KUALA LUMPUR : Kesemua 222
anggota parlimen mesti mengangkat sumpah jawatan pada hari pertama persidangan
Dewan Rakyat bagi penggal ke-13, yang akan bermula 24 Jun ini.
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri
Pandikar Amin Mulia berkata jika ada yang tidak berbuat demikian tanpa sebab
kukuh, mereka akan dihalang daripada menyertai persidangan Dewan Rakyat,
justeru menjadikan mereka 'strangers of the House'.
Beliau menjelaskan mengenai
Peraturan Mesyuarat Nombor 1 yang menyatakan anggota-anggota parlimen perlu
mengangkat sumpah pada hari pertama persidangan bagi satu penggal baharu itu
setelah memilih seorang yang dipertua Dewan Rakyat.
"Jika anda tidak
(berbuat demikian), anda memperolokkan peraturan anda sendiri sebagai wakil
rakyat, mempersendakan Parlimen, undang-undang dan Yang di-Pertuan Agong,"
katanya kepada pemberita selepas merasmikan sesi taklimat bagi anggota
parlimen, di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas
mengenai rancangan anggota-anggota parlimen pembangkang untuk tidak mengangkat
sumpah jawatan pada hari berkenaan sebagai tanda memboikot keputusan pilihan
raya umum 5 Mei lepas.
Mengulas lanjut, Pandikar
berkata mereka yang tidak mengangkat sumpah dalam tempoh enam bulan daripada
hari pertama persidangan Dewan Rakyat juga akan lucut jawatan sebagai anggota
parlimen secara automatik.
Sebanyak 111 anggota
parlimen menghadiri taklimat hari ini termasuk seorang anggota parlimen
pembangkang Er Teck Hwa (DAP-Bakri).
Ditanya mengenai ketidakhadiran
anggota parlimen pembangkang yang lain, Pandikar berkata kemungkinan mereka
mempunyai hal lebih penting kerana kehadiran pada taklimat itu tidak
diwajibkan.
Menyentuh mengenai urusan
persidangan Dewan Rakyat, Pandikar berkata Parlimen akan memperkenalkan
e-Risalat dalam semua urusan mesyuarat mulai penggal ini.
Dengan ini semua penyata
rasmi mesyuarat, risalat termasuk Laporan Tahunan Badan-badan Berkanun dan
agensi-agensi kerajaan akan diedarkan kepada semua anggota Parlimen dalam
bentuk cakera padat (CD) dan boleh dimuat turun di laman web rasmi Parlimen,
katanya.
Terdahulu dalam taklimatnya,
Pandikar menasihatkan anggota parlimen supaya sentiasa menjaga tatasusila dan
kesopanan ketika menyuarakan pandangan atau semasa berbahas pada persidangan.
"Walaupun pilihan raya
umum dan tempoh berkempen telah berakhir, tetapi suhu politik di negara kita
adalah tinggi. Malah, tiada tanda-tanda bahawa ianya akan sedikit reda. Banyak
isu dan permasalah rakyat telah dibangkit dan dibincangkan melalui pelbagai
saluran maklumat.
"Memandangkan
perbahasan pada persidangan Dewan Rakyat sering menjadi fokus perbincangan
rakyat di seluruh negara, anggota parlimen perlu sentiasa memelihara
nilai-nilai sedemikian ketika menjalankan tugas dan tanggungjawab di
Parlimen," katanya.
Pandikar berkata Parlimen
juga telah memohon kepada kerajaan untuk menilai, menyemak dan mengkaji semula
kadar saraan bagi anggota parlimen memandangkan kali terakhir semakan saraan
dilakukan ialah pada 2004.
Pada majlis itu, Pandikar
turut melancarkan e-Buku Profil Parlimen Malaysia yang diterbitkan dalam bentuk
CD untuk kegunaan anggota parlimen, yang menerangkan perkara yang berkaitan
dengan Parlimen termasuk fungsi, tugas serta kemudahan yang boleh didapati dan
digunakan di bangunan Parlimen itu.
Sementara itu, Setiausaha
Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah memberi taklimat mengenai prosedur dan
perjalanan sidang Dewan Rakyat, dan Ketua Pentadbir Parlimen Datuk Lamien
Sawiyo menyampaikan taklimat mengenai kemudahan-kemudahan yang terdapat di
bangunan Perlimen. (Bernama)
Gegak gempita seluruh penyokong Pakatan Rakyat apabila Anwar Ibrahim dengan penuh bangganya mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat akan memboikot sebarang upacara di Dewan Rakyat, kecuali pada hari pertama sebagai menghormati DYMM Yang Di-Pertuan Agong. Alasannya, Pakatan Rakyat tidak mengiktiraf keputusan PRU-13 yang menurut mereka telah dimanipulasi semata-mata untuk memberikan kemenangan kepada UMNO dan Barisan Nasional.
ReplyDeleteAntara yang paling lantang menjilat kata-kata Anwar Ibrahim dan diberikan tanggungjawab untuk membuktikan bahawa Anwar Ibrahim adalah benar dan Pakatan Rakyat menang besar adalah Rafizi Ramli. Rafizi Ramli telah mempopularkan UNDI POPULAR yang kemudiannya digunakan secara meluas oleh Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat untuk menyatakan, hak menubuhkan Kerajaan Persekutuan sepatutnya diserahkan kepada Pakatan Rakyat memandangkan mereka lebih popular daripada UMNO-BN.
ReplyDeletePakatan Rakyat secara keseluruhannya mendapat 52% UNDI POPULAR manakala Barisan Nasional pula hanya mendapat 48%. Undi Popular Pakatan Rakyat banyak disumbangkan daripada kerusi-kerusi bandaran yang ditandingi dan dimenangi oleh DAP, manakala Barisan Nasional pula membolot undi-undi popular di kawasan luar bandar yang dimenangi oleh UMNO dan parti-parti berteraskan Bumiputera.
ReplyDeleteJumlah pengundi menjadi perkiraan wajib dalam menentukan undi popular. Dan oleh kerana DAP menang besar di kawasan-kawasan bermajoritikan pengundi Cina, 52% undi popular itu menjadi milik mereka. Bagaimanapun, kalau diambil kira daripada hak penubuhan Kerajaan Persekutuan, Barisan Nasional lebih berhak memandangkan penguasaan 133 kerusi Parlimen, jauh lebih mencukupi untuk tujuan berkenaan.
ReplyDeletePelbagai taktik telah dilakukan oleh Pakatan Rakyat, khususnya PKR dan DAP. Mereka berhimpun dan cuba berarak di jalanraya bagi mencetuskan rusuhan, tetapi keberanian mereka tidak setara mana memandangkan PAS tidak menyertai perhimpunan berkenaan.
ReplyDeleteHanya ahli-ahli PAS yang mampu mencetuskan rusuhan di jalan-jalanraya sebagaimana yang dibuktikan sebelum ini. Manakala penyokong-penyokong PKR dan DAP pula sekadar menjadi anjing yang kuat menyalak tetapi tidak memiliki kekuatan dan keberanian untuk merealisasikan apa yang mereka laung-laungkan.
ReplyDeleteKetiadaan bukti dan fakta bagi menyokong segala tuduhan yang dilemparkan, membuatkan kepala penipu, Anwar Ibrahim terpaksa memikirkan jalan lain bagi mengalihkan perhatian. BOIKOT Sidang Dewan Rakyat adalah salah satu daripada kaedah terbaik untuk mengalihkan perbincangan tentang penipuan yang telah dikantoikan!
ReplyDeleteSesuatu yang amat menarik ialah, daripada pemboikotan yang dilakukan, adalah lebih baik sekiranya PKR membuktikan bahawa mereka bercakap benar dengan meminta Parlimen dan DUN setiap negeri membubarkan semua kemenangan yang telah kecapi. Adakan kembali pilihanraya di kesemua kerusi Parlimen dan DUN yang telah dimenangi oleh PKR serta DAP.
ReplyDeletePetisyen untuk kerusi-kerusi yang PKR dan DAP kalah semata-mata, hanya menunjukkan bahawa PKR dan DAP amat terdesak untuk menjadi Kerajaan Persekutuan dan mereka perlu bergantung harap kepada keputusan mahkamah di mana kebanyakan keputusan mahkamah seringkali berpihak kepada mereka kerana faktor HAKIM dan MAJISTRETnya! Beranikah Rafizi Ramli mengutarakan cadangan tersebut? Mahukan PKR dan DAP melaksanakan perkara berkenaan?
ReplyDeleteKalau setakat boikot taklimat Ahli Parlimen dan kemudian boikot sidang Dewan Rakyat, ianya bukanlah perkara besar pun. Selama ini pun, memang pemboikotan dijalankan sama ada secara berterus-terang mahupun secara terselindung. Berjalan keluar dari sidang Dewan Rakyat, tidak membawa agenda masyarakat dan rakyat yang diwakili, mahupun tidak hadir persidangan, sudah menjadi perkara biasa. Kerja-kerja politik yang berterusan di dalam sidang Dewan Rakyat juga boleh dianggap sebagai satu pemboikotan.
ReplyDeleteJusteru, adalah lebih baik sekiranya, pemboikotan tersebut disusuli dengan desakan agar kemenangan mereka dibatalkan dan pilihanraya diadakan sekali lagi. Dan kalau itulah yang dilakukan, maka sewajarnya selepas itu, UMNO dan Barisan Nasional pula melakukan perkara yang sama.
ReplyDeleteBeranikah?
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyambut baik keputusan kerajaan memindahkan fungsi dan kawal selia badan itu kepada satu jawatankuasa khas yang dianggotai ahli Parlimen yang mewakili kerajaan dan pembangkang.
ReplyDeleteTimbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, langkah kerajaan adalah selaras dengan Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan untuk memastikan SPR kekal sebagai badan bebas dan berkecuali.
ReplyDelete“Tindakan meletakkan SPR di bawah jawatankuasa khas merupakan satu transformasi bagi mengukuhkan politik demokrasi yang baik untuk menangkis persepsi negatif terhadap badan ini,” katanya.
ReplyDeleteMenurutnya, tindakan pihak tertentu yang menyerang SPR dan mendakwa badan itu tidak bebas akan menyebabkan masyarakat menjadi keliru dan hilang kepercayaan dengan proses perlaksanaan pilihan raya.
ReplyDeleteBeliau menegaskan, walaupun SPR dipantau oleh Parlimen, ia tidak boleh mempengaruhi sebarang keputusan SPR.
ReplyDelete“SPR adalah badan bebas yang mana ahlinya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Oleh itu, ia perlu dihormati dan badan ini bertanggungjawab kepada baginda,” katanya.
mereka yang tidak mau angkat sumpah baik digugurkan saja dari parlimen.
ReplyDelete