Wednesday, 28 December 2011

MALAYSIA KUTUK SEBARANG BENTUK KEGANASAN



MALAYSIA sentiasa berpendirian tegas mengutuk tindakan keganasan dalam apa jua bentuk terutamanya yang melibatkan orang awam di mana saja termasuk di Nigeria, Syria dan Iraq.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata tindakan sengaja mengakibatkan kehilangan nyawa dan mendatangkan kecederaan adalah suatu perilaku yang tidak boleh dimaafkan dan merupakan tindakan tidak berperikemanusiaan.

"Begitu juga serangan terhadap tempat-tempat ibadat dan semasa perhimpunan penganut bagi meraikan sesuatu hari penting adalah amat dikesali," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu, mengenai serangan bom di Nigeria pada Hari Natal.

Justeru itu, katanya Malaysia melahirkan rasa terkejut dan amat sedih atas kejadian pengeboman dua gereja di Nigeria pada Hari Natal itu.

"Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa terkorban dan bersimpati dengan mereka yang tercedera akibat tindakan yang tidak berperikemanusiaan," katanya.

Dilaporkan sekurang-kurangnya 40 orang terkorban dalam kejadian tersebut.

No comments:

Post a Comment