SAMBUT…. Kurup disambut penduduk Kg.Tonomon.
Oleh: ROZIE JUMAT
TIMBALAN Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup berkata, beliau mengambil berat rungutan yang disampaikan oleh ibubapa bahawa hanya pelajar yang berdaftar dengan e-kasih sahaja layak mendapat program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP) di kawasan Pensiangan.
Kurup yang juga Ahli Parlimen (Pensiangan) berkata, wakil rakyat tidak dapat menerima perkembangan tersebut kerana di kawasan Pensiangan, hampir semua pelajarnya adalah layak menerima program tersebut. Masalah itu juga menjadi rungutan di seluruh negeri.
Menurut Kurup satu mesyuarat telah diadakan dan ketetapan itu telah ditarik balik dan tidak lama lagi pelajar di pedalaman akan layak menerima program RMT seperti biasa sebelumnya.
Beliau berkata demikian di Majlis Perasmian Rumah Budaya Kg.Tonomon, Mukim Sepulut. Turut hadir Timbalan Ketua Bahagian UMNO P.182 Pensiangan. Isu program RMT hangat diperkatakan di kawasan pedalaman.
Sementara itu Kurup yang menerima borang keahlian sebanyak 130 orang berkata, penyertaan itu memberi kekuatan tambahan kepadanya selaku wakil rakyat yang juga merupakan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).
“Kita sentiasa berusaha memaju dan membangunkan kawasan ini dan mahu dipacu dengan cepat demi rakyat kita di sini,” kata Kurup.
Sementara itu Timbalan Ketua Bahagian UMNO P.182 Pensiangan, Ahuar Rasam berkata, rakyat di kawasan itu berterima kasih diatas kepimpinan Kurup, kerana telah banyak melakukan perubahan yang ketara termasuklah pembaikan rumah-rumah panjang .
Beliau berkata, masyarakat Murut harus bersedia dengan pembangunan kerana jika tidak mereka akan keliru dan ketinggalan.
“Jika kita bergaduh dengan pembangunan maka kita akan ketinggalan. Kita mahukan bangsa kita membangun,” kata Ahuar.
singgah sini... good info.
ReplyDeleteINDAH KHABAR DARI RUPA !!!!!!!!!!!!?
ReplyDelete