Friday 18 March 2011

KERUSI RODA JAMAWI RINGAN BEBAN SAGUNTING



SERAH….Jamawi sedang menyerahkan kerusi roda kepada Sagunting bagi membolehkan beliau bergerak bebas di dalam rumah beliau.

Oleh: MAIL MATHEW

EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Pusat, Jamawi Jaafar menyerahkan sumbangan sebuah kerusi roda kepada seorang bekas kakitangan Majlis Daerah yang telah bersara Sagunting Binis, 70, yang telah mengalami penyakit lumpuh akibat terkena serangan angin ahmar dua tahun lalu.

Upacara penyerahan kerusi roda tersebut turut disaksikan oleh Ketua Daerah Tenom, OKK David Jani yang turut bertandang ke rumah Sagunting Binis baru-baru ini.

Jamawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno Tenom dan Pegawai Khas kepada Menteri Kemajuanan Luar Bandar dan Kemajuan Wilayah Persekutuan menjelaskan bahawa sumbangan seperti itu adalah sebagai tanggung jawab pergerakan itu untuk membantu mereka yang uzur dan tidak berupaya.

Jamawi turut berharap agar Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am turut membantu sekalipun Sagunting menerima pencen bulanan namun tidak cukup untuk menampung belanja perubatan dan wajar dipertimbangkan untuk bantuan pesakit terlantar.

“Saya mengucapkan terima kasih di atas sumbangan paling bermakna buat saya untuk menghabiskan sisa-sisa hidup ini kerana anak-anak sibuk dengan kehidupan masing-masing,” ujar Sagunting yang terharu dengan sumbangan kerusi roda dan sedikit wang tunai untuk meringankan beban hidupnya.

No comments:

Post a Comment