Thursday, 6 June 2013

KONSPIRASI KOTOR JPN DAN SPR TERBONGKAR?






Saudara Pengarang,

BAYANGKAN diri saya sendiri, seorang Peguam. SPR boleh pindahkan tempat pengundian saya tanpa persetujuan atau tandatangan saya. Apa tah lagi rakyat biasa yang terpaksa berhadapaan dengan taktik kotor dan liar SPR.

Saya terpaksa membuat bantahan dan menunggu berbulan lamanya dan serta memberi amaran keras kepada SPR barulah status dan tempat pengundian saya dikembalikan dari Kg Segangan DUN Tungku, Parlimen Silam ke Daerah Mengundi Kg Pinawantai, DUN Matunggong, Parlimen Kota Marudu.

Bagaimana dengan orang kampung di kawasan terpencil atau pedalaman seperti di Marak-Parak, Kota Marudu dan kawasan terpencil? Saya tidak boleh bayangkan kesusahan mereka turun naik pejabat SPR hanya untuk urusan membetulkan atau mengembalikan status pengundian mereka. Sudah pastinya duit BR1M RM500 pun tidak cukup untuk tambang.

Saya tidak dapat terima langsung alasan mereka (SPR) yang mengatakan tindakan mereka memindahkan tempat pengundian saya berdasarkan maklumat Entry/Status MASTAUTIN dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Apa pula prosedur yang JPN gunakan untuk menentukan status 'Mastautin' seseorang sehingga begitu mudah dimanipulasi seperti kes saya; kononnya bermastautin di Kg Segangan, DUN Tungku, Lahad Datu. Bila pula saya BERMASTAUTIN di Kampung tersebut?

Pijakpun tidak pernah, apalagi bermastautin? Ketara betul JPN dan SPR suka-suka sahaja 'letak' dan 'pindah' tempat bermastautin pemilih berdaftar dan SPR buat kerja kotor berdasarkan status mastautin dari JPN. Bukankah ini  konspirasi kotor?

Salam Hormat,

JELANI HAMDAN
ADUN Matunggong.

29 comments:

  1. Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menegaskan bahawa UMNO tidak tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu sebaliknya parti tersebut berjaya menambahkan bilangan kerusinya daripada 79 kepada 88.

    Tegas beliau, perhimpunan sempena ulang tahun ke 67 UMNO di Dewan Merdeka menunjukkan bahawa parti tersebut gagah perkasa.

    ReplyDelete
  2. “UMNO bukan parti rasis. UMNO parti yang sederhana dari dulu hingga sekarang. Kita memberi keadilan hak kepada bukan Melayu dalam negara kita dan kita menganggap mereka sebagai rakan kongsi.

    “Kita tetap akan pertahankan dasar yang sederhana dan saksama dalam negara ini. Inilah formula yang terbaik dan bukannya formula keterlaluan untuk memancing undi yang akhirnya akan memusnahkan negara kita. Kita tidak akan benarkan politik yang sedemikian,” tegas beliau.

    ReplyDelete
  3. Ujarnya, meskipun diasak dan diserang dengan pelbagai tuduhan, tohmahan, fitnah dan mehna tetapi akhirnya rakyat Malaysia telah membuat keputusan bahawa mereka ingin kepada kestabilan, ingin kepada kesinambungan dan ingin melihat agenda pembangunan dan transformasi negara yang dibawa oleh BN diteruskan.

    ReplyDelete
  4. “Saya sebagai Pengerusi BN lebih awal lagi menyatakan bahawa BN akan menerima apa juga keputusan yang dibuat oleh rakyat dalam PRU namun yang anehnya mereka yang banyak bersuara tentang demokrasi, yang mengatakan bahawa rakyat itulah yang akan menentukan segala-galanya setelah PRU berakhir tetapi enggan menerima keputusan demokrasi Parlimen yang telah ditentukan oleh rakyat Malaysia.” Katanya, pelbagai alasan diberikan oleh pembangkang kononnya telah berlaku penipuan dalam PRU13.

    ReplyDelete
  5. “Mereka bawa cerita kononnya kita mengimport 40,000 Mat Bangla untuk mengundi dalam pilihan raya. Kalau nak bawa 40,000 Mat Bangla, sebuah Jumbo muatannya 400 bererti 100 buah Jumbo terpaksa mendarat di lapangan terbang. Saya nak tanya kepada pembangkang, tunjuk d imana ada 100 buah jumbo yang telah mendarat di lapangan terbang kita.

    ReplyDelete
  6. “Mereka mengembar-gemburkan satu pembohongan dalam media sosial dan dalam cerita-cerita yang tersebar dari mulut ke mulut seolah-olah satu cerita dongeng sebagai kebenaran yang mutlak. Yang menghairankan kita, orang yang dikatan cerdik pandai pun termakan dengan cerita tersebut. Inilah angkara yang telah dibuat oleh pembangkang.”

    ReplyDelete
  7. Bidasnya, dakwat kekal dipertikaikan walhal dakwat kekal itulah yang dituntut mereka sebagai satu kaedah dalam pilihan raya. “

    ReplyDelete
  8. Cerita yang kecil dibesarkan, ‘blackout’ dalam satu kawasan dikatakan sebagai salah satu cara untuk menipu walhal daftar pemilih itu ada dalam tangan mereka di setiap saluran mengundi, ada ‘polling agent’ yang menunggu dan menyaksikan segala prosesnya.

    ReplyDelete
  9. “Sehingga ke hari ini belum ada bukti bahawa penipuan berlaku, maka kalau ada satu bukti bawalah ke mahkamah dan kita sanggup menerima apa jua keputusan mahkamah tetapi jangan sekali-kali menyusahkan rakyat, mencemarkan nama negara kita ini semata-mata kemaruk kuasa yang tidak kesampaian.”

    ReplyDelete
  10. Soal beliau lagi, inikah yang dikatakan mereka mengamalkan prinsip demokrasi, memperjuangkan sistem yang adil, yang terbuka dan sebagainya?

    “Tidak ada rasuah, tidak ada nipotisme tapi hari ini Timbalan Presiden partinya telah pun berlaku nipotisme dalam parti.

    ReplyDelete
  11. “Adakah ini ‘double standard’ kalau sistem pilihan raya ini begitu tercemar, sudah dinodai dengan penipuan walhal kenapa angkat sumpah (Ketua Menteri) di Pulau Pinang, kenapa angkat sumpah di Kelantan, kenapa sudah terima di Permatang Pauh, kenapa sudah terima di Gelang Patah.

    ReplyDelete
  12. Dengan sistem yang sama digunakan tapi jika menguntungkan mereka akan diterima sebaliknya jika tidak menguntungkan akan ditolak. Inilah hipokrasi yang paling besar.”

    ReplyDelete
  13. Dalam masa yang sama, beliau juga mengajak rakyat bermuhasabah dengan memperbetulkan segala kelemahan dan kekurangan di samping berterima kasih kepada semua pengundi selain mencari punca kenapa mereka tidak mengundi BN.

    ReplyDelete
  14. Sedang gerombolan pemimpin dan penyokong pembangkang sibuk memperkatakan konon wujudnya rakyat Bangladesh yang diimport sebagai pengundi hantu.

    ReplyDelete
  15. Dalam diam tak diam, ramai rakyat negara ini turut tertanya-tanya perihal kemungkinan kewujudan pengundi hantu dari negara China.

    ReplyDelete
  16. Asas persoalan ini cukup mudah kerana ramai pengundi keturunan Cina yang keluar awal pagi di pusat-pusat pengundian pada PRU-13 baru-baru ini.

    ReplyDelete
  17. Mereka bukan sahaja tak dikenali penduduk tempatan malah kebanyakannya bila disoal selidik gagal bertutur dengan baik dalam Bahasa Melayu.

    ReplyDelete
  18. Malah ada banyak kes menunjukkan ramai yang langsung tak boleh bertutur Bahasa Kebangsaan, seolah-olah satu frasa kata pun tak ada dalam kepala mereka.

    ReplyDelete
  19. Bukankah senario ini cukup pelik bagi orang yang menggelarkan dirinya sebagai rakyat Malaysia? Jangan suruh nyanyi lagu Negaraku. Nak bercakap pun tak reti.

    ReplyDelete
  20. Biasanya jarang benar rakyat Malaysia dari pelbagai kaum yang tidak fasih bertutur Bahasa Kebangsaan meskipun ada antaranya sejak kecil belajar di Sekolah Kebangsaan Jenis Cina.

    ReplyDelete
  21. Namun masing-masing tetap boleh berbicara dalam Bahasa Melayu walaupun ada yang tidak begitu fasih. Ini, satu hapah pun diorang tak reti.

    ReplyDelete
  22. Keadaan ini menimbulkan syak wasangka berkemungkinan ada diantara pengundi keturunan Cina ini bukannya rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  23. Sebaliknya didatangkan khas dari negara China seterusnya memperolehi kad pengenalan negara ini secara sindiket atau pemalsuan, kemudian didaftarkan pula sebagai pengundi.

    ReplyDelete
  24. Dua tahun lalu pihak Imigresen pernah mengumumkan terdapat lebih 90,000 warganegara China yang sudah tamat tempoh visa pelawatnya masih tinggal di negara ini.

    ReplyDelete
  25. Termasuklah sebahagian besarnya berkecimpung dalam industri pelacuran, rumah urut, spa dan lain - lain aktiviti haram.

    ReplyDelete
  26. Tak mustahil angka itu jauh lebih besar dan ada kemungkinannya ada antara mereka yang terlibat dalam pemalsuan kad pengenalan dan menjadi pengundi.

    ReplyDelete
  27. Andaikata dakwaan terhadap perkara ini benar - benar wujud, maka ia merupakan satu ancaman kepada keselamatan negara secara keseluruhannya.

    ReplyDelete
  28. Mana mungkin masa depan negara ini boleh dibiarkan bebas ditentukan oleh warganegara asing. Justeru itu, pihak JPN dan SPR perlu mengambil inisiatif untuk menyiasat lebih lanjut perkara ini untuk membongkar kebenaran supaya tiada lagi yang tertanya-tanya!!!

    ReplyDelete
  29. kenapa tdk buat laporan polis? atau cuma dakwaan kosong saja

    ReplyDelete