Saturday 26 March 2011

JANGAN JUAL KEMUDAHAN KERAJAAN



SAMPAIKAN…. Datuk Radin sedang menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta

Oleh: MAIL MATHEW

GOLONGAN masyarakat yang berpendapatan rendah diminta untuk menggunakan kemudahan yang dibekalkan kerajaan agar dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya dalam usaha meningkatkan pendapatan mereka untuk keluar daripada kepompong kemiskinan.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Radin Malleh berkata demikian ketika menutup Program 1 Azam bagi kursus jangka pendek bertempat diHotel Perkasa, Tenom, kelmarin.

Kursus tersebut anjuran Jabatan Pembangunan Dumber Manusia (JPSM) Sabah dengan kerjasama EIFA Enteprise Sabah turut diselaraskan Pejabat Daerah Tenom dan Pejabat Pembangunan Luar Bandar dihadiri seramai 60 orang peserta.

Radin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Melalap seterusnya mengingatkan para peserta agar jangan sekali-kali menjual kemudahan yang di bekalkan oleh kerajaan termasuklah tanah.

Tegasnya lagi, tanah adalah merupakan satu-satunya aset tetap untuk jaminan hidup keluarga sepanjang hayat selain mendirikan rumah kediaman malah tempat mencari rezeki.

Tambahnya, banyak kemudahan yang disediakan oleh kerajaan khusus untuk golongan yang tersenarai dalam e-kasih kerana Kerajaan telah menganjurkan pelbagai kursus secara percuma.

“Kita juga mendedahkan mereka pelbagai pengetahuan melalui pengajaran dan pembelajaran ketika berkursus kepada golongan yang kurang berkemampuan supaya mereka benar benar faham dan dapat menguasai ilmu yang diberikan kepada mereka,” kata Radin.

Dalam pada itu Radin berkata, kerajaan telah pun berusaha secara serius untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di seluruh pelusuk rantau di negeri ini dengan mempelbagaikan aktiviti, antaranya program 1Azam yang bertujuan untuk membaiki kualiti hidup rakyat kearah yang lebih baik.

“Kemiskinan adalah merupakan masalah yang sering diperkatakan di negara kita ini terutama penduduk di luar bandar kerana kemiskinan semakin meningkat dari setahun ke setahun,” tegas Radin.

Beliau berkata, rakyat harus bersyukur dan seterusnya memberi kerjasama malah memberi sokongan padu kepada kerajaan bagi melaksanakan misi dan visinya yang ingin melihat negara ini bebas daripada belenggu kemiskinan tegar.

Turut hadir pada majlis itu, Pengarah Jabatan Sumber Manusia Billy Yumbod, ADO Freddian Gan En Siong dan ADO Premus Takom.

10 comments:

  1. Yes, participants should make good use of those equipments that are given to them by the government. Don't sell them off for quick profit.

    ReplyDelete
  2. If the people are not willing to work hard, no matter how the government help them, they would not be able to lift themselves out of poverty.

    ReplyDelete
  3. Betul tu... Jangan pula jual kemudahan yang dah diberikan.

    ReplyDelete
  4. Justeru rakyat dan kerajaan harus saling berganding untuk melangkah ke arah yang lebih maju lagi.

    ReplyDelete
  5. kemudahan yang diberikan harus digunakan dengan sebaiknya dan bukan untuk dijual.

    ReplyDelete
  6. Kerajaan beri kemudahan untuk kegunaan & keselesaan sendiri jadi jangan la jual.

    ReplyDelete
  7. Maka para penduduk haruslah bersyukur dengan kemudahan dan apa barangan yang diberikan oleh kerajaan itu seharusnya digunakan sebaiknya.

    ReplyDelete
  8. segala kemudahan yang diberi seharusnya dijaikan aset untuk kita memperbaiki kehidupan kita.

    ReplyDelete
  9. pernah ada laporan dimana beberapa individu yang telah mendapat bantuan kerajaan dari segi peralatan bertindak menjual alat2 tersebut untuk memperolehi keuntungan. akhirnya mereka kembali kepada keadaan asal setelah hasil jualan bantuan kerajaan itu habis digunakan. jika rakyat masih berfikir seperti ini, sampai bila2 pun hidup kita tidak akan berubah..

    ReplyDelete
  10. bantuan peralatan ini perlu dimanfaatkan sebaik2nya dan kerajaan juga perlu sentiasa membantu mereka terutamanya dari segi khidmat nasihat..

    ReplyDelete