Oleh: Darrel Mat Salong
Gambar LAU SANG- Radin merasmikan majlis Lau Sang anjuran kapitan-kapitan Cina daerah Tenom pada 25 Februari 2015.
TENOM : Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Radin Malleh berkata perpaduan dan keharmonian dalam kalangan rakyat berbilang kaum harus dipertahankan demi kesinambungan pembangunan dan kesejahteraan hidup rakyat di negeri ini.
Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) giat melaksanakan program-program transformasi sosioekonomi demi kemajuan negara dan kesejahteraan hidup rakyat berbilang kaum di negeri ini.
Beliau yang juga Adun Melalap berkata demikian semasa merasmikan Majlis “Lau Sang” sempena Perayaan Tahun Baru Cina anjuran Kapitan-Kapitan Cina Tenom bertempat di Pekan disini pada hari Rabu lepas.
Selain itu, beliau berkata bahawa penganjuran “Lau Sang” oleh Kapitan-Kapitan Cina itu amat berguna sebagai saluran untuk mengeratkan hubungan dan perpaduan pelbagai kaum di daerah ini.
Menurutnya, kerajaan sentiasa menggalakkan badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk menganjurkan pelbagai aktiviti yang dapat mengukuhkan perpaduan dan meningkatkan persefahaman di kalangan rakyat berbilang kaum di negeri ini.
“Masyarakat Cina khususnya di daerah ini disaran agar sentiasa turut serta dalam usaha-usaha kerajaan untuk melaksanakan sebarang program dari segi transformasi pembangunan kerajaan.
“Dengan demikian, apa juga maklum balas masyarakat Cina terhadap program transformasi pembangunan kerajaan itu penting demi kejayaan program tersebut,” kata Radin.
Turut hadir, Senator Datuk dan Datin Dr. Lucas Umbul, Pegawai Daerah, Madiyem Layappan, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Melalap, Simon Mamat, Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Infrastruktur, Stanis Buandi, Pengerusi Penganjur, Kapitan Liew Foh Sin, Datin Angeline Tom, para Kapitan Cina, Ketua Wanita PBS Melalap, Rosnah Ullap, Ketua Pemuda PBS Melalap, Martin Juanis, dan para pemimpin masyarakat tempatan.
No comments:
Post a Comment