Sunday 16 January 2011

‘THE 3 STOOGES’ ROSAKKAN PKR SABAH.



Saudara Pengarang,

SAYA, Johani Abdul Halim atau lebih dikenali dalam laman facebook (FB) sebagai ‘Jojo‘ adalah Ketua Cabang PKR Silam yang senior dan mempunyai pandangan tersendiri dalam perjuangan menghadapi PRU13.

Pengumuman Ketua MPN Sabah baru oleh pihak pusat adalah dihormati dan akan dijadikan ikhtibar oleh semua Ketua Cabang di Sabah bahawa untuk menjadi ketua, seseorang itu hendaklah menerima apa pun hukuman yang telah ditetapkan.

Cuma sebagai Ketua Cabang yang telah lama dalam PKR Sabah, saya amat terkilan dengan permainan politik ‘3 Orang’ manusia di negeri ini, sehingga akhirnya Kumpulan Majoriti yang terdiri daripada Ketua-Ketua Cabang terpaksa menerima padah dan kotornya permainan politik pihak yang tidak bermoral ini merampas kuasa secara kotor dan berjaya mempengaruhi pihak pusat.

Saya amat kesal bila melihat betapa hanya ‘3 Orang’ manusia yang mendakwa mewakili 15 orang Ketua Cabang itu amat licik dengan perancangan mereka mengetepikan kehendak dan aspirasi kumpulan yang sebenar dan yang mendapat sokongan majoriti.

Anthony Mandiau-KC Marudu; Hassnar Ibrahim–Batu Sapi dan Johnatan Yasin-Ranau yang kesemua kawasan ini diwakili Ahli Parlimen Bukan Islam, nampaknya telah berjaya mengaibkan ketua mereka sendiri, Ahmad Tambrin Jaini secara fitnah dan pembohongan paling besar.

Sidang akhbar ‘The Three Stooges‘ ini yang hanya di wakili 3 cabang mendakwa diri mereka menjadi 15 cabang, setelah mereka berjaya dengan misi mereka untuk meletak Proksi baru, amat jelas sekali sidang akbar Ketua MPN baru, Ustaz Pajuddin Nordin pada 10 Januari 2011 hanya dihadiri oleh ketiga-tiga orang ini sahaja tanpa 22 orang Ketua Cabang lain di negeri ini.

Amat saya kesali juga kehadiran wakil pimpinan Pas dan DAP Sabah dalam sidang Akhbar itu menunjukkan bahawa konspirasi besar di kalangan kumpulan ini sehingga mengetepikan aspirasi ahli-ahli PKR Sabah sendiri dan telah berjaya mengaibkan Ahmad Tambrin Jaini seorang pemimpin yang mempunyai sifat sederhana dan ‘Low Profile‘ itu.

Jesteru itu selaku Ketua Cabang yang telah lama berjuang dalam PKR, saya melihat, mereka yang terlibat mengaibkan dan mengotorkan perjuangan ini hendak diambil tindakan displin oleh pihak pusat dengan menggantung kesemua mereka daripada keahlian parti jika ingin melihat PKR Sabah kukuh dan bersatu semula; termasuklah Anthony Mandiau – Marudu; Ansari Abdullah – Tuaran; Hassnar Ibrahim – Batu Sapi; Johnatan Yasin – Ranau dan Doljit Muda – Sipitang.

Pimpinan PKR Sabah dari Pantai Timur Sabah lebih dilihat sebagai ‘Low Profile’ tetapi mesti diingat ‘Sasaran’ adalah kawasan Islam yang ditinggalkan oleh Dr.Jeffrey (KDMR) dan Yong (Cina) yang tidak berminat menyertai Pakatan itu adalah kawasan Bumiputera Islam di pantai Timur kerana 70% Dewan Undangan Negeri Bumiputera Islam datangnya daripada kawasan ini.

Seperti yang dilaporkan 24 jam lalu, 17 cabang PKR Sabah tetap tidak berganjak bahawa mereka kesal dengan apa yang berlaku dan meminta supaya orang berkenaan diambil tindakan disiplin oleh PKR termasuk juga dari pihak komponen seperti Pimpinan PAS dan DAP yang terlibat itu.

Sekian,

Salam Perjuangan Dari Saya.

JOHANI ABDUL HALIM

Ketua Cabang PKR Silam, Sabah.

No comments:

Post a Comment