DAKWA.....
'Syaitan' Jamalul Kiram III dan pengikutnya akan di dakwa oleh kerajaan
Filipina.
Oleh : SYED KAMAL
MANILA : Perkembangan
terbaru ialah Department of Justice (DOJ) Filipina telah mengarahkan Biro
Siasatan Negara (NBI) untuk menyediakan kes 'airtight' terhadap Jamalul Kiram
III dan orangnya yang mencerobohi negeri Sabah.
Bercakap kepada pemberita
kelmarin, Setiausaha Kehakiman, Leila de Lima berkata, NBI kini sedang
menyiapkan kes terhadap Kiram dan pengikutnya.
De Lima mengumumkan bahawa
kumpulan Kiram boleh dikenakan hukuman kerana melanggar Perkara 118 (menghasut
kepada peperangan atau memberi motif untuk bertindak balas), kod Semakan
Keseksaan, pemilikan senjata api haram, perhimpunan haram dan pelbagai lagi.
Setelah mereka dikenakan
hukuman bawah undang-undang Filipina, DOJ juga akan mengkaji kemungkinan
membenarkan kerajaan Malaysia mengekstradisi penceroboh-penceroboh di Sabah
untuk menghadapi undang-undang negara Malaysia pula.
Seorang lagi lelaki yang dikaitkan dengan insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu pada Februari lepas berdepan hukuman mati selepas dia didakwa di Mahkamah Tinggi di sini kerana melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong.
ReplyDeleteTotoh Hismullah dituduh melakukan kesalahan itu dari 9 Feb 2013 hingga 29 Mac 2013 di Kampung Simunul, Semporna, mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan.
Dia turut didakwa menurut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan kerana menjadi anggota kumpulan pengganas dan boleh dihukum penjara seumur hidup dan boleh didenda.
Pendakwaan dilakukan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail di hadapan Hakim P. Ravinthran yang bersidang di Penjara Tawau.
Dengan pertuduhan terbaru hari ini, jumlah individu yang dihadapkan ke mahkamah berikutan insiden pencerobohan di Lahad Datu kini menjadi 31 orang termasuk seorang anggota polis, KPL Hassan Ali Basri.
ReplyDeleteBercakap kepada pemberita selepas prosiding hari ini, Abdul Gani berkata, kesemua tertuduh telahpun melantik peguam masing-masing kecuali seorang tertuduh yang akan diwakili peguam yang bakal dilantik mahkamah tidak lama lagi.
Abdul Gani berkata, pihak pendakwaan juga mendapat persetujuan daripada mahkamah supaya kesemua kes berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada prosiding seterusnya termasuk sesi perbicaraan.
"Saya dah mengemukakan proposal (permohonan) secara bertulis kepada CJSS (Hakim Besar Sabah dan Sarawak) untuk semua kes ini dipindahkan ke Kota Kinabalu dan proposal saya sudahpun dipersetujui," katanya.
Katanya, kesemua kes itu, kecuali kes KPL Hassan yang tarikh perbicaraannya sudah ditetapkan, akan disebut semula di Kota Kinabalu pada 27 Jun ini manakala perbicaraan KPL Hassan juga di Kota Kinabalu, akan bermula pada 24 Jun.
ReplyDeleteSementara itu, James Tsai, peguam yang dilantik Kerajaan Filipina untuk mewakili rakyat negara itu yang berdepan tuduhan dalam insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu berkata, setakat ini mereka mewakili 24 tertuduh.
Tsai berkata, permohonan Datuk N.Sivananthan untuk menyertai pasukan peguamnya yang bakal mewakili kesemua 24 tertuduh itu akan didengar di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 12 Jun ini.
Tanduo tragedy reminds Manila and M’sia to be closer
ReplyDeleteKUALA LUMPUR: The Lahad Datu tragedy served as a reminder for Malaysia and the Philippines to work closely with each other, said Philippine ambassador to Malaysia J. Eduardo Malaya today.
He said the Sabah intrusion did not bring any negative impact to bilateral ties between the two countries or affect the Mindanao peace process.
“The Mindanao peace process continues despite the incident and the process is heading to a successful conclusion in a few weeks’ time.
ReplyDelete“For this, the Philippines is grateful to the adept and fair facilitation by Malaysia,” Eduardo told reporters after a reception to mark the 115th Anniversary of the Proclamation of Philippine Independence at his office, here, today.
Urban Wellbeing, Housing and Local Government Minister Datuk Abdul Rahman Dahlan was the minister in attendance and represented the Malaysian government at the reception.
Malaya said 38 Filipino individuals were now facing charges in the Philippines for alleged involvement in the intrusion and they were intercepted and detained while trying to cross over to Tawi Tawi.
However, asked on the possibility of self-proclaimed Sultan Jamalul Kiram to be charged soon, he said, “I don’t have the final word.”
ReplyDeleteMalaya regarded Malaysia-Philippine partnership as enduring with such tests and both countries needed to increase engagement in the business, economic, social and cultural spheres in future.
“Let us enhance our ties in bilateral relations as well as in our partnership in Asean,” he added.
ReplyDeleteMeanwhile, a statement from the embassy said that some 2,000 Filipinos marched along Jalan Bukit Bintang yesterday to mark the 115th Anniversary of the Declaration of Philippine Independence, which falls on June 12.
ReplyDelete“Kuala Lumpur joined cities such as New York and San Francisco which have Filipino community parades to commemorate the anniversary and this is the second year Filipinos in Malaysia organised such a parade,” the statement said.
Pengkhianatan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebagai dalang utama dalam krisis keselamatan di Lahad Datu yang menggugat kedaulatan negara semakin terserlah berdasarkan kepada beberapa perkembangan.
ReplyDeleteMeskipun ancaman penceroboh di Lahad Datu sudah berakhir, namun pengalaman pahit tetap segar di ingatan penduduk. Apa yang jelas, pengganas Kiram sudah lama merancang untuk masuk ke Sabah dan menawan Borneo dengan hajat meletakkan kepulauan itu di bawah kekuasaan Sultan Sulu.
ReplyDeleteBeberapa ketua kampung dan pengerusi JKKK mengakui kewujudan pelbagai tawaran dari pengganas untuk memujuk penduduk di Kampung Tanjung Labian, Kampung Tanjung Batu, Kampung Sungai Bilis, Kampung Tinagian, Kampung Lok Buani dan Kampung Lok Sembuang menyokong tindakan mereka.
Menurutnya, ketika itu orang kampung tidak menampakkan minat untuk menjadi ahli Sultan Sulu namun ejen-ejen terdiri dari orang Sulu yang tidak mempunyai dokumen perjalanan berterusan memujuk penduduk menyertai mereka.
ReplyDelete“Mereka janji macam-macam termasuk tanah, harta serta pangkat sekiranya Kesultanan Sulu berjaya merampas Borneo dan ini bagi saya adalah perkara ‘gila’.
"Saya juga terkejut apabila mendengar berita ketua-ketua kampung di Lahad Datu menjadi buruan ketika pengganas memasuki Kampung Tanjung Labian, 3 Mac lalu.
“Meskipun kampung Tinagian tidak menjadi sasaran pengganas namun kerana ianya berhampiran dengan Kampung Tanjung Batu, saya diberitahu supaya mengarahkan penduduk kampung keluar segera pada 4 Mac, iaitu selepas berlaku pertempuran di Kampung Tanjung Batu dan Labian.
ReplyDelete“Masa itu tembak menembak sudah berlaku Kampung Tanjung Batu, tiba-tiba dalam kekecohan untuk keluar dari kampung saya dihubungi seseorang yang bertanyakan di mana saya berada dalam bahasa Sulu. Bila dengar sahaja bahasa Sulu itu hati saya jadi tidak sedap, jadi saya ambil keputusan untuk tidak melayan panggilan itu kerana khuatir pengganas mencari saya," katanya lagi.
Menurut ketua kampung itu lagi, teka-teki berhubung panggilan itu akhirnya terjawab apabila seorang pemuda datang ke rumahnya dan menyuruhnya keluar dari kampung segera.
ReplyDelete“Dia beritahu pengganas sedang cari semua ketua kampung menyebabkan saya melarikan diri,” katanya.
Menurutnya bimbang sesuatu yang buruk berlaku, dia tinggal sementara di rumah saudaranya di kawasan Felda Sahabat.
Pengganas lantik orang tengah
ReplyDeletePengerusi JKKK Kampung Sungai Bilis, Hussin Uyong mengakui sememangnya pengganas menggunakan orang tengah untuk meminta penduduk menyertai mereka.
“Mereka bergerak senyap-senyap dan laporan mengenai kegiatan ini memang diketahui namun kerana ia nampak biasa pada mulanya, kami tidak mengesyaki apa-apa.
“Sepanjang krisis pencerobohan bermula, kami dan beberapa ketua kampung lain sudah lima kali dipanggil ke balai polis untuk memberi keterangan. Kami beri kerjasama dan maklumkan mereka sememangnya mempunyai saudara mara yang ramai di sekitar Lahad Datu," katanya.
Katanya, kumpulan terbabit juga sering menghubungi telefon bimbit penduduk malah beliau juga mendapat tahu, kononnya kad ahli Sultan Sulu ini kebal dari tindakan pihak berkuasa.
“Mereka sasarkan warga asing yang tidak mempunyai dokumen. Kalau tunjuk pada pihak berkuasa, mereka tidak akan ditahan atau dikenakan tindakan.
“Inilah yang kerap mereka kata jika menjadi ahli mereka boleh mendapat pangkat dan tanah sekiranya pengganas menakluki Borneo di bawah nama Kesultanan Sulu," jelasnya.
Penduduk jangan terpengaruh
ReplyDeleteKetua Kampung Lok Buani, Roslan Abdul Hamid,47, berkata, dia sentiasa menasihatkan penduduk supaya tidak terjebak dengan kegiatan yang boleh mencemar kedaulatan negara.
“Perkara ini saya sering tekankan. Jangan biar kejadian pencerobohan pengganas di Lahad Datu berulang sekali lagi dan sebagai rakyat Malaysia kita harus sama-sama mempertahankan negara.
“Krisis yang berlaku sebenarnya memberi pengajaran kepada kita betapa perlunya penduduk di kawasan ini bekerjasama dengan pasukan keselamatan supaya kegiatan ini tidak berulang,” katanya.
Pendapat sama dilontarkan Ketua Kampung Tanjung Batu, Mahmud Mallang yang melalui situasi sama apabila kampungnya menjadi sasaran pengganas.
“Mereka lari masuk ke kampung saya sebaik pasukan keselamatan melancarkan serangan di Kampung Tanduo pada 1 Mac lalu,” katanya.
Katanya, kedatangan puluhan pengganas bersenjata cukup menakutkan dan disebabkan itu banyak rumah yang rosak kerana pertempuran berlaku di sini.
Pengkhianatan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebagai dalang utama dalam krisis keselamatan di Lahad Datu yang menggugat kedaulatan negara semakin terserlah berdasarkan kepada beberapa perkembangan.
ReplyDeleteBerlandaskan reaksi dan kenyataan pemimpin-pemimpin pembangkang, mereka nampaknya tidak mahu krisis keselamatan itu berakhir tetapi sebaliknya mahu ia berterusan.
ReplyDeleteTujuannya ialah supaya keadaan politik dan keamanan di negeri Sabah menjadi kelam kabut sehingga menimbulkan keadaan huru hara menjelang Pilihan Raya Umum ke 13.
ReplyDeleteInilah sebenarnya yang dirancang oleh Anwar apabila bertemu dengan kumpulan pemisah Moro, Nur Misuari beberapa bulan lalu.
ReplyDeleteSementara Anwar tidak henti henti memainkan isu-isu berkaitan Sabah seperti kehadiran pendatang asing, kad pengenalan kepada pendatang asing, royalti minyak, balak dan sebagainya, Misuari bersama-sama puak yang berlakon sebagai pewaris kesultanan Sulu pula bersiap sedia menyerang Sabah.
ReplyDeleteBukan sahaja pengganas Sulu sudah menyebabkan 10 anggota keselamatan Malaysia terbunuh, tetapi kini dengan angkuh dan sombong tidak mahu sebarang gencatan senjata diadakan.
ReplyDeleteBagaimana segerombolan kecil pengganas begitu berani meneruskan tindakan ganas mereka sekiranya mereka tidak mendapat sokongan daripada pihak pembangkang di negara ini.
ReplyDeleteKomplot pembangkang dengan pengganas Sulu semakin jelas apabila pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat membuat keputusan mengadakan perbincangan dengan pihak kesultanan Sulu mengenai tuntutan mereka ke atas Sabah.
ReplyDeleteSememangnya Anwar sudah berkomplot dengan puak pengganas untuk menerima tuntutan mereka sekiranya Pakatan Rakyat menang pada peringkat pusat dalam PRU13 kelak.
ReplyDeletePada permukaannya Anwar seolah-olah prihatin kepada tuntutan puak kesultanan Sulu terhadap tuntutan mereka ke atas Sabah tetapi motif sebenar ialah untuk memisahkan negeri itu daripada Persekutuan Malaysia.
ReplyDeletePembangkang juga ingin mengeruhkan hubungan diplomatik dengan Filipina dengan memfitnah pihak keselamatan kononnya berlakunya kekejaman terhadap rakyat negara itu.
ReplyDeleteSebelum ia merebak menjadi barah yang tidak boleh dikawal, kerajaan hendaklah bertindak terhadap Anwar dan pemimpin pembangkang.
ReplyDeleteAnwar juga menggunakan Misuari untuk mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia menjajah Sabah.
ReplyDeleteApabila kerajaan tidak melayan tawaran beliau untuk menjadi orang tengah dalam kemelut keselamatan di Lahad Datu, Misuari terus menunjukkan belang sebenarnya yang mahu perang berpanjangan.
ReplyDeletePengkhianatan Anwar untuk memusnahkan Malaysia tidak boleh dibiarkan lagi.
ReplyDeletefinally, hope this case gives a closure to all
ReplyDeleteThe turmoil which took almost a month has resulted Malaysia becoming the world's attention on the solution approach to be taken.
ReplyDeleteBerita yang diterima berhubung insiden ‘penaklukan’ Lahad Datu, yang mengakibatkan beberapa orang anggota keselamatan terkorban, begitu mengejutkan masyarakat di negara ini.
ReplyDeletePelbagai cara dan kaedah telah digunakan oleh pihak kerajaan, antaranya melakukan rundingan demi rundingan dengan ketua penceroboh bersenjata bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Malangnya, semua ini gagal...
ReplyDeleteTiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah tidak akan didedahkan untuk mengelakkan prasangka atau prejudis apabila kes itu dibawa ke mahkamah, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
ReplyDeleteKata Ahmad Zahid, semua dokumen dan maklumat terperinci yang telah diperoleh mengenai penglibatan 3 pemimpin pembangkang akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengambil tindakan terhadap individu terbabit.
ReplyDeletePerdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu sebagai peristiwa yang bukan sahaja membuka mata kerajaan, tetapi juga seluruh rakyat Malaysia terutama di Sabah tentang kepentingan meningkatkan persiapan menghadapi ancaman luar.
ReplyDeleteSambil menegaskan bahawa kerajaan tidak akan memandang ringan tentang keselamatan negara, beliau berkata, segala usaha akan dilakukan untuk memastikan pasukan keselamatan diberi latihan sebaik mungkin, dilengkapi peralatan lebih canggih dan sentiasa bersedia untuk menangani kejadian seperti itu.
"Saya rasa, kita telah menikmati suasana aman dan stabil yang begitu lama di Malaysia. Komunis meletak senjata pada 1989 dan sejak itu, kita dilimpahi suasana aman dan stabil dalam tempoh cukup panjang.
ReplyDelete"Kejadian itu (serangan di Lahad Datu dan Semporna) merupakan ancaman luar dan kita perlu menanganinya.
Sekiranya kita membuat keputusan menambah perbelanjaan untuk pertahanan dan keselamatan, janganlah rakyat mempertikaikannya pula.
ReplyDelete"Mereka perlu melihatnya sebagai langkah untuk melindungi keselamatan, kedaulatan dan integriti wilayah kita," katanya.
Syaitan pengecut!
ReplyDeleteHe is a devil.
ReplyDeleteDia patut dipancung.
ReplyDeleteSyaitan hantu betul ni
ReplyDeleteThis man should be punished heavily.
ReplyDeleteIf not there are more to come
ReplyDeleteDia harus mati!
ReplyDeleteThis man should put in jail for the rest of his life.
ReplyDeleteKetua kumpulan pengganas dari Filipina, Jamalul Kiram III serta pengikutnya dijangka diberkas dalam tempoh terdekat selepas Biro Siasatan Antarabangsa (NBI) Filipina mengemukakan laporan siasatan insiden pencerobohan di Lahad Datu dan Semporna, Sabah kepada Kementerian Kehakiman negara tersebut baru-baru ini.
ReplyDeleteDalam laporan siasatan tersebut, turut dilampirkan adalah cadangan untuk menangkap dan mendakwa ketua pengganas itu bersama 38 pengikutnya yang meloloskan diri dalam operasi pihak berkuasa Filipina di Kepulauan Tawi-tawi bulan lalu.
ReplyDeleteMenurut sumber, antara perkembangan terbaru yang diterima pihak berkuasa Malaysia ialah laporan siasatan telah diserahkan kepada kementerian terlibat di negara itu yang akan bertanggungjawab mendakwa dan menjatuhkan hukuman ke atas mereka.
ReplyDeleteMereka dikatakan akan dikenakan tiga tuduhan iaitu melancarkan perang ke atas negara luar, memiliki senjata api secara haram dan larangan membawa senjata api sewaktu tempoh pilihan raya memandangkan ketika insiden itu, Filipina dalam proses kempen pilihan raya
ReplyDeleteSumber berkata, siasatan yang dijalankan pihak berkuasa negara itu berjaya mendedahkan pencerobohan Lahad Datu dan Semporna oleh pengganas Kiram sebenarnya telah dirancang beberapa bulan sebelum mereka mendarat di perairan pantai timur Sabah pada Februari lalu.
ReplyDeleteMenurut pihak berkuasa Filipina, rancangan pencerobohan berdarah itu telah mula diatur sejak November lalu sebelum hampir 200 ahli kumpulan pengganas mendarat di perairan Sabah," katanya.
ReplyDeleteSumber turut memberitahu, dalam waktu sama pihak berkuasa negara itu sedang giat memburu adik Kiram iaitu Agbimuddin Kiram yang kini dikesan bersembunyi di kepulauan di Filipina.
Tambahnya, pihak Filipina juga bersedia untuk menyerahkan Agbimuddin kepada pihak berkuasa Malaysia untuk dibicarakan di sini manakala abangnya, Jamalul Kiram III akan menjalani perbicaraan dan hukuman di Filipina.
ReplyDeleteMenurut beliau, berita mengenai permohonan tangkapan Jamalul Kiram III akan memberi kelegaan kepada rakyat Malaysia khususnya di Sabah yang marah dengan perbuatan zalim dilakukan oleh kumpulan itu.
ReplyDeletemedia Filipina hari ini melaporkan kerajaan negara itu akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung keputusan sama ada pengganas Kiram akan diekstradisi ke Malaysia untuk menjalani hukuman di negara ini atau sebaliknya.
ReplyDelete