Wednesday, 16 March 2011

PBB PANTAU PRU13 DI MALAYSIA?



Oleh: KREW SABAHKINI.NET

Kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dengan Boneka BN dilihat dengan sejelasnya tidak mengamalkan sistem demokrasi baik dari segi kepimpinan Kerajaan, apatah lagi dalam segi sistem pilihanraya umum dan pilihanraya kecil.

Umum mengetahui bahawa kononnya Kerajaan BN mewar-warkan memerangi gejala rasuah, tetapi mereka lupa bahawa virus rasuah ini sedang menular dengan hebatnya di kalangan kepimpinan dan kepompong Kerajaan yang dinakhodai oleh BN dalam setiap pilihanraya.

Demikian tegur Halik Zaman yang memegang jawatan Teknikal Maklumat PKR dalam satu sidang media petang tadi

Halik memberi contoh mudah, "Setiap kali musim pilihanraya, BN secara terang-terangan berkempen menabur rasuah dalam bentuk bantuan wang ringgit dan saguhati berbentuk barang-barang keperluan harian rakyat. Bukankah ini juga dikategorikan sebagai rasuah?”

Kata Halik lagi, kenapa projek dijadikan umpan dan bantuan kewangan kepada orang orang kurang upaya dengan niat untuk mendapat undi simpati dan memberi rasuah kepada orang tua; tetapi kenapa tidak diberikan sebelum musim pilihanraya atau selepas?

"Menurut laporan kumpulan Inisiatif Hak Asasi Komanwel (CHRI), Malaysia telah dinobatkan sebagai sebuah Kerajaan yang mengamalkan sistem pemerintahan ‘Kuku Besi’. Gambaran ini sudah cukup jelas menandakan bahawa berlakunya ketidak-adilan dalam sistem pemerintahan Kerajaan BN,” kata Halik yang merasakan wajar bagi Najib merasa malu kerana Kerajaannya telah dikecam hebat oleh Organisasi Hak Asasi Kemanusiaan Bangsa-Bangsa Bersatu. (Rujuk siaran Malaysiakini 15 Mac 2011)

Halik mencadangkan agar pada PRU13, Pakatan Rakyat meminta Bangsa-Bangsa Bersatu untuk memantau perjalanan dan perlaksanaan PRU di Malaysia agar tidak ada lagi para pemimpin UMNO/BN menyalahguna kuasa dengan menggunakan kenderaan Kerajaan, helikopter, projek dan wang untuk memenangi PRU13.

"Mengapa SPR berdiam diri? Jelas dan ternyata SPR berkompromi dalam hal merasuahkan rakyat dalam pilihanraya. Sepatutnya media-media elektronik, TV1, TV2, TV3, Astro Awani tidak sepatutnya 'berat sebelah' dengan hanya menyiarkan 'kebaikan' BN tanpa memberikan ruang kepada rakyat mengetahui kebaikan yang telah di laksanakan oleh Pakatan Rakyat ?" tegur Halik dengan sinis.

Kata Halik Zaman lagi, kalau para pemimpin BN mengakui mereka mempraktikkan demokrasi dalam semua pilihanraya termasuk pilihanraya umum, sepatutnyalah pemberian projek atau apa-apa habuanpun; bukan semasa pilihanraya berjalan dan Kerajaan mesti mewujudkan satu ‘channel khas’ siaran TV yang khusus menyiarkan perjalanan kempen pilihanraya yang boleh digunakan oleh pembangkang dan Kerajaan agar tidak berat sebelah.

"Kalau BN lebih bersikap terbuka dan demokrasi, maka Kerajaan berikan media khas untuk menyiarkan kempen Pakatan Rakyat. Tiada keji-mengeji BN atau Pakatan Rakyat, berkempenlah secara sihat dan berhemah,” kata Halik yang menjelaskan bahawa BN sebenarnya tidak kuat.

Kalau BN rasakan mereka kuat, kata Halik, maka mereka tidak seharusnya gentar dengan kewujudan Pakatan Rakyat. Kalau BN rasakan mereka telah memberikan khidmat terbaik kepada rakyat, mereka tidak seharusnya khuatir dengan Pakatan Rakyat. Lainlah jika BN kini sedar bahawa mereka telah gagal memikul amanah rakyat Malaysia.

7 comments:

  1. Saya juga ingin melihat PRU-13 dijalankan secara bersih dan adil.

    ReplyDelete
  2. ketika PRU biarlah rakyat membuat penilaian dan membuat pilihan sendiri. kalah atau menang itu pilihan rakyat, tidak perlu salahkan parti pesaing.

    ReplyDelete
  3. mmg kita inginkan pilihanraya dijalankan dgn baik. tapi tak perlulah sampai nak ada masuk campur PBB.

    ReplyDelete
  4. PKR dan pembangkang yang lain juga tidak terlepas dengan gejala rasuah. malah lebih teruk lagi apa bila sekadar mengumpan pengundi dengan janji2 kosong.

    ReplyDelete
  5. walaupun PBB dipertanggungjawabkan memantau pilihanraya umum di negara ini, jika kemenangan tetap menyebelahi BN, pasti pembangkang tetap akan cakap bahawa BN telah merasuah PBB.. yang pasti pembangkang tidak akan henti2 melemparkan tuduhan kepada kerajaan BN.

    ReplyDelete
  6. Sebaiknya tidak perlulah PBB turut tampil dalam PRU13 negara kita. Sebaiknya kita perbetulkan kesilapan yang ada. Bukankah akan memalukan negara kita sendiri dengan kehadiran PBB hanya semata-mata untuk PRU13 kita ini.

    ReplyDelete
  7. Hope that the PBB can make sure that the next GE is conducted fairly.

    ReplyDelete