SEORANG MP PKR Gooi Hsiao
Leung mendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia menyalahgunakan kuasa
dalam tindakan menahan seorang wanita yang didakwa menghina Yang di-Pertuan
Agong melalui tulisan di Facebook.
MP Alor Setar itu berkata,
beliau berpendapat bahawa tulisan berkenaan bukanlah satu ancaman atau gangguan
seperti yang dinyatakan sebagai kesalahan bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan
Multimedia.
Sebaliknya, Gooi yang juga
seorang peguam berkata perbualan di Facebook itu – yang kini menjadi beredar di
Internet – hanya merujuk kepada ucapan Agong dan bukannya ke atas mana-mana
individu.
"Saya telah membaca
rakaman skrin perbualan Melissa Gooi bersama kawan-kawannya di Facebook
mengenai ucapan Yang Di-Pertuan Agong dan mendapati tidak ada unsur gangguan
atau ancaman yang dibuat terhadap sesiapa yang boleh disifatkan sebagai satu
kesalahan di bawah akta tersebut.
"Tidak ada justifikasi
di bawah undang-undang untuk menangkap Melissa Gooi melainkan bahawa tangkapan
tersebut bermotif politik untuk memuaskan pemimpin-pemimpin BN yang telah
mendesak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia secara awam untuk
mengambil tindakan.
"Penangkapan Melissa
Gooi adalah suatu penghinaan kepada seluruh rakyat Malaysia yang mengambil
berat tentang kebebasan hak bersuara dan hak meluahkan perasaan secara terbuka
tanpa berasa terancam atau diugut untuk ditangkap.
Oleh itu, beliau
mengandaikan bahawa siasatan yang turut melibatkan empat rakan wanita tersebut
sebagai "tidak berasas"
Gooi juga berkata penahanan
berkenaan merupakan "penghinaan kepada semua rakyat Malaysia" kerana
ia menghalang kebebasan mereka untuk bercakap dengan terbuka dan tidak
ditakut-takutkan.
Wanita berusia 32 tahun itu
ditahan pasukan polis pada pagi 4 Jun lalu di Ampang, Selangor.
Polis Kuala Lumpur menyebut,
siasatan dijalankan ke atas wanita tersebut mengikut Seksyen 233 Akta
Komunikasi dan Multimedia 1998 dan juga Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.
jangan kaitkan dengan rakyat malaysia, ianya hanya melibatkan individu..
ReplyDeleteDua daripada tiga lagi individu yang dikehendaki polis berhubung kes menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi (IPD)-7Jun 2013
ReplyDeleteJurucakap polis berkata kedua-dua mereka iaitu lelaki dan wanita berusia dalam lingkungan 30-an tiba di IPD itu pada pukul 3 petang, dengan ditemani seorang peguam.
ReplyDeletePolis masih mengambil keterangan mereka, katanya ketika ditemui pemberita.
Pada 1 Jun lepas, akaun Facebook yang menggunakan nama 'Melissa Gooi' didakwa mengeluarkan kenyataan menghina titah ucapan Tuanku Abdul Halim yang kemudian menerima respons daripada pengguna lain.Susulan itu, pelbagai pihak membuat laporan polis dan pada Khamis lepas, polis menahan seorang wanita berusia 32 tahun di Ampang bagi membantu siasatan.Wanita itu antara empat individu yang dicari polis berhubung kes itu.
ReplyDeleteTindakan segelintir individu yang memperlekehkan titah ucapan Yang Dipertuan Agong di laman media sosial baru-baru ini jelas menghina institusi diraja yang menjadi tonggak negara ini.
ReplyDeleteADUN Belanja, Mohd Nizar Zakaria, menegaskan beliau berasa cukup sedih dengan tindakan biadap segelintir individu yang sanggup menghina dan memperlekeh-lekehkan titah YDPA, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang antara lain meminta semua pihak akur dengan keputusan rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
ReplyDeleteSehubungan itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) ujarnya, perlu mengambil tindakan tegas termasuk menahan mereka ini sebagai pengajaran dan teladan kepada rakyat yang lain.
ReplyDelete“Tindakan individu ini jelas menghina YDPA dan janganlah kerana berbeza fahaman politik, sampai sanggup mencemar nama baik institusi diraja yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.
ReplyDelete“Bagi saya, mereka yang melakukan perbuatan ini cukup biadap dan kurang ajar kerana tidak memahami konsep institusi diraja yang menjadi tonggak negara ini dan sebagai rakyat, kita perlu menghormati dan patuh kepada YDPA,” katanya.
ReplyDeleteMengulas lanjut, Mohd Nizar memberitahu kerajaan perlu bertindak tegas dengan menahan mana-mana individu yang memberi persepsi buruk terhadap institusi diraja.
ReplyDelete“Dengan tindakan tegas yang diambil, ia diharap memberi pengajaran kepada yang lain dan kita seharusnya bersyukur kerana negara ini aman makmur dan rakyat hidup bersatu-padu sejak sekian lama,” katanya.
Tiga pertubuhan bukan kerajaan tampil menyerahkan memorandum kepada PDRM bagi menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana kumpulan atau individu dikesan menghina Yang di-Pertuan Agong melalui media baru
ReplyDeletesejak kebelakangan ini ada individu dan kumpulan menggunakan laman sosial untuk menghina Yang di-Pertuan Agong.
ReplyDeletepenghinaan itu bukan saja untuk orang Melayu dan agama Islam, tetapi seluruh warga Malaysia yang menjunjung martabat institusi diraja di negara ini.
ReplyDeletemohon polis mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit dan mendakwa mereka mengikut Akta Hasutan 1948 serta Akta Komunikasi Multimedia 1948
ReplyDeleteMereka yang menyemai racun antikerajaan dan anti institusi diraja harus diawasi agar generasi muda dan akan datang tidak dipengaruhi mereka
ReplyDeletemenghina agong tidak patut dilakukan
ReplyDelete