Saudara Pengarang,
KAMI ingin bertanya kepada LPPB, adakah dasar dan matlamat agensi itu untuk membantu rakyat yang tidak berkemampuan untuk membeli rumah kos sederhana atau agensi itu bertindak menyusahkan rakyat golongan yang berpendapatan rendah atau hanya untuk orang kaya dan kroni wakil rakyat BN sahaja?
Sebagai pembayar cukai dan pengundi setia kepada kerajaan BN, saya berhak melontarkan pertanyaan kepada LPPB bahawa apakah rumah kos rendah di Kalang Kasa, Fasa 3 daerah Tenom itu didirikan kerajaan khususnya LPPB, untuk membantu rakyat miskin atau khas kepada penyokong-penyokong setia BN.
Kami tidak senang hati dengan kewujudan pemisahan dua blok manusia dalam pengagehan rumah kos rendah kerana jika seseorang itu penyokong BN mereka mudah mendapat agehan lot di kawasan yang selesa termasuk urusan pemilikannya.
Kami amat tertekan dengan keadaan sebegini kerana selepas sahaja kami melunaskan wang pendahuluan (deposit) kami hanya diberi tempoh dua bulan untuk mendapatkan pinjaman dari bank bagi melunaskan baki harga rumah yang ditawarkan kepada kami.
Sebaliknya, jika kami gagal dalam tempoh tersebut, maka wang deposit kami hilang begitu sahaja tidak dikembalikan, manakala rumah itu ditarik balik oleh LPPB dan kemudian dijualkan kepada orang lain.
Sedangkan pihak bank yang ditanya berhubung perkara ini rata-rata menyatakan tidak ada peraturan pinjaman rumah boleh diluluskan dalam lingkungan dua bulan, paling cepat pun meleret 4 bulan atau 6 bulan.
Kami masih ingat Fasa 2 dan 3 tidaklah begitu merumitkan kerana LPPB sendiri yang mengatur semua pinjaman bank dan mereka yang berjaya mendapat pemilikan rumah ketika itu benar-benar di kalangan mereka yang kurang berkemampuan atau berpendapatan rendah.
Berdasarkan wujud ketidak sempurnaan pemprosesan dan peraturan yang menyiksa pengguna, kami tidak ada pilihan lain selain mengundur diri dan biarlah kami kembali kepada sulap lama kami biarpun ia kelihatan daif tetapi tidak menyakitkan hati kami sepanjang hayat.
Inikah bentuk wadah perjuangan kerajaan BN yang selama ini mengaku untuk membela dan membantu rakyat miskin dikawasan luar bandar selain melaung laungkan slogan ‘Rakyat didahulukan, prestasi diutamakan’. Kami menyifatkan tindakan itu merupakan kata-kata politik yang paling berdosa kepada rakyat kerana satu-satunya taktik kotor sekali disajikan kepada rakyat.
Sekian dan terima kasih di atas layanan LPPB!
CUCU ANTANOM KECEWA
Bantuan LPPB adalah bertujuan untuk membantu meningkatkan kualiti kehidupan rakyat yang miskin.
ReplyDeleteLPPB berperanan memberi bantuan perumahan kepada penduduk yang berpendapatan rendah. kena pastikan anda benar2 layak untuk mendapatkan bantuan LPPB.
ReplyDeletekenapa tidak tanya terus dengan LPPB? kenapa perlu melalui media? mungkin masalah ini tidak lah serumit seperti yang digambarkan oleh pengadu, tetapi sengaja dirumitkan semata2 untuk kepentingan politik.
ReplyDeletesebaiknya penjelasan diberikan berhubung dengan pekara ini.
ReplyDeletekira baguslah kerajaan sudah sediakan rumah kos rendah untuk membantu rakyat miskin. kesulitan berkenaan dengan proses pemilikan sepatutnya dirujuk kepada LPPB untuk diselesaikan. kenapa tempat lain tidak ada pula masalah pemilikan? kenapa hanya di Tenom? atau mungkin Tenom sudah menjadi kubu kuat PKR maka semua projek2 kerajaan di daerah itu kalau boleh digagalkan atau diboikot.
ReplyDeleteRumah kos rendah ini seharusnya untuk membantu penduduk yang miskin. Bukan untuk orang tertentu saja. Maka LPPB perlu memberikan penjelasan berhubung dakwaan ini.
ReplyDeleteJika masalah ini pun tidak dapat ditangani, bagaimana negeri kita ini mahu menyelesaikan masalah kemiskinan. Harap semua pihak berbincang dengan cara yang baik bagi menyelesaikan masalah ini.
ReplyDeleteExplanation is needed from LPPB regarding this matter.
ReplyDeleteapa pun, pihak berwajib harus menjelaskan perkara ini.
ReplyDeletesetiap bantuan haruslah dipastikan benar2 untuk mereka yang memerlukannya.
ReplyDeleteOnly those who belong in the poverty level are qualified for this fund.
ReplyDeleteapa kah kateria orang miskin di Sabah? kalau ada tanah dua/tiga ekar tetapi pendapatan hasil tani tidak seberapa iaitu <500 sebulan, ditambah pula dalam keluarga ada lapan orang ada kah ini miskin? kalau minta bantuan bikin rumah dari kerajaan adakah mendapat perhatian?
ReplyDeletememang susah banyak birokrasi...kakitangan di dalam pun ada juga yg tidak jujur amanah....ada tanah sendiri sudah bagus!!bagaimama yg tidak ada tanah???
ReplyDelete