Friday 9 December 2011

YAYASAN SABAH CATAT UNTUNG RM116 JUTA



KUMPULAN Yayasan Sabah milik kerajaan negeri, mencatatkan unjuran keuntungan sebanyak RM116.54 juta tahun ini, jauh melebihi prestasi sebenar tahun lepas sebanyak RM66.75 juta.

Pengarahnya, Tan Sri Datu Khalil Datu Jamalul berkata keuntungan itu menyaksikan peningkatan sebanyak RM44.79 juta berbanding keuntungan sebenar tahun lepas.

Beliau berkata demikian pada ucapan akhir tahun dan jamuan makan malam Kumpulan Yayasan Sabah di Kota Kinabalu, malam kelmarin.

Turut hadir ialah Ketua Menteri yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Peningkatan keuntungan pada tahun ini disumbangkan oleh sektor perladangan agro, minyak dan gas, perhutanan, hartanah dan sektor bio-teknologi, katanya.

"Walaupun sektor lain belum mampu memberi sumbangan positif, namun kita sedang berusaha untuk memperbaiki keadaan," katanya.

Sementara itu, Datu Khalil berkata Kumpulan Yayasan Sabah menyasarkan mengutip RM5 juta bayaran balik pinjaman pendidikan daripada pada peminjamnya tahun ini.

Setakat November, katanya bayaran balik pinjaman yang berjaya dikutip sudah mencecah RM4.9 juta dan yakin dapat menepati sasaran itu pada akhir tahun ini. (BERNAMA)

No comments:

Post a Comment