SETELAH Kerajaan Negeri
Sabah menarik balik embargo yang dikenakan kepada Timbalan Presiden PKR, Nurul
Izzah Anwar, apakah mereka yang tersenarai dalam arahan bersama berkenaan turut
'DIBEBASKAN' daripada embargo?
Senario baru ini timbul
ekoran Ketua Umum PKR, merangkap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar bin
Ibrahim dijangka akan menyampaikan ceramah perdananya di Sandakan pada Sabtu, 8
Jun 2013.
Menurut surat Jabatan Ketua
Menteri JKM(S) 100-52/5 bertarikh 21 Mei 2013, Jemaah Menteri Sabah dalam
Mesyuarat Siri 8/2013 pada 15 Mei 2013 telah bersetuju supaya YAB Ketua Menteri
Sabah menggunakan kuasa mutlaknya di bawah Akta Imigresen dan selaras dengan
perakuan Ketua Cawangan Khas Polis Di-Raja Malaysia, Sabah untuk tidak
membenarkan (not to land) individu-individu berikut datang ke Negeri Sabah;-
i) Dato' Seri Anwar Ibrahim
ii) Lim Kit Siang
iii) Nurul Izzah
iv) Mohd Rafizi Ramli
v) Dato' Ambiga Sreenavasan
Antara Ceramah Perdana yang
akan dilancarkan Anwar pada 8 Jun, jam 7 malam ialah di kediaman Honorsius
Alfred Bosuin di Kampung Ramayah, Penampang.
Selain lima nama tersebut, beberapa
individu lagi dipercayai turut disenarai hitamkan daripada memasuki Sabah
antaranya, Mohamad Sabu, Syed Ibrahim Syed Noor, Wong Chin Huat, Maria Chin
Abdullah, Ong Boon Kiang dan Hishammuddin Rais.
Jika Nurul Izzah Anwar dilarang
memasuki Sabah kerana ingin meraikan perayaan Pesta Kaamatan bersama-sama
dengan rakyat Sabah pun dihalang, apakah
Kerajaan Negeri akan membenarkan Anwar dan bala tenteranya datang untuk
menyampaikan ceramah perdananya dan melancarkan Black-Out 505 di Sabah?
Anwar menggunakan alasan untuk terus mengadakan himpunan blackout 505 KONONnya sehingga tiada lagi penipuan pilihanraya negara semata-mata untuk tidak menunaikan janji dan mengalihkan isu sebenar iaitu janji beliau untuk berundur dari politik dan kembali mengajar sekiranya pakatan pembangkang gagal menguasai Putrajaya.
ReplyDeleteAnwar Ibrahim perlu bermuhasabah diri dan mengotakan janji yang dibuatnya sebelum ini untuk mengundur diri selepas tewas pada PRU13. Selama ini seluruh rakyat tahu bahawa Anwar ini sinonim dengan “munafik” iaitu orang yang berjanji tetapi tidak akan menepati janjinya. Untuk sekali ini dalam seumur hidup beliau sebelum menutup mata, rakyat merayu beliau berundur dari dunia politik seperti yang dijanjikan demi maruah diri, keluarga, agama, bangsa dan tanahair.
ReplyDeleteBeliau sepatutnya menerima hakikat kekalahan pembangkang dalam PRU13 pada 5 Mei yang lalu, dan juga kegagalan pembangkang dalam siri pilihan raya sejak 1999 untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.
ReplyDeletePada Kongres Nasional Keadilan ke-9, Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang dengan tegas telah menyatakan pendirian untuk tidak berundur walaupun diminta berbuat demikian kerana mendakwa Pembangkang telah kalah dengan penipuan dalam pilihan raya lalu. Anwar sepatutnya menghormati keputusan dalam Pilihanraya Umum ke13 yang dibuat rakyat seperti mana Barisan Nasional yang menerima kekalahan mereka di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.
ReplyDeleteMakin Anwar berkeras dalam hal ini maka rakyat makin meluat dengan sandiwara palsu beliau. “Enough is Enough”. Semua perkara ada batasan masa. Maka beliau sepatutnya berpijak di bumi nyata bukannya berpaut pada harapan palsu. Beliau harus sedar bahawa impian jahatnya mahu menjadi Perdana Menteri tidak dimakbulkan Allah. Sekiranya itu adalah rezekinya maka sudah lama Allah permudahkan segala-galanya untuk beliau. Namun sekadar untuk memenuhi impian untuk menjadi Perdana Menteri beliau telah melanggar banyak etika kehidupan, maruah dan agama Islam.
ReplyDeleteRakyat telah bersuara dan menyatakan pendirian dalam PRU13 yang lepas. Anwar tidak perlu cuba menidakkan hak rakyat dengan mengadakan Himpunan Suara Rakyat 505. Sebagai sebuah negara demokrasi, mereka sepatutnya menyuarakan rasa hati dengan menggunakan saluran yang betul bukannya dengan cara murahan jalanan pilihan Anwar dan pembangkang.
ReplyDeletePembangkang telah mencipta bermacam-macam fitnah dan penipuan untuk menutup kelemahan mereka. Hakikat sebenarnya Anwar tidak boleh dan tidak mampu menerima kenyataan bahawa beliau telah dikalahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Menerima takdir itu adalah dituntut dalam Islam. Anwar wajib bertaubat kerana terlalu banyak menyusahkan rakyat dan agama Islam.
ReplyDeleteDikatakan dalam berita Astro Awani Nurul Izzah Anwar yang dihalang dari memasuki Sabah pada Khamis dimaklumkan akan mencabar tindakan yang dikenakan ke atasnya di mahkamah.Setiausaha politik beliau, Fahmi Fadzil ketika dihubungi Astro Awani berkata pihak Nurul akan membawa perkara ini ke mahkamah, namun tarikhnya masih belum ditetapkan.
ReplyDeleteKenapa nurul izzah nak sangat turun ke Sabah ni? Takkan kawasan Lembah Pantai tak ada rakyat nak di temui sehingga lebih gemar ke negeri lain pula. Lembah Pantai ni bukan parlimen di negeri Sabahpun!!!!
ReplyDeleteCeh... bukan main berapi pula si fahmi membuat sidang media walaupun dikatakan beliau gagal menghubungi nurul izzah (lebih kuah dari sudu nampak) dikatakan Fahmi juga memberitahu satu sidang media akan diadakan berkaitan kejadian tersebut. Sementara itu, PKR mengecam keras tindakan Pejabat Ketua Menteri Sabah menghalang seorang Ahli Parlimen yang dipilih rakyat dari memasuki Sabah.- Astro Awani.
ReplyDeleteParti itu menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu 'tindakan autokratik dan tidak demokratik'."Umum sedia maklum, insiden ini bukanlah yang pertama,dan kemungkinan bukan yang terakhir. -Astro Awani
ReplyDeleteahli parlimen yang dipilih rakyat? Cop cop cop!!! Rakyat mana tu bro? Lembah Pantai!! Hello bro.. bukan rakyat Sabah undi dialah!!!! So hal nak kata dia pemimpin dipilih rakyat hanya untuk kawasan dia je.. tidak pun termasuk rakyat Sabah mahupun pengundi kawasan Penampang.
ReplyDeletehalangan masuk anak daddy ni Mesti ada sebab yg munasabah. harap difahaminya. Walau 3 kerusi BN untuk Parlimen jatuh ke tangan pembangkang, 12 kerusi dewan undangan negeri... tetapi majoriti rakyat di sabah menolak parti pembangkang. Masih tidak tahukah???
ReplyDeleteRamai Ketua Cabang di Sabah sudah berlaga angin dengan Anwar Ibrahim, siapa bakal Ketua Menteri Sabah yang baru ... Lajim atau Jefrrey? Ketua-ketua Cabang PKR di Sabah memang tidak mahu Lajim mahupun Jefrrey.
ReplyDeleteSEHARUSNYA pihak pembangkang terutama Orang dari semenanjung mesti mau sedar terutama pembangkang bahawa dalam persetujuan perkara 20 ..Sabah ada kuasa imigresen sendiri jadi semua tindakan yang dibuat berlunaskan undang undang. ( bukankah salah 1 manifesto pembangkang nak mempertahankan konon perkara 20 tu. Ini masanya kamurang kena terima apabila imigresen menggunakan kuasa mereka menghalang individu yang diragui boleh mengganggu gugat keamanan, keharmonian dan perpaduan negeri Sabah.)
ReplyDeleteOrang yang tidak menghormati perundangan.. saat memerlukan .. pandai pula menggunakannya. Ceh! Nak cabar melalui mahkamah? Silakan. Belajar menghormati perundangan negara sebelum nak kata menggunakannya untuk membela diri yang konon teraniaya tu!!!!
ReplyDeleteHimpunan yang haram.. dilarang dan tiada kelulusan pun dia sanggup datang. Tak mengaku? BERSIH 1 2 3 dia datang. Himpunan Blackout haram dia datang. Dia datang semasa dah jadi ahli parlimen tau! Takkan hanya tahap tu sahaja kemampuan dia jadi pemimpin pilihan rakyat dengan menyertai himpunan haram????
ReplyDeleteindividu yang tidak menghormati pilihan rakyat tidak berhak menjejak kakinya ke bumi tercinta negeri di bawah bayu ini. Pengaruh kurang ajar, biadap dan sukakan kekacauan ini tidak wajar dibawa masuk ke Sabah kerana budaya opppsss.., penyakit pembangkang ini bukan budaya rakyat Sabah.
ReplyDeletepihak imigresen Sabah mahupun Jabatan ketua Menteri ada sebab yang munasabah mengambil tindakan sebegini demi rakyat Sabah. Bukan kepentingan pribadi. Ianya menentang perjuangan keperibadian pembangkang yang hanya menjual janji retorik tanpa jaminan akan menunaikannya.
ReplyDeletesebagai rakyat yang sangat benci dengan keganasan dan kebiadapan kumpulan pembangkang melanggari undang-undang. Bukan takat Nurul Izzah. Anwar ibrahim, wan azizah, tian chua termasuk pemimpin pakatan pembangkang sewajarnya dihalang masuk ke Sabah termasuk si Arbaiyyah.
ReplyDeletesebagai rakyat yang sangat benci dengan keganasan dan kebiadapan kumpulan pembangkang melanggari undang-undang. Bukan takat Nurul Izzah. Anwar ibrahim, wan azizah, tian chua termasuk pemimpin pakatan pembangkang sewajarnya dihalang masuk ke Sabah termasuk si Arbaiyyah.
ReplyDeleteTindakan biadab ketua umum PKR, Anwar Ibrahim yang ingin menarik simpati rakyat agar bangkit bersamanya, menolak keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) terus menerima kecaman dari pelbagai pihak.
ReplyDeleteTerbaru, bekas Ketua Pengarang Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib tampil mengkritik mantan majikannya itu yang disifatkan sebagai ‘Raja Segala Pembohong’ kerana sering menipu dan mungkir janji. Beliau yang ditemui mengatakan Anwar telah menipu pengundi Cina dengan mengatakan pakatan akan menang dalam PRU13.
“Saya melihat bahawa Anwar Ibrahim ini semakin terpencil, kerana dia telah membohongi pengundi-pengundi Cina bahawa pihak pembangkang akan memenangi PRU13, tetapi hakikat ini tidak terjadi. Dia juga telah banyak berjanji dengan penyokong-penyokongnya di barat bahawa dia akan menjadi Perdana Menteri dan beliau telah banyak berbuat janji itu dan ini.
ReplyDelete“Malah pendedahan yang dibuat oleh mantan timbalan presiden Indonesia Jusuf Kalla bahawa Anwar telah berjanji untuk menerima apa juga keputusan PRU13, turut dimungkiri. Ini menyebabkan dia dilihat sebagai Raja Segala Pembohong” katanya.
Mengulas lanjut mengenai himpunan ‘Black505’, Dzulkarnain mengatakan ia satu pembohongan, kerana menurutnya rakan sekutu politik Anwar iaitu DAP dan Pas telah mengeluarkan kenyataan menerima keputusan PRU13 khususnya di peringkat negeri iaitu Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor.
ReplyDelete“Kenapa Anwar tidak beritahu sekutunya untuk tolak keputusan tersebut? Ia dilakukan kerana kekecewaan Anwar yang tiada batas kerana gagal menjadi Perdana Menteri kerana telah ditolak oleh rakyat Malaysia” katanya lagi.
Dzulkarnain yang juga merupakan Presiden, Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM) turut menggesa agar semua ahli parlimen pakatan pembangkang untuk memboikot majlis angkat sumpah yang bakal diadakan tidak lama lagi.
ReplyDelete“Saya terbaca ahli parlimen pembangkang mahu memboikot taklimat (sidang dewan rakyat) sebelum seisi persidangan pertama Parlimen ke-13. Mengapa setakat boikot taklimat? Saya mahukan (agar) semua ahli parlimen pembangkang tidak mengangkat sumpah. Ini kerana mereka sendiri telah menolak keputusan PRU13, tunjukkan mereka serius” katanya sinis.
Beliau turut mengatakan ahli parlimen pakatan pembangkang khususnya dari PKR sebagai hipokrit kerana hanya berani bising tetapi akhirnya tetap mengharapkan kemudahan dan keistimewaan sebagai ahli Dewan Rakyat.
ReplyDelete“(Mereka) tolak keputusan PRU13, buat huru-hara, mengadakan perhimpunan haram yang melanggar akta perhimpunan aman, tetapi pada masa yang sama ingin menikmati gaji, elaun dan kemudahan sebagai ahli parlimen Malaysia. Ini tidak adil, cakap kena serupa bikin, jangan bising di luar tapi akhirnya ingin menikmati kemudahan sebagai MP.
“Kepada Anwar Ibrahim dan konco-kuncunya jadilah anak jantan!!! Jangan jadi orang yang hanya pandai bercakap tetapi tidak pandai laksanakan apa yang dicakapkan” tegas beliau.
Selain daripada itu KWMM turut menyatakan sokongan dengan menyokong penuh saranan mantan Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia, Datuk Mohd Noor Abdullah agar diwujudkan ‘Akta Derhaka’ bagi melindungi Institusi Raja-Raja Melayu di negara ini. Pihaknya juga turut mendesak agar pihak kerajaan segera menggubal ‘Rang Undang-Undang Derhaka’ bagi membendung isu ini dari berleluasa.
ReplyDeleteRang undang-undang yang dicadangkan itu juga, seharusnya melihat serta mengkaji perundangan ‘Les Mejeste’ seperti yang dikuatkuasakan oleh kerajaan Thailand bagi melindungi kedaulatan institusi raja di negara tersebut.
Penggubalan ‘Akta Derhaka’ ini diyakini mampu menangani sikap biadab dan ekstrem yang dipamerkan oleh mereka-mereka yang terpengaruh dengan dakyah dan ideologi sesetengah pihak yang cenderung dengan penubuhan kerajaan republik.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang tidak menghadapi masalah masuk ke Sabah hari ini walaupun dikatakan terdapat larangan perjalanan yang telah dikenakan ke atasnya dan beberapa orang yang lain.
ReplyDeleteMenulis dalam twitter selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Lim berkata beliau dapat masuk ke Sabah tanpa sebarang masalah, dan menambah, Autonomi Imigresen untuk Sabah termasuk hak asasi rakyat Malaysia untuk memasuki bagi aktiviti politik yang sah
ReplyDelete