OLEH: SHAIMON S JUMADI
Kelihatan Zakaria (tengah…..bersama para pemimpin setempat dan pemenang-pemenang Qariah Tilawah Al-Quran peringkat DUN Sungei Sibuga
SUNGEI SIBUGA:- Institusi Masjid merupakan tonggak utama dan terpenting yang mendasari pembentukan masyarakat Islam yang unggul.
“Masyarakat Islam tidak akan terbentuk secara kukuh dan rapi kecuali dengan komitmen mereka terhadap Islam. Keadaan ini tidak boleh diwujudkan sama sekali kecuali dengan cara memakmurkan masjid.”
“Masyarakat Islam tidak akan terbentuk secara kukuh dan rapi kecuali dengan komitmen mereka terhadap Islam. Keadaan ini tidak boleh diwujudkan sama sekali kecuali dengan cara memakmurkan masjid.”
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Gum Gum Datuk Zakaria Haji Mohd Edris berkata demikian ketika merasmikan Tilawah Al-Quran peringkat DUN Sungei Sibuga di Dewan Taman Cahaya, Pekan Muhibbah kelmarin.
Justeru, Islam menganjurkan umatnya supaya memakmurkan masjid dengan mengunjungi dan melaksanakan pelbagai bentuk ibadat dan pelbagai aktiviti sosial termasuk majlis tilawah, tambah Zakaria yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Negeri dan Perumahan.
“Jika diimbas kembali sirah Rasulullah SAW, masjid digerakkan dan dihidupkan dengan tiga fungsi utama iaitu pertama, masjid diimarahkan sebagai pusat ibadatm baik ibadat khusus mahupun umum,” kata Zakaria.
Kedua, memanfaatkan masjid sebagai pusat pembinaan ummah dari aspek kerohanian, mental dan fizikal melalui pelbagai saluran dan kemudahan yang dimiliki,” katanya lagi.
Dan yang ketiga, memperkasa institusi masjid sebagai pusat pembentukan kesatuan ummah agar umat Islam dapat memartabatkan diri mereka sebagai umat yang terbaik dan menjadi contoh di kalangan masyarakat, tambah beliau.
“Ketiga-tiga fungsi ini sewajarnya disemarakkan sehingga dapat diangkat sebagai tempat untuk memperteguh keimanan dan menggilap kerohanian agar umat Islam meletakkan seluruh kehidupan mereka kepada Allah selaras dengan tuntutan Islam yang sebenar,” kata Zakaria.
Inilah komitmen dan tuntutan Islam yang sebenar untuk menjamin kesejahteraan duniawi dan ukhrawi, kata beliau.
Turut hadir para pemimpin masyarakat setempat dan pegawai-pegawai dari UPPM DUN Gum Gum dan Sungai Sibuga.
No comments:
Post a Comment