TERUK….Tausang menunjukkan keadaan jalanraya yang teruk dan rumput panjang di tepi jalan.
Oleh: MAIL MATHEW
PENGURUSAN Kekal Mewah Sendirian Berhad (KMSB) Tenom, meskipun ada menegaskan bahawa pihaknya pasti akan melaksanakan tanggung jawabnya menyelenggara mana-mana jalanraya di bawah bidangkuasa KMSB mengikut jadual, seperti yang telah ditetapkan; namun faktor cuaca yang tidak menentu sejak kebelakangan ini menghalang keberkesanan pelaksanaan mengikut jadualnya. Malangnya apakah penjelasan itu memuaskan hati rakyat?
Juruteknik KMSB, Sameon Endim terpaksa terkinja-kinja ke hulu dan ke hilir memantau keadaan di luar sana kerana masalah cuaca menjadi faktor penghalang untuk melakukan kerja-kerja penggredan jalanraya sebagai alasan ketika menjawab rungutan penduduk Kg Ulu Uloi yang mendakwa jalanraya sejauh 2.4 km itu mengalami kerosakan teruk.
“Kalau kita lakukan penggredan jalanraya ketika musim hujan ketika jalanraya becak dan berlumpur, mungkin selepas itu keadaannya lebih teruk dan usaha itu menjadi sia- sia,” tegas Sameon.
Endim, ketika menjawab dakwaan penduduk kononnya kerja-kerja yang dilakukan KMSB ketika menyelenggarakan jalanraya tersebut tidak berkualiti atau dalam bahasa tempatan ‘cincai’ kerana rumput-rumput panjang di tepi jalan tidak dipotong, termasuk tidak menyelenggarakan perparitan.
“Saya akan menghantar kakitangan untuk memantau kawasan terbabit dalam masa terdekat untuk menilai sendiri keperluannya sebelum tindakan dilakukan. Tetapi dakwaan kerja ‘cincai’ bukan amalan kami,” jelas beliau sambil meminta mereka bersabar buat sementara waktu.
Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg Ulu Uloi Akop Kamit ketika dihubungi menjelaskan bahawa kekerapan penyelenggaraan jalanraya di situ agak mengikut jadual, namun perkara yang dipersoalkan seperti kualiti kerja memang tepat dakwaan itu.
“Kita bukan menyalahkan KMSB dalam perkara ini tetapi sepatutnya bila mereka mulakan kerja beritahu JKKK terlebih dahulu. Tetapi yang penting, apabila kerja itu siap mesti juga beritahu kami supaya kualiti kerjanya kita dapat pantau, sama ada memuaskan atau tidak untuk mengelakkan tohmahan penduduk,” tegas Akop.
Sementara itu, seorang penduduk, Tausang Sukiu, 58, merasa bosan dengan janji-janji kerajaan untuk menaiktaraf dan mengaspal jalanraya di situ sejak PRU12 lagi, tetapi sehingga kini janji itu ibarat sekadar ‘menanam tebu di bibir’ semata-mata.
Tausang menambah, tidak ada ertinya penyelenggaraan jalanraya dijalankan kalau sekadar timbun batu pasir di permukaan jalan, tetapi perparitan tidak diselenggara dengan betul menyebabkan air melimpah ke permukaan jalanraya ketika musim hujan.
Tegasnya lagi, sedangkan rumput panjang di tepi jalanraya pun tidak dipotong yang menghalang penglihatan jauh, manakala pembetung dibiarkan tersumbat sehingga ada kawasan air bertakung dan menjadikan jalanraya seolah-olah dalam keadaan banjir.
“Mana sudah slogan Perdana Menteri yang mendahulukan rakyat, tetapi kami di sini sudah berapa tahun tetap kebalakangan dalam mendapat agehan pembangunan,” tegas Tausang lagi.
Semua pihak harus bertanggungjwb utk memastikn keberkesanan pyelenggaraan jln raya samada KMSB, ketua kg & JKKK.
ReplyDeleteHarap perkara ini mengambil perhatian pihak berkuasa.
ReplyDeleteharap pekara ini diberikan perhatian. tindakan yang bersesuain perlu diambil.
ReplyDeletejalan raya itu prlu diselenggara bagi kemudahan penduduk setempat.
ReplyDeleteWaaaa....kena lambat sangat untuk melakukan penyengaraan? Adakah peruntukan sudah habis dicekup?
ReplyDeleteRakyat keutamaan kita. Jadi penuhi segala permintaan rakyat agar rakyat sentiasa bersama dengan anda.
ReplyDeletejalan dan sistem perparitan tentunya memerlukan perhatian dan tindakan dari kerajaan, tapi rumput panjang tu, minta la orang kampung kerjasama gotong royong..
ReplyDeleteKMSB sudah memberikan penjelasan dan jaminan akan menyelesaikan masalah itu, jadi penduduk tidak perlu lah rasa risau dan mempertikaikan slogan PM. masih banyak lagi kampung2 di negeri ini yang lebih memerlukan perhatian kerajaan.
ReplyDeleteSemoga apa yang telah dijanjikan akan dikotakan.
ReplyDeleteSebaiknya tindakkan diambil oleh kerajaan bagi menangani masalah yang telah lama ini. Biar rakyat senang hati dengan kerajaan, supaya sokongan rakyat tidak akan luntur dengan kerajaan.
ReplyDelete