Wednesday 21 December 2011

KKLW NAFI MENYELEWENG DALAM ‘TENDER GATE’

Oleh : MEOR HAFIZAN BIN ABDUL GHANI

LEMBAGA Perolehan A (LPA) KKLW Bil 5 Tahun 2011 yang telah bersidang pada 24 Februari 2011 telah bersetuju untuk meluluskan permohonan penyenaraian nama kontraktor bagi menyertai tawaran tender terhad Projek Jalan Access Kg. Menawo, Keningau, Sabah di bawah NKRA dengan anggaran jabatan oleh JKR Sabah berjumlah RM 9.4 juta.

Bagaimanapun pada masa JKR melaksanakan proses tender tersebut, anggaran JKR telah meningkat kepada RM 11.584 juta. Sehubungan itu, LPA KKLW hanya memperakukan kepada Kementerian Kewangan memandangkan anggaran jabatan telah melebihi kuasa Kementerian.

Kementerian Kewangan tidak meluluskan perakuan yang dibuat oleh LPA KKLW dan memutuskan supaya projek ini dilaksanakan secara tender terbuka.

Sehubungan itu, tidak timbul isu bahawa Menteri KKLW telah menyeleweng dan mengarahkan tender terhad kelas B diluluskan dalam projek ini dan tiada pelanggaran tatatertib yang telah dilakukan oleh pegawai yang terlibat di dalam pelaksanaan tender terhad bagi projek ini.

Namun semua pegawai yang terlibat dalam pelaksanaan projek di bawah Kementerian disaran untuk sentiasa peka dan mematuhi segala peraturan dan prosedur sedia ada.

Maklumbalas perkara ini telahpun dihantar kepada Kementerian Kewangan pada 30 November 2011 dan merupakan jawapan terhadap Laporan Sabahkini.net bertajuk ’Tender Gate’ KKLW (Siri Pertama)

(NOTA : Meor Hafizan Bin Abdul Ghani merupakan Ketua Komunikasi Korporat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah)

No comments:

Post a Comment