Tuesday 27 December 2011

PENGALIRAN WANG PANAS HANYA CERITA DONGENG?

Saudara Pengarang,

PELBAGAI pandangan dan berita disiarkan di media massa, termasuk kenyatan Datuk Abdul Rahman Dahlan (MP Kota Belud) berhubung isu pengaliran keluar wang haram dari Malaysia; yang kononnya meningkat tiga kali ganda iaitu RM208.1 billion berbanding Amerika Syarikat USD22.2 billion; sebagai mana dilaporkan Global Financial Integrity (GFI), sebenarnya tidak tepat dan menunjukkan seolah-olah tidak ada pakar ekonomi di Malaysia.

Laporan yang bertajuk Pengaliran Wang Panas daripada Negara Membangun: 2000-2009 menyatakan, pengaliran keluar wang panas dari Malaysia berjumlah US291 bilion (RM888 bilion) dalam tempoh tersebut adalah laporan yang tidak bertanggung jawab dan mengelirukan kerana matawang Malaysia tidak laku di luar negara.

Kenyataan Kementerian Kewangan bahawa Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan bagi menangani pengaliran keluar wang secara haram sudah menunjukkan tanda-tanda kejayaan, menambah lagi kerisauan rakyat biasa yang tidak tahu sistem kewanga Negara; apatah lagi Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai dan Perdana Menteri tidak mempunyai asas atau kerangka latar belakang ekonomi.

Persoalannya kenapa Pakar Ekonomi Handalan Malaysia di Kementerian Kewangan dan Bank Negara hanya berdiam diri dan tidak berani bersuara?

Senario yang sebenarnya berlaku ialah penggunaan aplikasi bukan perbankan disebabkan urusan Bank di Malaysia tidak interaktif dengan pengguna yang memerlukan kepantasan dan kecekapan urusan perbankan, terutama yang melibatkan perdagangan antarabangsa; terutama yang bertaruh dengan masa seperti pasaran saham luar negara.

Kadar caj perkhidmatan yang tinggi tanpa kawalan di bank perdagangan di Malaysia terutama yang dikekang oleh karenah birokrasi dan dikuasai kapitalis; permainan masa, kekangan matawang dan sebagainya; menyebabkan para peniaga, pelabur, warga asing, ibubapa pelajar dan pelanggan perbankan memilih cara pengiriman wang melalui agensi bukan perbankan; terutama Western Union dan Pasaran Saham.

Penyeludupan keluar wang haram melalui penggubahan wang haram dan membiayai keganasan, rangkaian dadah antara bangsa, penyeludupan mata wang dan sebagainya; adalah ‘istilah’ sahaja kerana mungkin tidak berlaku di Malaysia, melainkan jika menggunakan matawang berdenominasi besar seperti Dollar Singapura.

Bukannya mudah untuk menyeludup keluar wang Malaysia ke luar negara kerana nilai denominasi paling besar ialah RM100 berbanding $10,000 Dollar Singapura; melainkan kes terpencil ‘I Speak No English’.

Dalam hal ini, Perdana Menteri wajar memberi penjelasan sebenar berhubung senario yang berlaku, terutama Dasar Kerajaan berhubung Perbankan dan Kewangan yang terlalu dangkal sehingga senang dibuli oleh Negara jiran seperti Indonesia, Filipina, Thailand dan Singapura.

Di pihak pembangkang pula, tidak ramai Ahli Parlimen yang mempunyai latar belakang kewangan dan perbankan, termasuk Anwar yang bukannya pakar ekonomi kerana tidak pernah berniaga.

Pemimpin Negara terutama Menteri dan Timbalan Menteri Kewangan, bagaikan 7 orang buta yang mahu mengenali rupa bentuk gajah akan memberi tanggapan yang salah jika mereka hanya terpegang ekor, kaki, telinga atau badan.

Sistem Ekonomi Malaysia yang masih konservatif menyebabkan berlaku kebocoran dana yang serius berbanding dengan isu pengaliran keluar wang panas dari Malaysia yang hanya khabar angin, tetapi digembar-gemburkan oleh GFI sebagai usaha untuk membuli Sistem Kewangan Malaysia yang rapuh.

Dalam hal ini, Kerajaan Malaysia sewajarnya mencontohi Kerajaan Negeri Sabah terutama kehebatan The Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) yang berpaksikan kepada Koridor Pembangunan Sabah (SDC) telah berjaya menyerlahkan Sistem Kewangan Kendiri; terutama Agropolitan yang berjaya menengelamkan GAH Felda di Persada Dunia, setelah Sabah memperolehi rating AAA daripada RAM.

Salam Hormat,

UNCLE CHEN

No comments:

Post a Comment