Thursday, 6 June 2013

PORTAL ONLINE MACAM SURAT KHABAR LAMA




TIDUR.....Utusan Borneo sering kali lambat dikemaskini sehingga berita Bahasa Melayu 'Kosong' jika tidak ditampungi New Sabah Times. Manakala Daily Express menganaktirikan bahasa Melayu.


Saudara Pengarang,

RAKYAT Sabah akan terus ketinggalan jika Media Arus Perdana yang juga mengendalikan Portal Online hanya berfungsi sebagai Surat Khabar Lama (SKL) sedangkan media pembangkang begitu kemaskini dan berintegriti (sekalipun penuh manipulasi).

Tiga media surat khabar arus Perdana di Sabah, Daily Express, New Sabah Times dan Utusan Borneo (melainkan The Borneo Post) boleh dikatakan gagal berfungsi sebagai 'Media Arus Perdana' kerana 'TIDUR' dan ketinggalan berita antara satu hingga 3 hari.

Mujur ada Sabahkini.net yang membuka ruangan komen tanpa tapisan, jika tidak kami terpaksa membaca surat khabar lama dan membaca Media Pembangkang seperti Harakah, Keadilan Daily atau Portal Online seperti Malaysia Kini, Malaysia Today, The Malaysia Insider dan sebagainya yang tidak membawa gambaran sebenar tentang Sabah.

Sampai bilakah kami terus dihidangkan dengan berita lapuk terutama pada cuti umum dan kelepasan am? Paling lembap ialah Utusan Borneo dan New Sabah Times sedangkan akhbar versi bercetak tidak pernah lambat?

Mungkin kami penduduk luar bandar agar ketinggalan jauh untuk mendapat maklumat yang tepat, cepat dan padat kerana masalah perhubungan luar bandar termasuk internet; tetapi jika surat khabar bercetak sukar diperolehi di luar bandar; apa pilihan yang kami ada?

Oleh itu tidak hairan jika Sabah kehilangan 12 kerusi DUN kepada pembangkang kerana setiap hari kami hanya dapat maklumat daripada pembangkang. Salah siapa?

Salam Hormat,

ISMAIL ZAKARIA
Kota Marudu, Kudat

No comments:

Post a Comment