Friday, 18 March 2011

SUP LIPAS DI NASI LEMAK TANGLING?


LIPAS...Mungkinkah lipas menjadi salah satu resepi?

Saudara Pengarang,

MEMANG tidak dinafikan Nasi Lemak Tangling paling terkenal di Kuala Lumpur kerana sedapnya mengalahkan Nasi Lemak Antarabangsa di Kampung Baru, Kuala Lumpur; namun hati-hati kerana kebersihannya belum tentu terjamin.

Baru-baru ini, saya agak terkilan disebabkan tidak dapat menikmati nasi lemak kesukaan saya kerana ketika sampai nasi lemak sudah habis dan terpaksa memesan soto ayam yang menggunakan lontong (nasi himpit) sebagai salah satu bahan.

Ketika asyik menghirup kuahnya yang sedap saya tidak menyedari hampir termakan seekor lipas jika tidak ditegur rakan saya yang makan menu lain.

Saya lebih terkejut kerana apabila saya mengadu kepada pemilik Nasi Lemak Tangling bukan sahaja tidak memohon maaf, malah bermuka selamba dan bersahaja seolah-olah lipas adalah salah satu resepi sotonya?

Dalam hal ini, saya memohon jasa baik Kementerian Kesihatan dan Dewan Bandaraya agar selalu mengadakan pemeriksaan kerana kemungkinan premis berkenaan kotor sehingga menjadi pusat pembiakan lipas, lalat dan tikus (LILATI).

Salam Hormat,

ANTI LIPAS

No comments:

Post a Comment