Oleh: MEDIA PBRS
KASIH sayang tidak bersempadan. Ini dibuktikan Persatuan Suang Lotud Sabah daripada Tuaran melalui Biro Kebajikannya, yang diketuai oleh Puan Rubiah Ayid berkesempatan melawat Asrama Butitin di Nabawan.
Dalam kesempatan itu, Persatuan ini turut memberi sumbangan berupa pakaian dan juga keperluan tuala wanita sambil beramah mesra dan berkenalan dengan penghuni asrama tersebut.
Ketua Asrama Wanita, Efta Bernadus berkata kebanyakan penghuni Asrama Butitin adalah pelajar yang datang jauh dari daerah Nabawan termasuklah dari Pensiangan. Asrama itu di bawah jagaan gereja Roman Katolik dengan 62 orang penghuni.
Sementara itu Rubiah Ayid berkata, selepas membuat kunjungan ke Asrama Butitin beliau dan persatuan itu akan datang sekali lagi untuk menghantar sumbangan berupa bibit ikan untuk dilepaskan di kolam ikan milik asrama itu.
"Sebuah kolam sedang diperbaiki pada masa ini dan elok juga kita bantu mereka dengan bibit ikan," kata Rubiah.
Turut bersama dengannya Pegawai Perhubungan Parlimen Pensiangan, Rozie Jumat.
Kata Rubiah, sudah tentu aktiviti seumpama itu (memelihara ikan) dapat menjamin bekalan makanan penghuni itu secara berpanjangan.
No comments:
Post a Comment