Wednesday 19 January 2011

LENGKAPKAN DATA PENERIMA BANTUAN



TERIMA KASIH….Salah seorang keluarga miskin telah menerima sumbangan tersebut daripada Charles Pang.

Oleh: SHAIMON S JUMADI

SERAMAI 51 orang penduduk miskin di Parlimen Sandakan, termasuk Elopura dan Tanjung Papat telah menerima bantuan berupa makanan sumbangan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat; melalui Yayasan Kebajikan Negara.

Puan Noraini Sulong, mantan Ketua Puteri UMNO Sandakan yang juga selaku Ketua Biro Hal Ehwal Wanita Pemadam Sandakan telah dipertangungjawabkan sepenuhnya oleh kementerian berkenaan untuk melaksanakan program pembahagian bantuan tersebut di lima kawasan parlimen yang membabitkan Parlimen Sandakan, Batu Sapi, Libaran, Beluran dan Kinabatangan secara berperingkat-peringkat

Menurut Noraini tujuan kementerian berkenaan menyalurkan bantuan tersebut kepada golongan miskin itu adalah untuk meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.

Sementara dalam ucapannya, Ahli Parlimen Malaysia (Sandakan) Datuk Liew Vui Kiong antara lain menjelaskan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa prihatin dan mengambil berat tentang permasalahan dan kebajikan rakyatnya di mana sahaja mereka berada; khususnya golongan yang telah dikategorikan sebagai miskin agar terus mendapat pembelaan.

Teks ucapannya disampaikan oleh wakilnya yang juga selaku Pegawai Perhubungan Parlimen Sandakan, Charles Pang

Bagaimanapun kata Liew, bantuan yang bakal disalurkan itu akan dibuat secara berperingkat-peringkat di kawasan masing-masing. Ramai yang sudah mendaftar di bawah skim Bantuan Miskin Tegar dan ada yang terkeluar daripada seranai itu; berpunca daripada data-data peribadi yang ditulis pada borang permohonan tidak begitu lengkap.

ALBUM…Gambar sebahagian penerima bantuan bergambar dengan Noraini nombor 4 dari kiri.

Tambahan pula mereka yang sudah mendaftar di bawah program tersebut, kata Liew terlalu sukar untuk dihubungi kerana alamat kediaman tidak lengkap dan tidak mempunyai telefon.

Liew berharap agar mereka yang belum menerima bantuan seumpama itu, hendaklah bersabar dan pasti akan tiba giliran mereka jika semua data telah dilengkapkan.

No comments:

Post a Comment