Tuesday, 3 March 2015

KGKS SAMBUT BAIK KEPUTUSAN KPM RANCANG AMBIL LEBIH RAMAI GURU PELATIH UNTUK SABAH, SARAWAK


Oleh: Darrel Mat Salong


Gambar HUSSIN BASIR – Presiden KGKS


TENOM: Kesatuan Guru Kerajaan Sabah (KGKS) menyambut baik keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merancang untuk mengambil lebih ramai calon guru pelatih dari Sarawak dan Sabah mulai tahun ini (2015) merupakan suatu tindakan yang sangat positif.


Adalah lebih praktikal jikalau pengambilan tersebut diadakan secara “one off” dan besar-besaran kerana tujuannya adalah untuk memenuhi kekosongan di beberapa tempat sekolah di Sabah dan Sarawak, kata Presidennya Hussin Basir pada Selasa.

Pada Ahad lepas, Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh di Jerteh Besut, Terengganu dipetik sebagai berkata, rancangan pengambilan lebih ramai calon guru pelatih untuk Sarawak dan Sabah tahun ini bagi mengisi kekosongan kerana bilangan yang mereka terpilih sebelum ini tidak dapat menampung keperluan di negeri-negeri berkenaan.

Selain itu, Hussin turut mencadangkan kepada KPM agar pengambilan calon guru pelatih kelak ditumpukan kepada lepasan graduan tempatan (Sabah atau Sarawak) mengikut lokasi di mana kekosongan itu berlaku supaya karenah penjimatan kos dapat dikurangkan.

“KGKS sarankan agar pengambilan itu diberi peluang kepada para siswazah menganggur khususnya graduan keluaran daripada Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan IPTS.

“Buat cadangan terma perlantikan khususnya Akujanji sehingga menjangkau 10 tahun. KGKS berpendapat bahawa guru yang baik bukan bergantung kepada kualiti akademik yang cemerlang. Sebaliknya, seseorang itu memiliki jatidiri, dan mempunyai kesanggupan untuk berkhidmat dimana sahaja ceruk rantau demi anak didiknya.

“Bagaimanapun, anak tempatan merupakan pilihan terbaik bagi pengisian jawatan kekosongan itu berdasarkan kebiasaan demografi di wilayah Borneo namun sumbangan besar guru-guru dari Semenanjung dalam aspek ini tidak dinafikan,” tegasnya.

Sehubungan itu, Hussin berkata, kelonggaran syarat 5A untuk Sabah, Sarawak amat sesuai kerana mereka belajar dalam keadaan serba kekurangan seperti kedaifan sekolah dan juga jarak untuk berulang alik ke sekolah terlalu jauh. 

No comments:

Post a Comment