Thursday, 13 June 2013

KERAJAAN TIDAK LESENKAN PORTAL ONLINE






Oleh : RAM ANAND
           
KERAJAAN tiada perancangan untuk memperkenalkan sistem pelesenan untuk portal berita atas talian, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Bercakap dalam majlis Anugerah Akhbar MPI-Petronas di Kuala Lumpur malam ini, Najib berkata, kerajaan akan meneruskan penggunaan undang-undang sedia ada bagi memastikan tiada batasan perundangan dilangkaui oleh entiti media.

"Kita akan kuatkuasakan undang-undang untuk memastikan tiada sesiapa pun menggunakan isu kaum atau bahasa untuk menyebarkan ketidakharmonian dalam negara atau bertindak menentang amalan demokrasi berparlimen," katanya.

Semalam, Menteri Komunikasi Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dilapor berkata, kerajaan tidak mempertimbangkan untuk menggubal undang-undang bagi mengawal media Internet.

Beliau diminta menjelaskan perkara itu, susulan kenyataan menteri berkenaan pada Isnin lalu bahawa kerajaan BN sedang mengkaji kemungkinan mengawal portal berita seperti yang dijalankan di Singapura.

Singapura mengumumkan bahawa semua portal berita di negara itu, yang mencapai sekurang-kurangnya 50,000 pembaca sebulan, perlu mendapatkan lesen dari pihak berkuasa.

Dasar yang berkuatkuasa pada 1 Jun itu dilihat oleh pemerhati sebagai usaha Parti Tindakan Rakyat Singapura untuk mengawal penentangan dari kalangan warga maya.

8 comments:

  1. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kerajaan tidak akan terburu-buru mencontohi penguatkuasaan alam siber seperti dilakukan beberapa negara dalam membendung budaya fitnah menerusi media sosial.

    ReplyDelete
  2. Kerajaan perlu mencari mekanisme terbaik bagi memastikan pihak yang menyalahgunakan media untuk menabur fitnah dikenakan tindakan tegas. Antara langkah yang wajar dilaksana adalah menggunakan medium seperti pendaftaran rangkaian nombor telefon yang mana setiap pengguna media sosial harus mendaftar menggunakan kad pengenalan.

    ReplyDelete
  3. Pengguna Internet dan pengawal atur kerajaan memberikan respons dengan mengatakan 'Tidak' kepada sekatan tambahan di laman sosial sambil menegaskan undang-undang sedia ada sudah memadai.

    ReplyDelete
  4. Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata, isu yang lebih besar adalah mendidik pengguna Internet supaya mengawal diri sendiri.

    ReplyDelete
  5. Beliau berkata, sekiranya mana-mana individu bertanggungjawab sepenuhnya untuk tidak menyiarkan mesej tidak bertanggungjawab, jadi tiada apa yang perlu dirisaukan.

    ReplyDelete
  6. Datuk Seri Najib Tun Razak meminta orang ramai untuk mencadangkan jenis-jenis 'peraturan yang positif'.

    "Saya mahu membuka perkara ini kepada orang ramai dan pengguna media sosial supaya mencadangkan jenis-jenis kawalan positif yang perlu kita laksanakan untuk memastikan penggunaan bertanggungjawab dan maklumat yang disebarkan tidak melanggar undang-undang," kata Najib

    ReplyDelete
  7. Memetik perintah Mahkamah Persekutuan, beliau berkata Perlembagaan yang memberikan hak kepada kebebasan peribadi juga termasuk hak persendirian atau privasi.

    Menurutnya, pemilik blog dan pengguna Internet yang didapati melakukan perbuatan menyalahi undang-undang sentiasa boleh didakwa di bawah undang-undang sedia ada.

    ReplyDelete
  8. jgn salah guna portal online

    ReplyDelete