Thursday 6 June 2013

YEMEN TEMBAK PEROGOL DENGAN AK-47?






Saudara Pengarang,

KETIKA perogol kanak-kanak malang bawah umur di Sabah dibenarkan Mahkamah Syariah bernikah dengan perogolnya; setelah bapa kanak-kanak malang itu dirasuah; Kerajaan Yemen menjatuhi hukuman mati ke atas seorang peliwat di Yemen.

Lelaki itu yang merupakan seorang tukang gunting rambut telah dihukum mati setelah didapati bersalah meliwat dan membunuh budak lelaki berumur 11 tahun yang memasuki kedainya untuk menggunting rambut.

Hukuman dijalankan di khalayak ramai dengan lelaki tersebut dibaringkan terlentang di atas tanah dan ditembak menggunakan senjata AK-47 sebanyak 4 das di bahagian belakang.

Mewah dan bahagianya perogol di Malaysia kerana masih boleh tersenyum, mampu mengupah peguam dan beberapa kes terlepas daripada hukuman kerana 'berjasa kepada negara?'

Jenayah rogol kanak-kanak di Sabah semakin meningkat terutama di luar bandar dan kebanyakkannya diselesaikan di luar mahkamah setelah perogol membayar sogit dan gantirugi.

Bayangkan betapa kejamnya ibu bapa yang sanggup menerima 'habuan' wang daripada perogol yang meratah anak gadis mereka tanpa peri kemanusiaan? Tidakkah mereka sedar bahawa dengan menerima pampasan perogol  saling tak tumpah seperti turut merogol dan makan lendir anak gadis mereka sendiri?

Semoga Tuhan tidak timpakan bala sebagaimana ditimpakan kepada umat Nabi Lut a.s.

Salam Hormat,

IBU  KECEWA

No comments:

Post a Comment