Oleh: SHAIMON S JUMADI
KEGAGALAN Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) menyelenggara Sistem Pembetungan Najis menyebabkan banyak lurang (lubang orang/man hole) saluran najis tersumbat sehingga melimpah keluar; di kaki lima Pasar Kim Fung, Km.7.8, Jalan Utara Sandakan sejak kelmarin menyebabkan peniaga dan pengunjung pasar mengeluh kerana jijik dan loya.
Wartawan Kanan Sabahkini Net yang dihubungi oleh salah orang peniaga yang namanya tidak mahu disiarkan terus bergegas ke tempat kejadian dan merakam gambar untuk membuktikan kejadian berkenaan.
Kata peniaga itu lagi, pihaknya sudah berhubung dan memaklumkan mengenai perkara tersebut kepada MPS tetapi tiada reaksi dan tindakan diambil untuk mengatasi masalah tersebut.
“Kelmarin saya sudah kasih tahu itu sama lain reporter suruh mereka ambil gambar, mereka cakap itu masalah kecil. Saya betul-betul marah kerana perkara ini bukan kecil. Itu tahi banyak keluar dari lubang. Orang nanti orang tidak mahu datang ini pasar makan di sini, sebab tidak tahan bau busuk,” kata peniaga itu yang berpuas hati setelah Sabahkini.net merakamkan gambar lurang berkenaan.
No comments:
Post a Comment