Saudara Pengarang,
SAYA tertarik dengan artikel yang dimuatkan dalam portal Sabahkini.net bertajuk ‘Skandal ‘Rubber Gate’ ancam Sabah’ yang banyak mendedahkan salahlaku dalam pengurusan LIGS menyebabkan ramai penoreh getah tersiksa dengan masalah bayaran lambat.
Saya hairan dalam keadaan harga getah yang begitu baik dan stabil pada ketika ini di pasaran antarabangsa, meskipun di pihak pengusaha akar umbi, khususnya penoreh getah dibayar dengan umpama ‘peanuts’, rupa-rupanya ada ‘hantu’ yang merosakkan kestabilan perusahaan LIGS.
‘Hantu-hantu’ itu perlu dicekup untuk dibanteras oleh pihak berkuasa seperti SPRM sebelum darah peneroka dan penoreh getah habis kering dihisapnya, termasuklah ‘ikan- ikan besar’ yang mengatur strategi tersebut.
Tahukah ‘hantu -antu’ itu betapa peritnya penderitaan kami sebagai penoreh getah yang terpaksa turun ke ladang getah jam 4 pagi setiap hari tetapi terpaksa akur dengan pembayaran lewat sehingga 2 atau 3 minggu untuk dilunaskan, rupa-rupanya ada skandal di sebaliknya.
Kita tahu bahawa LIGS wujud sebelum Sabah Merdeka sebagai salah satu agensi kerajaan yang bertanggung jawab membeli ‘lateks’ dan kepingan getah daripada pekebun kecil getah dengan harga yang stabil; tetapi dakwaan LIGS kekurangan modal pusingan untuk menjana kos pembelian tidak masuk akal.
Tidak hairanlah kerajaan menggantung pengurusan LIGS baru-baru ini untuk memberi laluan kepada pembubaran struktur pentadbiran termasuk menyusun semula Ahli-Ahli Lembaga Pengarah LIGS kerana dipercayai tidak cekap dalam mengurus Tadbir LIGS sehingga berhutang dengan akar umbi.
Kerajaan BN perlu serius dan tegas dalam mengambil tindakan terhadap petualang- petualang yang menjadi ‘hantu’ dalam LIGS, kerana selagi ‘hantu-hantu’ itu berada dalam LIGS, nasib sesuap nasi pekebun kecil getah akan tergugat dan tidak mustahil pula suatu hari nanti menjadi pengemis di jalanan.
Sekian,
GONSUBIN YOSUNDANG.
The director of LIGS was already switched. Maybe this new directors can put things to rights.
ReplyDeletepengurusan LIGS perlu lebih sitematik dan teratur. mana2 'hantu2' dalam LIGS harus disingkirkan kerana mereka inilah yang mencemar dan menyusahkan LIGS dan pekebun kecil getah.
ReplyDeleteharap masalah yang ada dapat diselesaikan demi kebaikan semua..
ReplyDeleteSabar bah....setahu saya Musa Aman sudah ambil langkah penyelesaian dengan tukarkan pentadbiran LIGS tu...maybe ambil masa sikit utk selesaikan masalah ini...apabila semua "kambing2 hitam" dalam LIGS dikenal pasti & dikeluarkan dr LIGS, sya pasti LIGS akan berupaya utk bangun semula...
ReplyDeletejia benar pentadbiran LIGS teleh dirombak. ia adalah baik bagai memastikan keberkesanan dan pengurusan LIGS.
ReplyDeleteNampaknya LIGS perlulah adil dengan penoreh.Janganlah sampai mencekik pendapatan mereka.
ReplyDeleteSemoga masalah ini akan dapat ditangani nanti. Nampaknya memang perlu ketua-ketua LIGS ini ditukar untuk mengelak perkara yang sama berlaku lagi.
ReplyDeleteMana pihak yang bertanggungjawab? sila tampil untuk menyelesaikan kes ini!
ReplyDeleteBila harga getah naik mendadak inilah yang akan berlaku. Kepada yang menjadi mangsa sila tampil untuk sama2 berjuang.
ReplyDeleterombakan sudah dilakukan..
ReplyDeletediharap selepas ini pengurusan LIGS akan lebih teratur.
ReplyDelete'hantu2' tersebut harus diambil tindakan yang tegas..
ReplyDeletesekurang2nya ia dilunaskan, bukannya diambil terus oleh pihak LIGS. bagaimana agaknya jika LIGS tiada? dimana penoreh2 getah ini hendak memasarkan hasil mereka?
ReplyDeletemasalah ini sudahpun mendapat perhatian ketua menteri, dan telah ada langkah2 penyelesaian. jadi eloklah semua pihak terutamanya pekebun2 kecil dan juga ahli2 politik berhenti dari terus mempertikaikan ketelusan pihak LIGS sementara ia masih dalam proses penambahbaikan.
ReplyDeletelanun di ligs ni memang patut dikenakan tindakan biar jadi pengajaran. Siapa suruh buat hal kan..
ReplyDeleteTapi CM dah campur tangan dan rombakan dah dibuat. Jadi kita harapkan agar rombakan ini membuahkan hasil positif.
ReplyDeleteSemoga rombakan yang dibuat memberi pengajaran pada setiap individu utk lebih prihatin dan terbuka mendengar permasalahan rakyat.
ReplyDeleteJadi, kita tunggu dan lihat sajalah nanti. Semoga semuanya berjalan dengan baik.
ReplyDeleteApapun, tindakan CM kita memang patut dipuji. Ini barulah namanya rakyat didahulukan:)
ReplyDelete