Saudara pengarang,
SAYA seorang peminat dan pembaca setia Sabahkini.net dari Labuan yang amat kecewa terhadap Haji Nik Abd Kadir Nik Mohammad yang memberi ‘Amaran’ kepada Sabahkini.net dan penulis artikel Intan Zubaidah untuk mengeluarkan artikal fitnah terhadap beliau bertajuk ‘Shafie Boneka, Nik Kadir Menteri KKLW?’
Saya kesal kerana Nik Kadir kononnya mahu menakutkan Sabahkini.net dan penulis artikel tersebut Cik Intan Zubaidah. Beliau seorang Haji. Sebagai pemegang jawatan tinggi di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), beliau tidak harus menakutkan Sabahkini.net atau penulis artikel berkenaan jika beliau tidak bersalah.
Bukankah Sabahkini.net sedia menyiarkan sebarang penjelasan daripada sebarang pihak dan kita akan lihat siapa betul. Rakyat akan lihat siapa yang berotak manusia atau berotak udang.
Kalau Nik Kadir tidak bersalah, kenapa perlu takut dan mahu berlagak diri lurus seperti tiang elektrik? Saya menasihati beliau agar cermin diri dulu dan tanya pada diri sendiri Who am I? atau Siapalah saya mahu menggertak Sabahkini.net yang tidak makan saman demi memperjuangkan suara rakyat?
Kita harus bersyukur dan berbangga kerana ada Sabahkini.net untuk membongkarkan kebenaran, bukannya mahu saman pula Sabahkini.net atau penulis artikel semata-mata untuk menutup tembelang yang sudah terbongkar.
Setiap hari artikel ditulis oleh rakyak Sabah dan Labuan yang disiarkan oleh Sabahkini.net memaki hamun terhadap Menteri, Wakil Rakyat, Pegawai Kerajaan yang bodoh, rasuah dan menyalahguna kuasa, namun tiada sesiapa yang berani memberi pun penjelasan di Sabahkini.net bahawa mereka tidak korup, tidak menyalahguna kuasa dan mereka adalah mangsa fitnah.
Kalau ada salah, lebih baik kembali ke pangkal jalan yang betul jangan lagi cabar. Saya pasti bahawa Nik Kadir tidak akan dapat menebus dosa beliau malah namanya semakin tercemar.
Dalam kesempatan ini, saya ingin beri sokongan moral terhadap kenberanian Cik Intan Zubaidah agar jangan takut kerana artikel yang anda tulis adalah untuk kebaikan rakyat Sabah. Jika anda disaman oleh Haji Nik Kadir, kami tetap berdiri di belakang anda.
Di sini, hanya satu permulaan. Kami minta Cik Intan Zubaidah bersama semua kanak- kanak sekolah mengadakan satu sembayang hajat pada malam jumaat beramai-ramai bersama ibu bapa murid sekolah di Masjid.
Minta Allah lindungi keselamatan anda dan minta Allah ambil tindakan terhadap orang yang ada kepentingan diri, korupsi dalam projek bateri asid plumbum untuk sekolah tersebut sehingga menyebabkan kanak-kanak dan guru yang tidak berdosa mendapat kecelakaan daripada manusia yang rakus dan celaka.
Sebagai manusia beragama, kita percaya Allah maha berkuasa daripada undang-undang buatan manusia kerana CCTV Allah tidak pernah padam. Mungkin kita semua boleh lihat bala yang akan menimpa manusia durjana sebelum lagi mereka menuju ke alam barzah dan hujung akhirat.
Salam Hormat.
ERIC PUMCIT LABUAN.
No comments:
Post a Comment