011, Petronas memberikan dua kolompok telaga O&G sut, iaitu kelompok Berantai kepada Kencana dan SapuraCrest, dan kolompok Balai kepada Dialog Bhd.
Telaga itu adalah projek segera yang dijangka memulakan pengeluaran O&G di dalam tempoh satu atau dua tahun berbanding dengan pengeluaran telaga laut dalam yang canggih, yang kemungkinan memakan masa tiga hingga lima tahun untuk dimulakan.
"Menuju ke hadapan, terdapat banyak banyak peluang pembangunan baharu sejak Petronas berhasrat untuk membangunkan kira-kira 25 peratus daripada 100 baki telaga O&G yang dikenal pasti," kata OSK Research.
Dengan mengambil kira pendedahan dan pengalaman, katanya ia tidak mengejutkan jika Kencana, SapuraCrest dan Dialog diberikan projek itu sekali lagi.
Juga, pada tahun depan, fokus pada peningkatan projek pengeluaran minyak (EOR) dijangka diteruskan.
Ini disebabkan Capex tambahan yang diperlukan untuk mengekstrak baki O&G dijangka jauh berkurangan berbanding dengan pengeluaran minyak di telaga baharu.
Baru-baru ini, Petronas dan Shell telah menandatangani Kepala Perjanjian bagi dua kontrak perkongsian pengeluaran selama 30 tahun, yang melibatkan projek EOR di luar pesisir Sabah dan Sarawak.
OSK Research berkata pertumbuhan masa depan sektor itu dijangka dicapai melalui penggabungan dan pengambilalihan (M&A).
"Kami merasakan pertumbuhan melalui M&A lebih kemungkinan dilakukan berbanding pertumbuhan organik apabila industri O&G menjadi lebih dinamik.
"Syarikat-syarikat diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan yang lengkap serta melaksanakannya pada tempoh boleh diterima dan mengikut masa.
"Petronas dan rakan kontrak perkongsian pengeluarannya dijangka menempatkan tanggung jawab projek utama pada satu kontraktor O&G bagi mempastikan keseluruhann projek itu dilaksanakan, berbanding dengan hanya menyerahkan bahagian-bahagian kecil kepada banyak kontraktor, yang kemungkinan mewujudkan risiko kelewatan dan peningkatan kos.
"Sehubungan itu, kami mempercayai kemungkinan dilakukan penyatuan di kalangan penyedia kapal dan penyedia perkhidmatan lapangan minyak lama," kata syarikat penyelidikan itu. (BERNAMA)
No comments:
Post a Comment