Kini terdapat individu yang merancang menyertai kumpulan militan IS melalui ibadat umrah.
Mendedahkan modus operandi terbaru ini, Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin berkata maklumat itu diperolehi hasil kerjasama serta perkongsian maklumat dengan negara-negara tertentu termasuk anggota-anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).
"Ada perkara sudah kita ketahui tentang cara-cara digunakan mereka yang ingin menyertai gerakan militan IS (Negara Islam).
"Ada juga dikesan pergi umrah tetapi bila sampai di Madinah, mereka 'hilang'," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.
Zainuddin berkata, kementeriannya akan meneruskan kerjasama dengan negara luar bagi mengetahui lebih mendalam cara-cara digunakan kumpulan itu, dan seterusnya mengekang penularan gerakan militan IS.
Kini terdapat 61 rakyat Malaysia dikesan berada di Syria dan daripada jumlah itu seramai 10 orang adalah wanita manakala jumlah tangkapan terkini di negara ini terhadap mereka yang disyaki terlibat dengan IS mencecah 71 orang.
Selain itu, Hamzah berkata kementerian bersedia membantu individu yang terlibat dengan gerakan militan IS untuk berubah dan memperbaiki kesilapan.
"Bila mereka kembali semula ke negara ini, kita akan cuba bantu perbaiki ideologi serta fahaman mereka.
"Kalau tersilap atau tersalah kita bantu perbetulkannya," katanya.
Justeru itu, kementerian menyeru rakyat negara ini yang berada di Syria supaya mendapatkan bantuan kedutaan Malaysia di negara berdekatan.
Terdahulu, Hamzah menghadiri program wacana perdana 'Islam rahmatan lil 'alamain: Antara hakikat dan realiti" oleh rektor Universiti Pattani Jaya, Thailand, Dr Ismail Lutfi.
- Bernama

No comments:
Post a Comment