Saturday 31 December 2011

AZIZ BARI PERLU IKUT GILIRAN



Oleh : AZMAN ARIFFIN

PENULIS menyambut baik dan mengalu-ngalukan sokongan terbuka pakar perlembagaan negara, Profesor Dr. Aziz Bari terhadap Pakatan Rakyat. Walaupun pengumuman tersebut sebenarnya tidaklah begitu mengejutkan, jika melihat peranan yang dimainkan Aziz Bari sebelum ini yang lebih banyak berpihak kepada Pakatan Rakyat, terutama dalam sebarang isu yang melibatkan tafsiran perlembagaan.

Sokongan itu juga pada pandangan penulis menandakan bermulanya karier Aziz Bari dalam politik sebaik kerjayanya sebagai Pensyarah Undang-Undang Berakhir hari ini (31 Disember 2011).

Secara amnya, penyokong Pakatan Rakyat menyambut dengan baik jika ada golongan profesional dari kalangan penjawat awam yang mengumumkan sokongan terbuka kepada Pakatan Rakyat.

Apatah lagi jika mereka sanggup meninggalkan kerusi empuk masing-masing dalam perkhidmatan kerajaan, semata-mata untuk keluar dari kepompong kepura-puraan dan terlibat secara langsung dengan politik Pakatan Rakyat, Aziz Bari tidak tekecuali.

Tapi penulis sedikit kecewa bila Aziz Bari dengan serta merta juga menawarkan diri sebagai calon Pakatan Rakyat. Seolah-olahnya sokongan Aziz Bari kepada Pakatan Rakyat tidak ikhlas sebaliknya semata-mata mengharapkan jawatan.

Apatah lagi bila Aziz Bari belum mengumumkan untuk menyertai mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat.

Umum mengetahui bahawa Pakatan Rakyat masih belum didaftarkan justeru tidak melayakannya bertanding menggunakan nama tersebut dalam pilihanraya akan datang. Setiap calon masih perlu bertanding atas lambang parti masing-masing dan penting untuk Aziz Bari menyatakan parti mana yang mahu disertainya.

Dari situ, barulah ditentukan kawasan mana yang sudi menjadikan Aziz Bari sebagai calon mereka.

Jika Aziz Bari dicalonkan dalam pilihanraya umum akan datang tanpa melalui proses yang sepatutnya, dikhuatiri pencalonan beliau akan menyekat peluang kepimpinan di kawasan tersebut untuk bertanding, seterusnya menyumbang kepada undi protes. Dalam keadaan sekarang, itu (undi protes) adalah perkara terakhir yang kita mahukan..

Kita perlu akui, Pakatan Rakyat sekarang tidak lagi sama seperti mana tahun 2008. Pencalonan tidak boleh lagi dibuat sesuka hati dan tangkap muat kerana sudah terbukti pencalonan yang sedemikian hanya mendatangkan musibah kepada parti seperti mana yang berlaku dalam PKR hari ini.

Apatah lagi sebagai ‘orang baru’ dalam politik, kesetiaan Aziz Bari kepada Pakatan Rakyat dan dasar perjuangannya masih lagi belum teruji, dibandingkan dengan pemimpin akar umbi sedia ada.

Penulis nasihatkan Profesor Dr. Aziz Bari agar dapat bersabar sedikit sementara menantikan saat yang sesuai untuk dirinya bertanding mewakili Pakatan Rakyat. Perhebatkanlah dulu jasa dan sumbangan di peringkat akar umbi sebelum boleh menawarkan diri.

No comments:

Post a Comment