Saudara Pengarang,
SEBAGAI seorang penduduk Sandakan, saya ingin memberi satu cadangan kepada pengurusan Air Asia Cadangan agar mengadakan penerbangan terus pergi balik dari Sandakan ke Clark (Filipina) dan bukannya hanya daripada Kota Kinabalu-Clark yang agak membebankan penduduk Pantai Timur Sabah.
Ramai pelanggan Air Asia merungut kerana terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk melancong ke Clark kerana mereka terpaksa pergi ke Kota Kinabalu dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke Clark.
Ini bermakna penerbangan terus dari Sandakan ke Clark adalah lebih afdal dan menjimatkan dari segi wang riggit selain masa dan tenaga. Selain itu, penerbangan terus ini juga dapat menjana ekonomi pelancongan Sandakan kerana saya sendiri pernah melancong ke Clark sebelum ini dan mendapati ramai pelancong barat di Clark dan sekitarnya seperti Pampanga, Angeles dan juga Tarlac City.
Kebanyakan pelancong barat ini akan meneruskan perjalanan mereka ke Kota Kinabalu. Ini bermaksud Sandakan akan mendapat manfaat yang serupa seperti Kota Kinabalu sekiranya penerbangan terus ini diadakan daripada Sandakan.
Tambahan pula Sandakan mempunyai banyak produk pelancongan alam semulajadi yang setanding dengan negara Filipina dan penerbangan terus sejajar dengan program perniagaan BIMP-EAGA untuk menarik minat pelabur dari negara Filipina untuk melabur di daerah ini; agar selari dengan projek menaik taraf lapangan terbang Sandakan kepada lapangan terbang bertaraf antarabangsa seperti yang dijanjikan oleh Ketua Menteri Sabah.
Oleh itu saya berharap pengurusan Air Asia akan mempertimbangkan saranan saya ini demi kebaikan penduduk di pantai timur Sabah. Selain itu, wakil wakil rakyat dari Sandakan seperti Datuk Raymond Tan, Datuk Peter Pang, Au Kam Wah ataupun Datuk VK Liew seharusnya mengambil saranan saya demi kebaikan ekonomi Sandakan dari segi pelancongan, tukaran wang asing dan juga pelaburan asing.
Terima Kasih dan Salam Hormat,
PENDUDUK SANDAKAN.
Actually, this is a good idea to expand Sandakan's tourism.
ReplyDeleteMungkin idea/cadangan ini patut diberikan perhatian.
ReplyDeleteMana tau ia mampu menjana industri pelancongan Sabah:) hehe
ReplyDeletecadangan ini agak bagus dan boleh dipertimbangkan. ia memudahkan penerbangan penduduk tempatan ke clark dan memudahkan pelancong dari clark datang ke Sandakan. ini pt menggalakkan perkembangan inudstri pelancongan di Sandakan.
ReplyDeletejika cadangan ini benar-benar baik maka ianya wajar dipertimbangkan.
ReplyDeletekalau ikutkan fizikal geografi Sabah yang luas, Air Asia patut mempunyai sekurang2nya dua lapangan terbang utama yang boleh menghubungkan negeri ini dengan negara luar tanpa perlu pergi ke kota kinabalu.
ReplyDeleteApa pun candangan itu akan dikaji terlebiha dahulu. Memang ini untuk kebaikkan rakyat pantai timur. Dapat menjimatkan kos penerbangan dan sebagainya. Apa pun kita tunggu saja apa kata pihak penerbangan kita.
ReplyDeleteKalau ada penerbangan terus daripada Sandakan bolehlah menarik lebih banyak pelancong ke sana.
ReplyDeleteKalau KK juga ada penerbangan terus dari Sabah ataupun masuk Sabah pun bagus juga.
ReplyDelete