Tuesday 18 January 2011

PRU-13 SEMAKIN HAMPIR, BN SUDAH BERSEDIA



MESYUARAT…Kelihatan Masiung sedang membincangkan sesuatu agenda pada mesyuarat tersebut

Oleh: SHAIMON S JUMADI

BAHANG pilihanraya umum ke 13 yang semakin hampir lantaran semua jentera gerakan pilihanraya di setiap markas di satu-satu mukim telah dibentuk sebagai persediaan yang cukup rapi bagi menghadapi pilihanraya umum yang akan diadakan pada bila-bila masa daripada sekarang.

Jawatankuasa Jentera Gerakan Pusat Mengundi bagi mukim Kampung Sogo-Sogo Tongod Kuamut sudahpun dibentuk melalui mesyuaratnya kelmarin yang membabitkan semua ahli parti komponen Barisan Nasional (BN), antaranya UMNO dan PBS yang dipengerusikan sendiri oleh Ketua Bahagian UPKO kawasan Kinabantangan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kuamut, Masiung Banah telah membincangkan beberapa perkara yang berkaitan dengan peranan dan perjalanan pilihanraya umum tersebut.

Menurut Masiung, pembentukan jawatankuasa jentera gerakan pilihanraya umum ini adalah atas arahan daripada Ibu Pejabat UPKO Pusat setelah menerima arahan dan nasihat oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) negeri baru-baru ini.

Dalam pada itu beberapa orang ahli jawatankuasa Bahagian UPKO Kinabatangan telahpun dipanggil oleh pihak SPR negeri minggu lalu yang diketuai oleh Masiung sendiri dan seramai empat orang daripada mereka telah menerima watikah (perlantikan) sebagai Pengarah Markas Jentera Gerakan di beberapa mukim dalam kawasan DUN Kuamut.

ALBUM….Barisan AJK Bahagian UPKO Kinabatangan bergambar sama dengan Masiung.

Kata Masiung lagi, UPKO dan parti komponen di kawasan Kinabatangan seperti Parti Bersatu Sabah (PBS) dan juga UMNO sudah siap siaga dan mengatur jentera masing-masing di setiap zon mahupun mukim.

Antara tugas dan peranan yang dipertanggung jawabkan oleh Ketua Pengarah dan dibantu oleh beberapa yang dilantik sebagai Pembantu Ketua Markas Gerakan Jentera pilihanraya ialah bagi mencari dan mengenal pasti para belia yang sudah mencapai usia 21 tahun supaya mendaftar sebagai pemilih/pengundi baru.

“Sebagai Wakil Rakyat kawasan Kuamut, saya akan memastikan setiap pemimpin masyarakat yang membabitkan Pemaju Mukim, Penyelia Kemajuan Masyakat, Pemaju Masyarakat, Pengerusi/ahli-ahli JKKK,Pengerusi JKDB dan Ketua-Ketua Kampung mulai sekarang hendaklah bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk melaksanakan tugas masing-masing,” kata Masiung, khusus bagi membantu SPR mengesan penduduk yang mempunyai anak berumur 21 tahun supaya mendaftar diri sebagai pengundi baru di pusat-pusat pendaftaran di beberapa zon dan mukim di kawasan Kuamut dan Kinabatangan.

No comments:

Post a Comment