Thursday, 10 March 2011

HERBERT TIMBUN KINI ‘DESPERADO’



Oleh: MEDIA SAPP

WAKIL rakyat Kadamaian, Datuk Herbert Timbun Lagadan sekali lagi mencuba nasib untuk memujuk penduduk-penduduk Kg Tambatuon supaya bersetuju dengan pelaksanaan empangan setinggi 340 meter di Kg Tambatuon kawasannya.

"Dengan perkataan menyebut peperangan atau kemarau panjang akan berlaku yang akan mengakibatkan kekurangan beras di Sabah, ini merupakan kali kedua beliau menyebut perkataan sedemikian yang seolah-olah melakukan provokasi peperangan dan menakutkan rakyat,” ujar Pengerusi SAPP kawasan Kadamaian, Agnes Liew Pin dalam nada kecewa.

Kata Agnes, Timbun kini tidak lagi berminat untuk membela nasib rakyat tetapi mendesak penduduk di 20 buah kampung agar berpindah kerana mereka akan terjejas oleh pembinaan empangan yang bernilai RM450 juta itu.

Agnes mempersoal tindakan Wakil rakyat tersebut, seolah-olah tidak bersetuju dengan cadangan pembinaan beberapa buah mini hidro dengan keupayaan menampung kapasiti hingga 10MW itu di sepanjang sungai Kadamaian, sebagai alternatif kepada projek mega itu?

"Cadangan ini telah disuarakan oleh Presiden Parti Maju Sabah Datuk Yong Teck Lee kepada kerajaan pada lawatan beliau 6 Jun 2010 di Kampoung Tambatuon. Tidakkah lebih baik kelebihan peruntukan daripada projek mega itu digunakan untuk membina banyak lagi jalanraya yang begini teruk dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan,” ujar Agnes yang menekankan jalan kampung Podos, Tinata, Lobong-Lobong, Kiau, Kg Sayap, Kg Lahanas, Kg Bongol dan banyak lagi, bertukar menjadi sungai semasa musim hujan.

Agnes menggesa Timbun supaya menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat kawasan, meninjau kesengsaraan penduduk kampung yang mengguna jalan-jalan tersebut setiap hari.

"Beberapa penduduk kampung telah mengadu kepada Agnes bahawa Timbun tidak pernah turun ke kampung mereka sejak kemenangan PRU12. Adakah ini sebabnya beliau sekarang menyebut bersedia untuk memberi laluan kepada calon wanita di kawasannya pada PRU13 oleh kerana telah gagal menjalankan tugas sebagai wakil rakyat yang membela nasib rakyatnya?,” tanya Agnes yang menyifatkan Timbun sebagai pemimpin desperado.

6 comments:

  1. tidak perlulah saling menyalahkan. setiap pekara ada pro dan kontranya. lebih jika berusaha mencari penyelesaian dalam isu ini.

    ReplyDelete
  2. Sebaiknya sebagai wakil rakyat perlu mendengar rintihan rakyat dan menyelesaikannya. Itulah tujuan dipilih menjadi wakil rakyat. Apa pun kita mengharapkan masalah penduduk akan dapat diselesaikan.

    ReplyDelete
  3. pembinaan empangan tersebut adalah untuk memudahkan pengairan bagi projek jelapang padi.

    ReplyDelete
  4. Hope that the people can make the right decision regarding the dam.

    ReplyDelete
  5. bila kerajaan memberi fokus kepada ekonomi Sabah dan rakyat Sabah, ada pula pihak yang mahu peruntukkan itu digunakan untuk membaiki jalan raya. nanti bila ada pula peruntukkan jalan raya, pihak ini akan cakap lagi kerajaan mengabaikan pembangunan ekonomi di kawasan itu kemudian minta peruntukkan itu digunakan untuk tujuan sebaliknya. beginilah sikap pembangkang yang hanya tahu membangkang. kan bagus kalau kedua2nya diberikan keutamaan..

    ReplyDelete
  6. sehingga hari ini negara kita masih bergantung dengan beras export. jika berlaku bencana alam di negara2 pengexport apa agaknya alasan SAPP jika harga naik atau bekalan tidak ada.. SAPP sepatutnya memberikan cadangan bagaimana kerajaan mahu membangunkan ekonomi di kawasan itu sekaligus menjadikan sabah sebagai pengeluar beras di rantau ini. jangan disebabkan terdesak mendapatkan sokongan, SAPP terus mengkritik dan membantah tanpa mempertimbangkan keperluan di daerah tersebut.

    ReplyDelete