Monday 31 January 2011

“SAYA TERIMA CABARAN DEBAT AMDE!”



Saudara Pengarang,

SAYA ucap terima kasih atas reaksi Amde Sidek ekoran teguran saya yang menganggap beliau sebagai biadap rentetan penentangannya ke atas usaha murni JHEAINS membendung gejala murtad di kalangan masyarakat Islam, sama ada dari kalangan saudara baru mahupun dari kalangan yang sedia Islam sejak azali.

Kepada Amri Suratman, selaku Khalifah Allah di muka bumi milik Allah yang telah dipertanggung jawabkan dengan amanah yang bakal dipersoalkan di akhirat kelak, saya ucap syabas dan tahniah atas prinsip anda yang menjunjung undang-undang dan peraturan yang telah disyariatkan Allah ke atas anda di bumi milik mutlak Allah s.w.t

Sebenarnya perkataan biadap yang saya lemparkan kepada Amde itu masih dikira lembut berbanding ancaman Allah kepada mereka yang menentang peraturan dan syariat yang telah digariskan oleh Allah melalui wahyu yang dibawa oleh pemimpin agung umat Islam, Muhammad s.a.w. dan juga kitab suci Al-Quran.

Allah menggunakan perkataan ‘CELAKA’ dan ‘LAKNAT’ ke atas mereka yang menentang undang-undang dan syariat Allah! Bahkan Allah memerintah kepada mereka yang murtad, "supaya dibunuh atau disalib atau dipotong tangan dan kaki mereka secara bersilang atau dibuang dari tempat dari tempat pemukimannya. Yang demikian itu, sebagai satu penghinaan untuk mereka di dunia dan di akhirat kelak mereka disediakan seksaan yang amat besar (Surah Al-Maidah ayat 33)."

Melaksanakan perintah Allah adalah jihad dan orang yang berjihad di jalan Allah tidak mengendahkan sebarang tentangan yang merupakan kurniaan besar daripada Allah seperti maksud Ayat 54 al-Maidah: "Mereka berjuang pada jalan Allah dan tidak sama sekali takut kepada celaan orang-orang yang suka mencela (kebaikan Islam), demikian itu adalah kurniaan Allah yang diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya."

Amde cuba mengaitkan kecaman saya terhadap pendiriannya yang menentang usaha murni JHEAINS itu sebagai 'cuba mengaut keuntungan politik’ (intent on getting political mileage), lalu menuduh saya memperalatkan Islam bagi kepentingan perjuangan politik yang pada Made; agama harus tidak dicampuradukkan dengan politik.

Saya ingin bertanya kepada Amde, kalau saya tidak gunakan Islam untuk mencapai cita-cita perjuangan mendaulatkan Islam di bumi milik Allah ini, jadi saya mau gunakan apa? Amde saran saya gunakan SAPP? Atau gunakan platform yang ideologinya bersifat sekular? Itu perjuangan sia-sia yang tidak mendapat keberkatan dari Allah s.w.t. Pemikiran yang mengatakan agama suku, politik suku juga adalah sekular sifatnya dan terkeluar daripada Islam.

Tinggi manapun ijazah yang Amde miliki, hatta ijazah Ph.D sekalipun, tetapi kalau tidak patuh dan tunduk kepada kebesaran pencipta-Nya, maka ilmu itu juga tiada nilainya di sisi Allah s.w.t.

Jangan kita anggap jika kita sudah mempunyai ijazah yang panjang berjela-jela, maka kita anggap diri kita sudah gah dan boleh bertindak lebih bijak daripada Allah s.w.t. Itu tanggapan yang silap kerana Allah telah mengatakan bahawa ilmu yang kita miliki ini hanya ibarat setitis air di lautan yang luas!

Benar kata Amde, perlaksanaan undang-undang Anti-Murtad perlu kepada kelulusan Dewan Undangan Negeri Sabah. Tetapi, apakah sementara ketiadaan Enakmen tersebut, umat Islam boleh dimurtadkan semaunya oleh puak Salibiyyah yang tidak pernah putus asa untuk melihat remaja Islam kita terjebak dengan gejala murtad seperti yang dilakukan ke atas Aishah Bukhari, Hartina Hj. Kamaruddin, Nur Aini, dan sebagainya?

Bagaimana pula, jika ditakdirkan salah seorang daripada ahli keluarga Amde dimurtadkan oleh puak-puak ini? Apakah Amde akan berkata; “Ah, biarlah, kerana Sabah belum lagi memperuntukkan sebarang peraturan yang boleh melarang seseorang dari murtad!! Tidak taulah kalau itu kelak jawapan yang Amde berikan.

PAS tidak pernah mendakwa seseorang individu Muslim atau Islam seseorang itu berbeza dengan Islam orang PAS. Tetapi Al-Quran ada membezakan Islam seseorang dengan seseorang yang lain.

Al-Quran memperincikan Islam kepada Islam fasik, Islam munafik, Islam mu'min. Semua yang beragama Islam itu Islamlah. Tetapi kalau seorang Menteri mengaku Islam, tapi dia berpelukan dengan perempuan bukan muhrim, minum arak, dia boleh kata;."Am I less Muslim for indulging in all these acts?".

Dahulu saya sudah jawab soalan ini dengan mengatakan bahawa; "You are not less Muslim, but you are bad Muslim!" Individu Muslim apa kalau secara terang-terangan menentang peraturan hidup Islam? Amde kena jawab sendirilah.

Amde menyuarakan kesediaan untuk berdebat mengenai isu penguatkuasaan peraturan Anti-Murtad. Saya kata kepada Amde, nyatakan tempat dan tarikhnya! Saya sedia hadir. Jika boleh biarlah disiarkan secara langsung oleh Sabahkini.TV yang bakal dilancarkan tidak lama lagi!

No comments:

Post a Comment