Saturday 17 December 2011

PEMAJU AMBIL TINDAKAN SEGERA DI TAMAN MAWAR



Oleh : CHANG SHAK HUNG

KEJADIAN keretakan dinding pagar rumah penduduk di Lot 561, Blok 73, Fasa 2, Taman Mawar, telahpun mendapat perhatian daripada pihak pemaju perumahan dan satu tinjauan ke lokasi kira-kira pukul 11.40 pagi kelmarin (16 Disember 2011) dan telahpun dilakukan bersama-sama dengan pemaju yang diwakili oleh Chong dan Chin serta anak pemilik rumah berkenaan.

Melalui pertemuan ini, Chong memaklumkan oleh bahawa beliau amat menitik berat tentang tahap keseriusan dan keselamatan pemilik rumah berkenaan dan dengan serta-merta memberi jaminan bahawa benteng konkrit sebagai penahan runtuhan tanah akan dibuat mengikut tahap keseriusan tersebut.

Melalui pertemuan ini juga, pihak pemaju juga amat bertimbang-rasa dengan situasi tersebut memandangkan keadaan hujan yang berterusan ini tidak akan menghalang mereka untuk mencari jalan penyelesaian demi keselamatan pemilik rumah.

Chong turut memaklumkan bahawa setelah projek perumahan yang dijangkakan siap sepenuhnya pada bulan Jun 2012, kawasan yang terlibat terutamanya rumah Puan Mary, akan diatasi sepenuhnya daripada runtuhan dan keseluruhan kawasan akan dipagari bagi tujuan keselamatan supaya orang ramai tidak menggunakan jalan ini sebagai jalan pintas.

Sabahkini.net amat berterima kasih kepada Chong dan Chin memandangkan pihak pemaju telah mengambil inisiatif yang drastik dan konkrit setelah membaca atrikel Sabahkini.net kelmarin dan pertemuan segera diatur untuk menyelesaikan permasalahan tersebut.

Chang Shak Hung yang mewakili Sabahkini.net memberitahu bahawa hujan yang turun tidak akan menghalang beliau dari terus berkhidmat untuk masyarakat dan pihak pemaju patut dipuji kerana sanggup meluangkan masa untuk meninjau permasalahan penduduk bersebelahan projek pembinaan mereka dalam memastikan tiada sesiapa yang diketepikan dalam soal keselamatan penduduk.

No comments:

Post a Comment