Wednesday 28 December 2011

SAPP SEDIA ‘DARAH’ UNTUK KRISMAS



PARTI Maju Sabah (SAPP) P169 Kota Belud akan mengadakan acara Larian Jogathon sambil menderma darah sempena sambutan Hari Krismas dan Tahun Baru 2012 yang akan di adakan di Padang dan Mini Dewan Piasau Kota Belud pada 29 Disember 2011.

Pengerusi Penganjur, Jack Giau mengatakan matlamat acara yang diadakan adalah untuk mengeratkan perpaduan dan hubungan di kalangan masyarakat di Kota Belud, di samping menganjurkan kempen derma darah akan dilaksanakan untuk menambah tabung darah Hospital daerah Kota Belud yang sangat memerlukan darah demi menyelamatkan nyawa yang memerlukan.

Acara yang akan dijalankan bermula pada jam 7 pagi dengan persembahan poco-poco beramai-ramai sebelum pelepasan jogathon. Kempen derma darah akan bermula pada jam 8 pagi ketika jemputan Artis AF Adira dan Penyanyi Rap Dusun, Atama Katama akan menghibur para hadiran.

Acara yang julung kali diadakan di Kota Belud oleh Parti SAPP akan dirasmikan oleh Presiden Parti, Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee. Antara Pemimpin yang akan hadir pada acara tersebut ialah Datuk Dr Jeffry Kitingan, Datuk Eric Majimbun dan Datuk Mohd Nor Mansor.

Orang Ramai adalah di jemput menyertai larian PERCUMA dan hanya perlu mendaftar pada awal pagi dan menderma darah kerana setitis darah boleh menyelamatkan nyawa manusia. Cabutan tiket bertuah juga ada pada acara tersebut.

No comments:

Post a Comment