Thursday 10 March 2011

KENAPA PENDUDUK TRONGLIT MENANGIS?



Oleh: MUTALIB M.D

LEBIH 300 penduduk Kampung Tronglit, Batu Sapi, mengalirkan air mata keimanan apabila pertama kami dalam seumur hidup mereka mendengar suara azan daripada corong pembesar suara daripada Majid Nursuhadah yang didirikan sejak 1970-an.

“Siapa yang tidak sayu dan insaf di atas nikmat pemberian tuhan? Sejak sekian lama, kampung ini sepi kerana seruan azan daripada bilal hanya didengar sejauh sepuluh meter sahaja sebelum ditelan angin laut. Tetapi kini segenap pelusuk kampung boleh dengar imbauan azan daripada masjid kami,” ujar KK Badarun Bin Baharun, 60, Ketua Kampung Tronglit, Pulau Timbang, Batu Sapi, Sandakan ketika mengingati nostalgia sebak ketika azan dikumandangkan pada Oktober 2010.

KK Badarun mengucapkan jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kerana telah meluluskan rayuan mereka untuk mendapat bekalan elektrik.

“Sekalipun hanya bekalan elektrik solar yang menggunakan bateri lithium dan hanya cukup untuk Dewan Serbaguna, Lampu Jalan, Masjid dan Balairaya, tetapi kami bersyukur kerana dapat menikmati erti kemerdekaan setelah tersisih selama hampir 48 tahun,” ujar KK Badarun lagi yang bangga dengan perjuangan tidak mengenal erti jemu mantan Ahli Parlimen Malaysia (Batu Sapi), Mendiang Datuk Edmund Chung Ket Wah yang kini diteruskan oleh Datin Linda Tsen yang mengganti mendiang suaminya.

Memandangkan fasa pertama bekalan elektrik solar bateri lithium polymer telah dilaksanakan dengan jayanya, maka tiba masanya, seluruh penduduk Tronglit mendapat bekalan elektrik sebagaimana rakyat di kampung terpencil Sumambu dan Katubu di Tenom.

“Kita masih menggunakan lampu minyak tanah dan ada juga guna generator. Tapi kita yakin kerajaan BN akan tetap membina elektrik solar untuk semua rumah penduduk kampung,” ujar KK Badarun yang menyatakan pihaknya tidak sabar untuk mengecapi nikmat kemerdekaan, termasuk bekalan elektrik dan bekalan air bersih.

Dalam pada itu, Pengerusi JKKK Kampung Tronglit, Arbi Alim, turut merayu agar projek lampu jalan (jambatan) diteruskan kerana belum mencukupi, terutama perlu dinaiktaraf kerana hanya menyinari malam kelam sehingga jam 12 tengah malam sahaja.

“Kita perlu tambahan sepuluh lagi lampu dan meningkatkan keupayaan bateri agar boleh bertahan selama 12 jam iaitu sehingga jam enam pagi bagi memudahkan jemaah bersembahyang ke masjid dan kanak-kanak ke sekolah,” ujar Arbi yang gembira kerana lampu di setiap jeti di pulau berkenaan dapat menyimbah cahaya untuk panduan kepada nelayan yang menangkap ikan pada waktu malam.


Dengan penambahan prasarana, terutama bekalan elektrik solar di kampung Tronglit, kata Arbi, beliau yakin kampungnya akan terus menjadi ‘Fixed Deposit’ BN untuk tempoh dua puluha tahun akan datang; tidak peduli siapapun yang dipilih sebagai Ahli Parlimen atau Adun.

“Elektrik solar bateri lithium adalah terbaik kerana sifar pencemaran dan paling untung tidak perlu membayar bil elektrik seumur hidup,” ujar Arbi yang turut menggesa agar Kementerian Kesihatan Malaysia memasang bekalan elektrik di Klinik Kesihatan Kampung Tronglit kerana generator yang dibekalkan sukar mendapat bekalan minyak dan selalu rosak.

8 comments:

  1. penduduk di Kampung tersebut pasti gembira dengan adanya bekalan elektrik solar bateri lithium polymer ini.

    ReplyDelete
  2. syukurlah kerana bekalan elektrik telah diberikan ke kampung tersebut. harap kampung2 lain akan mendapat bekalan yang sama.

    ReplyDelete
  3. Hope that the government will consider using the lithium battery.

    ReplyDelete
  4. Terima Kasih kepada PM dan para pemimpin dikawasan tersebut. Sekian lamanya akhirnya kampung tronglit dapat bekalan elektrik dengan pengunaan tenaga solar dengan penggunaan bateri lithium polymer yang lebih selamat berbanding bateri plumbum.

    ReplyDelete
  5. kan bagus bila kerajaan dapat memenuhi semua permintaan rakyat. kerajaan tidak perlu bersusah payah berkempen melawan pembangkang untuk mendapatkan sokongan rakyat. hanya tunaikan segala permintaan mereka dan hasilnya setiap kali pilihanraya pasti rakyat akan menyebelahi BN. tahniah kepada BN dan teruskan usaha..

    ReplyDelete
  6. kerajaan pasti akan mengotakan apa yang dijanjikan kepada penduduk.

    ReplyDelete
  7. diharap kerajaan akan melaksanakan apa yang diperlukan oleh penduduk kampung tersebut.

    ReplyDelete
  8. apa pun, lakukan yang terbaik untuk rakyat selaras dengan 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'.

    ReplyDelete