KUALA LUMPUR : Hasrat Parti
Keadilan Rakyat (PKR) untuk memboikot sidang Parlimen yang bermula 24 Jun ini
adalah perbuatan yang sia-sia dan jelas tidak mendukung prinsip berparlimen,
kata beberapa ahli akademik.
Timbalan Dekan Pusat
Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia Profesor Dr
Sivamurugan Pandian berkata cadangan PKR itu sangat tidak masuk akal kerana
Ahli Parlimen yang dipilih wajar hadir ke Persidangan Dewan Rakyat bagi
menunaikan tanggungjawab mereka.
“Ahli Parlimen PKR harus sedar
mereka dipilih oleh rakyat, jadi bagaimana mereka mahu menyatakan sebarang
permasalahan yang dihadapi rakyat jika tidak hadir ke persidangan itu,” katanya
kepada Bernama.
Sivamurugan berkata demikian
sebagai mengulas kenyataan Naib Presiden PKR Tian Chua bahawa parti itu bakal
memulaukan Persidangan Dewan Rakyat susulan beberapa tuntutan mereka tidak
dipenuhi, termasuk permintaan agar keseluruhan anggota Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR) meletak jawatan gara-gara tidak puas hati dengan keputusan Pilihan Raya
Umum Ke-13 (PRU13).
Beliau berkata jika cadangan
PKR menjadi realiti, ia akan memberi impak besar kepada parti itu kerana dua
lagi rakan pakatan pembangkang iaitu DAP dan PAS menyatakan pendirian untuk
hadir ke persidangan berkenaan.
“Jika ini berlaku, ia
memberi gambaran seolah-olah pakatan pembangkang tidak mempunyai pendirian yang
sama dan ini akan beri kesan kepada PKR dan mereka perlu sedar bahawa DAP
mempunyai lebih banyak kerusi dalam blok pembangkang,” katanya.
Nada sama turut disuarakan
Pensyarah Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Md Shukri
Shuib, yang menyifatkan penolakan rakan sekutu membuktikan kelemahan dalam
pakatan pembangkang dan menunjukkan PKR sebuah parti perosak sistem
berparlimen.
“Dalam PKR memang tiada kematangan
politik kerana mereka seolah tidak faham Parlimen ini adalah sebahagian
daripada sistem demokrasi yang mesti diikuti, kerana jika tidak, negara akan
gagal.
“PKR harus fikir… kalau
mereka tak nak angkat sumpah sebagai wakil rakyat, jadi bagaimana nak bayar
elaun dan beri keistimewaan yang sepatutnya mereka dapat,” katanya.
Bagi Pensyarah Kanan
Universiti Malaysia Sarawak Dr Jeniri Amir, jika PKR ingin membuktikan mereka
adalah ‘juara’ dalam memperjuang hak dan suara rakyat, mereka harus hadir ke sidang
Parlimen.
Beliau berkata tiada apa
yang dapat dicapai dengan melawan, malah rakyat akan sangsi dan akan timbul
persoalan kenapa mereka (PKR) mengambil tindakan sedemikian kerana ia ibarat
menafikan hak pengundi yang memilih mereka.
Penganalisis Politik
Profesor Dr Hoo Ke Ping pula berkata jika PKR berdegil tidak mahu mengangkat
sumpah sebagai Ahli Parlimen, tindakan itu jelas menidakkan proses pilihan raya
di Malaysia yang diamal selama 60 tahun.
“Jadi, mereka ini tidak
layak untuk masuk campur dalam urusan negara, mereka ini jelas lebih suka
bersuara di jalanan daripada mengikut landasan yang sepatutnya,” katanya.
Sementara itu, Presiden
Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata
hasrat PKR amat mendukacitakan kerana mereka dipilih menerusi proses pilihan
raya yang adil serta diiktiraf seluruh dunia, sebaliknya mereka mendakwa
berlaku penipuan.
“Mereka sanggup buat apa
sahaja untuk menghalalkan cara dan menarik perhatian dunia berkaitan keputusan
pilihan raya yang telah dimuktamadkan,” katanya. (Bernama)
Ahli Parlimen BN Selangor mencabar ahli parlimen PR untuk tidak mengangkat sumpah sebagai ahli yang berhormat pada 24 Jun ini dan tidak hadir sidang dewan rakyat berterusan dalam tempoh enam bulan jika benar mereka hendak memulaukan sidang parlimen.
ReplyDeleteAhli Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon berkata, PR dicabar supaya bertanggungjawab dan merealisasikan kenyataan mereka untuk memboikot sidang Dewan Rakyat berterusan selama enam bulan.
ReplyDelete“Jika kenyataan Ahli Parlimen PR sekadar untuk hendak perhatian, janganlah buat kenyataan begitu.
ReplyDeleteBOIKOT SIDANG PARLIMEN BUKAN SAHAJA TINDAKAN SIA-SIA MALAH PEMBANGKANG JILAT LUDAH SENDIRI
ReplyDeleteGegak gempita seluruh penyokong Pakatan Rakyat apabila Anwar Ibrahim dengan penuh bangganya mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat akan memboikot sebarang upacara di Dewan Rakyat, kecuali pada hari pertama sebagai menghormati DYMM Yang Di-Pertuan Agong. Alasannya, Pakatan Rakyat tidak mengiktiraf keputusan PRU-13 yang menurut mereka telah dimanipulasi semata-mata untuk memberikan kemenangan kepada UMNO dan Barisan Nasional.
BOIKOT SIDANG PARLIMEN BUKAN SAHAJA TINDAKAN SIA-SIA MALAH PEMBANGKANG JILAT LUDAH SENDIRI
ReplyDeleteAntara yang paling lantang menjilat kata-kata Anwar Ibrahim dan diberikan tanggungjawab untuk membuktikan bahawa Anwar Ibrahim adalah benar dan Pakatan Rakyat menang besar adalah Rafizi Ramli. Rafizi Ramli telah mempopularkan UNDI POPULAR yang kemudiannya digunakan secara meluas oleh Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat untuk menyatakan, hak menubuhkan Kerajaan Persekutuan sepatutnya diserahkan kepada Pakatan Rakyat memandangkan mereka lebih popular daripada UMNO-BN.
BOIKOT SIDANG PARLIMEN BUKAN SAHAJA TINDAKAN SIA-SIA MALAH PEMBANGKANG JILAT LUDAH SENDIRI
ReplyDeletePakatan Rakyat secara keseluruhannya mendapat 52% UNDI POPULAR manakala Barisan Nasional pula hanya mendapat 48%. Undi Popular Pakatan Rakyat banyak disumbangkan daripada kerusi-kerusi bandaran yang ditandingi dan dimenangi oleh DAP, manakala Barisan Nasional pula membolot undi-undi popular di kawasan luar bandar yang dimenangi oleh UMNO dan parti-parti berteraskan Bumiputera.
"Tindakan mereka tidak hadir sesi taklimat menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab mereka kepada rakyat sedangkan mereka telah dipilih rakyat pada PRU13 lalu.
ReplyDelete“Sepatutnya mereka tampil dan berfikiran terbuka untuk mendengar taklimat kerana ia dibuat oleh badan berkecuali, Parlimen,” katanya.
BOIKOT SIDANG PARLIMEN BUKAN SAHAJA TINDAKAN SIA-SIA MALAH PEMBANGKANG JILAT LUDAH SENDIRI
ReplyDeleteJumlah pengundi menjadi perkiraan wajib dalam menentukan undi popular. Dan oleh kerana DAP menang besar di kawasan-kawasan bermajoritikan pengundi Cina, 52% undi popular itu menjadi milik mereka. Bagaimanapun, kalau diambil kira daripada hak penubuhan Kerajaan Persekutuan, Barisan Nasional lebih berhak memandangkan penguasaan 133 kerusi Parlimen, jauh lebih mencukupi untuk tujuan berkenaan.
BOIKOT SIDANG PARLIMEN BUKAN SAHAJA TINDAKAN SIA-SIA MALAH PEMBANGKANG JILAT LUDAH SENDIRI
ReplyDeletePelbagai taktik telah dilakukan oleh Pakatan Rakyat, khususnya PKR dan DAP. Mereka berhimpun dan cuba berarak di jalanraya bagi mencetuskan rusuhan, tetapi keberanian mereka tidak setara mana memandangkan PAS tidak menyertai perhimpunan berkenaan.
“Mengapa perlu mempermainkan amanah rakyat jika mahu pertikai keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)?.
ReplyDelete“Jika mahu memperkotak-katikkan sistem demokrasi ini, kita cabar mereka boikot berterusan sesi sidang Dewan Rakyat,” katanya.
BOIKOT SIDANG PARLIMEN BUKAN SAHAJA TINDAKAN SIA-SIA MALAH PEMBANGKANG JILAT LUDAH SENDIRI
ReplyDeleteHanya ahli-ahli PAS yang mampu mencetuskan rusuhan di jalan-jalanraya sebagaimana yang dibuktikan sebelum ini. Manakala penyokong-penyokong PKR dan DAP pula sekadar menjadi anjing yang kuat menyalak tetapi tidak memiliki kekuatan dan keberanian untuk merealisasikan apa yang mereka laung-laungkan.
BOIKOT SIDANG PARLIMEN BUKAN SAHAJA TINDAKAN SIA-SIA MALAH PEMBANGKANG JILAT LUDAH SENDIRI
ReplyDeleteKetiadaan bukti dan fakta bagi menyokong segala tuduhan yang dilemparkan, membuatkan kepala penipu, Anwar Ibrahim terpaksa memikirkan jalan lain bagi mengalihkan perhatian. BOIKOT Sidang Dewan Rakyat adalah salah satu daripada kaedah terbaik untuk mengalihkan perbincangan tentang penipuan yang telah dikantoikan!
Berdasarkan Artikel 52(1) Perlembagaan, jika seseorang ahli Dewan Rakyat tidak hadir selama enam bulan tanpa notis dan izin Speaker, seseorang ahli parlimen itu bakal berdepan risiko digugurkan jawatannya sekali gus kerusinya akan dikosongkan.
ReplyDeleteSementara itu, Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan turut mengecam tindakan ahli parlimen pakatan rakyat yang tidak hadir sesi taklimat parlimen pagi semalam turut menyifatkan mereka tidak mahu mandat tersebut.
BOIKOT SIDANG PARLIMEN BUKAN SAHAJA TINDAKAN SIA-SIA MALAH PEMBANGKANG JILAT LUDAH SENDIRI
ReplyDeleteSesuatu yang amat menarik ialah, daripada pemboikotan yang dilakukan, adalah lebih baik sekiranya PKR membuktikan bahawa mereka bercakap benar dengan meminta Parlimen dan DUN setiap negeri membubarkan semua kemenangan yang telah kecapi. Adakan kembali pilihanraya di kesemua kerusi Parlimen dan DUN yang telah dimenangi oleh PKR serta DAP.
BOIKOT SIDANG PARLIMEN BUKAN SAHAJA TINDAKAN SIA-SIA MALAH PEMBANGKANG JILAT LUDAH SENDIRI
ReplyDeletePetisyen untuk kerusi-kerusi yang PKR dan DAP kalah semata-mata, hanya menunjukkan bahawa PKR dan DAP amat terdesak untuk menjadi Kerajaan Persekutuan dan mereka perlu bergantung harap kepada keputusan mahkamah di mana kebanyakan keputusan mahkamah seringkali berpihak kepada mereka kerana faktor HAKIM dan MAJISTRETnya! Beranikah Rafizi Ramli mengutarakan cadangan tersebut? Mahukan PKR dan DAP melaksanakan perkara berkenaan?
BOIKOT SIDANG PARLIMEN BUKAN SAHAJA TINDAKAN SIA-SIA MALAH PEMBANGKANG JILAT LUDAH SENDIRI
ReplyDeleteKalau setakat boikot taklimat Ahli Parlimen dan kemudian boikot sidang Dewan Rakyat, ianya bukanlah perkara besar pun. Selama ini pun, memang pemboikotan dijalankan sama ada secara berterus-terang mahupun secara terselindung. Berjalan keluar dari sidang Dewan Rakyat, tidak membawa agenda masyarakat dan rakyat yang diwakili, mahupun tidak hadir persidangan, sudah menjadi perkara biasa. Kerja-kerja politik yang berterusan di dalam sidang Dewan Rakyat juga boleh dianggap sebagai satu pemboikotan.
BOIKOT SIDANG PARLIMEN BUKAN SAHAJA TINDAKAN SIA-SIA MALAH PEMBANGKANG JILAT LUDAH SENDIRI
ReplyDeleteJusteru, adalah lebih baik sekiranya, pemboikotan tersebut disusuli dengan desakan agar kemenangan mereka dibatalkan dan pilihanraya diadakan sekali lagi. Dan kalau itulah yang dilakukan, maka sewajarnya selepas itu, UMNO dan Barisan Nasional pula melakukan perkara yang sama.
Beranikah?
DAP dan PAS menolak cadangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya pakatan
ReplyDeletepembangkang memboikot majlis perasmian persidangan Parlimen penggal
ke-13.
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke berkata parti itu
ReplyDeletetidak mempunyai rancangan untuk memboikot sidang Parlimen, manakala
Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata langkah
itu hanya dilihat sebagai penghinaan kepada rakyat yang memilih mereka
sebagai Ahli Parlimen.
Kedua-dua pemimpin pembangkang itu berkata demikian sebagai mengulas
ReplyDeletecadangan penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memboikot
persidangan Parlimen sebagai membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13
(PRU-13).
ReplyDeleteAnwar membuat cadangan itu selepas gesaan oleh beberapa pertubuhan
bukan kerajaan (NGO) untuk memboikot persidangan yang akan bermula pada
24 Jun ini.
"Pendirian kami (DAP) sama dengan pandnagan (penasihat parti) Lim Kit Siang," kata Loke.
Sebelum ini Lim dipetik dalam portal berita sebagai berkata bahawa DAP tidak mempunyai rancangan untuk memboikot Parlimen.
ReplyDeleteSementara Dr Mahfodz berkata bahawa menjadi satu kewajipan bagi mereka
ReplyDeleteyang memenangi pilihan raya untuk menghadiri sesi Parlimen.
Kita tidak perlu menghina Parlimen, kerana ia adalah serupa dengan
ReplyDeletemembelakangkan rakyat," kata Dr Mahfodz yang tewas di kerusi Dewan
Undangan Negeri (DUN) Gambir di Johor pada PRU yang lalu.