Tuesday, 25 January 2011

V.K.LIEW RASMI TBC TENOM 13 FEBRUARI



Oleh: MAIL MATHEW

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk V.K.Liew dijangka akan merasmikan sambutan majlis Muhibbah sempena perayaan Tahun Baru Cina yang akan diadakan di Dewan Datuk Seri Panglima Antanom, Tenom pada 13 Febuari 2011 bermula pada jam 6.30 petang.

Ketua Bahagian Liberal Democratic Party (LDP) kawasan Melalap, Kapitan Ng Tet Hau berkata demikian ketika memberitahu Sabahkini.net di pejabat beliau, kelmarin.

Tegasnya lagi, sepertimana moral sambutan majlis seumpama itu di masa lalu yang memperlihatkan penyertaan pelbagai kaum, jelas menunjukkan kekuatan perpaduan yang jitu di kalangan semua kaum di negara ini tanpa mengira agama dan keturunan.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi LDP seterusnya berkata bahawa usaha LDP ke arah meralisasikan kejayaan konsep 1Malaysia menerusi sesuatu perayaan seperti majlis muhibbah seumpama itu akan berterusan dari semasa ke semasa.

Beberapa aksi tarian Naga, Singa (Lion) dan Unicorn akan dipersembahkan di majlis itu yang didatangkan khas dari Kota Kinabalu khusus untuk memeriahkan lagi majlis tersebut. Orang ramai dari kalangan pelbagai kaum adalah dijemput dan tidak dikenakan apa apa bayaran.

Kapitan Ng berkata, beberapa sumbangan di majlis itu daripada para dermawan dan orang kenamaan akan diserahkan kepada tiga buah sekolah iaitu Sekolah Menengah (SM) Chung Hwa, SM Tshung Tsin dan SJKC Chung Hwa.

No comments:

Post a Comment