Friday, 21 January 2011

PATI BERKELIARAN DI TAMAN DAMAI, SANDAKAN



Saudara Pengarang,

SAYA lahir dan tinggal di Taman Damai, Sandakan. Sekitar jam 8.00 malam kelmarin, saya berada di rumah dan ketika ingin mengambil makanan di dapur, pintu pagar utama saya sudah kunci.

Tiba-tiba ada seorang budak lelaki berumur lebih kurang 10 tahun. Nampaknya bukan warganegara ingin memasuki rumah saya mencuri, nasib pintu pagar saya sudah dikunci. Apa yang ingin saya sampaikan, bagaimana jika budak tersebut seorang lelaki dewasa yang memegang pisau atau pistol? Sudah pasti saya panik.

Saya berpendapat budak tersebut tinggal di Taman Mesra kerana semasa saya berteriak kerana terkejut, budak tersebut berlari ke arah Taman Mesra. Saya bertambah risau kerana pada satu hari, saya membeli-belah di Servay Supermarket dengan berjalan kaki dan tetapi saya tidak berani pulang ke rumah kerana budak lelaki tersebut mengekori saya.

Saya sudah membuat laporan polis di Balai Polis Batu 4 tetapi polis bertugas tidak membuat rekod dan memberi nasihat agar saya berhat-hati sahaja. Saya berharap agar Sabahkini.net boleh membantu saya menyuarakan masalah saya.

Salam Hormat dan Terima Kasih.

FIONA

1 comment:

  1. pada pendapat saya sepatutnya pegawai polis tersebut menerima aduan anda serta merekodkannya dan tidak hanya memberikan anda nasihat supaya berhati-hati.Tugas seorang pegawai polis yg berada di kaunter adalah menerima segala aduan daripada orang awam.jgn nanti benda buruk sudah berlaku baru mereka mahu bertindak.Setahu saya anda boleh membuat aduan mengenai PATI di Jabatan Imigrsen supaya mereka boleh memantau atau melancarkan sebarang operasi untuk menangkap PATI tersebut.

    ReplyDelete