Oleh: MAIL MATHEW
KETUA Cabang Parti Keadilan (PKR) Tenom, Datuk Haji Halik Zaman, selain mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Jabatan Perhutanan Sabah meroboh rumah penduduk di perkampungan di Mukim Rundum tanpa peri kemanusiaan, malah beliau bersedia menghantar memo kepada Ketua Menteri Sabah sebagai bantahan PKR terhadap insiden berkenaan.
Tegasnya, meskipun terdapat bukti kawasan yang diterokai seperti Kg Sumambu, Kg Kapulu, Kg Katubu dan Kg Sungi adalah kawasan hutan simpan tetapi mereka (Jabatan Hutan) harus mengambilkira bahawa kependudukan perkampungan di situ sudah wujud sejak beratus tahun dahulu lagi.
“Kenapa terlalu keras bertindak mereka yang mewarisi tanah adat turun temurun dari nenek moyang mereka lagi. Mereka bukan penjenayah berat yang boleh dikaitkan sebagai mengancam keselamatan Negara, menyebabkan Jabatan Hutan bertindak sedemikian rupa,” kata beliau kepada media dalam satu kenyataan di Pejabat PKR Cabang Tenom, sejurus selepas mesyuarat cabang selesai pada Jumaat.
“Kita juga akan menghantar memo kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat khususnya Timbalan Presiden PKR Azmin Ali supaya perkara seumpama ini dibentangkan di Parlimen, berhubung sikap keterlaluan dan penindasan kepada rakyat yang lemah oleh kerajaan UMNO-BN di Sabah,” tambah Halik.
Dalam pada itu, beliau akan membincangkan perkara ini dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri PKR pada mesyuarat itu minggu depan untuk merumuskan beberapa perkara kepada Biro Guaman Parti sebelum memfailkannya di Mahkamah.
Sementera itu, Halik turut mengecam kedua-dua wakil rakyat yang mewakili kampung terbabit kerana mereka (wakil rakyat) sudah berkhidmat lebih dua penggal tetapi masalah yang menghantui rakyat di situ tidak diurus dengan serius.
Tambahnya, rakyat sudah memberi kepercayaan kepada mereka selama lebih dua penggal dengan harapan masalah kependudukan mereka di situ dapat diselesaikan dengan baik, namun semuanya berkecai apabila Jabatan Hutan meroboh rumah mereka dan mengusir mereka dari situ.
Halik seterusnya melorongkan persoalannya dengan berkata, “Bolehkah Kerajaan Negeri pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, melakukan kelulusan secara lisan tanpa melalui Persidangan Dewan Undangan Negeri berhubung kenyataan Datuk Raimie yang mahu menagih kelulusan segera daripada Ketua Menteri dan TYT Sabah dalam masa terdekat?”
jabatan hutan memang begitu, suka menganyanyi penduduk asal, malah boleh dikatakan pemilik tanah adat negeri sabah, saya masih ingat Rumah penduduk kampong orang Asal dari Simpang batu 8, Telupid menuju ke Kampung Baba atau Ansuan, rumah penduduk kampong di tumbangkan/Roboh menggunakan jentera dan gergaji bermotor sekitar awal 90 an, pada ketika itu penduduk kampong meneroka tanah dan menanam getah, sebagai langkah ingin keluar dari pada hidup kemiskinan kerana bagi orang Asal dengan mengusahakan tanah saja satu-satunya pilihan yang ada untuk meneruskan hidup. Alasan Jabatan Perhutanan Tanah Tersebut adalah Hutan Simpan, tapi mari kita lihat sekarang ini, tanah-tanah tersebut telah dimiliki oleh syarikat atau orang perseorangan yang berwang ( Kaya ) terdiri dari suku kaum Tiong hua ( Cina @ Lanang ) mana Taring JABATAN HUTAN, Polisi Jabatan Hutan mengkaya orang kaya dan menindas Orang Miskin.....!! mudah-mudahan Pegawai jabatan HUTAN yang terlibat di Laknat Tuhan amen....!
ReplyDelete