SELAR…. Haji Awang menyelar tindakan Amde dan SAPP yang mempersendakan Islam.
Oleh: SHAIMON S JUMADI
RAMAI di kalangan Umat Islam merasa kecewa dan terkilan terhadap tindakan seorang Timbalan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Amde Sidek, yang secara terang-terangan menentang habis-habisan perlaksanaan undang-undang Anti Murtad yang bakal dilaksanakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHAEINS) dalam masa terdekat ini.
Timbalan Pengerusi USIA Bahagian Sandakan, Hj Awang Japar @ Omar (gambar) ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Yang Dipertua PAS Sabah, Hj Hamzah Abdullah berhubung isu penentangan pelaksanaan undang-undang Anti-Murtad oleh Amde Sidek yang telah tersiar di Sabahkini.net baru-baru ini menjelaskan umat Islam yang lain turut kecewa dan hampa.
Kata Hj Awang, tindakan Amde boleh mengguris hati seluruh Umat Islam sejagat kerana ini isu agama Islam dan jangan sesekali dipersenda-sendakan kerana boleh mengundang dan mencetuskan huru hara di kalangan masyarakat Islam.
“Sikap SAPP mencampur adukkan agama dan politik amat tidak wajar, sedangkan ramai umat Islam menjadi ahli SAPP. Bukankah tindakan ini akan ramai yang kecewa dan terkilan. Made seolah-olah menggali lubang untuk mengubur partinya sendiri,” jelas Hj Awang lagi.
Tambah Hj Awang, SAPP belum pun memerintah dan menjadi kerajaan negeri, namun sudah buat banyak karenah terutama sekali tentang undang-undang Islam. Sepatutnya Amde dan SAPP turut menyokong mengenai perlaksanaan undang-undang tersebut oleh pihak JHEAINS bukannya menentang.
Ekoran tindakan SAPP dan Amde benar-benar menimbulkan kemarahan Umat Islam kerana tindakan Amde bertentangan dengan akidah Islam di samping mencemarkan nama baik kesucian Agama Islam sebagai agama rasmi Negara.
“Sebagai seorang ahli UMNO/BN saya merayu agar para pemimpin politik khusus UMNO di Sabah, supaya mengutuk sekeras-kerasnya terhadap perilaku dan tindakan songsang Amde Sidek (SAPP) yang menentang usaha JHEAINS untuk melaksanakan undang-undang yang dimaksudkan, sedangkan Amde juga beragama Islam,” tegas Hj Awang.
Hj Awang selanjutnya bersyukur dan berterima kasih kepada Hj Hamzah Abdullah (PAS) walaupun berlainan ideologi fahaman politik, tetapi sebagai umat Islam, beliau begitu prihatin dan mengambil berat tentang syiar dakwah Islamiah di Negara ini yang sering dipersenda oleh umat Islam sendiri, seperti Amde.
JANGAN CABAR PERKARA 20 SABAH ! TIADA PAKSAAN DALAM MEMILIH AGAMA. SABAH BUKANNYA NEGARA ISLAM. SEBARKAN ISLAM MELALUI DAKWAH BERHEMAH DAN BUKANNYA PENGUATKUASAAN UNDANG2ISLAM VERSI SEMENANJUNG ! KELUAR KAMU (PAS,BN,PKR DLL )PARTI IMPORT SEMENANJUNG DARI BUMI SABAH !
ReplyDeleteSekali lg "sesorang yg buta" telah memberi ulasan/kenyataan yg tidak boleh diterima. Perjanjian 20 Perkara begitu jelas, tetapi org buta hati akan tetap buta hati disebabkan kefanatikan agama.
ReplyDeletePoint 1: Religion
While there was no objection to Islam being the national religion of Malaysia there should be NO STATE RELIGION in NORTH BORNEO (SABAH & SARAWAK), and the PROVISIONS RELATING to ISLAM in the PRESENT CONSTITUTION of MALAYA "SHOULD NOT APPLY to NORTH BORNEO.
Agaknya nak kena pakai bahasa apa baru faham? kalau bilang nda mengerti bahasa english tapi pegang jawatan tinggi2. aneh.............
Sesuatu undang2 yg ingin dikuatkuasakan hendaklah tidak mencabuli mana2 perkara dlm perjanjian 20 perkara. 20 Points Agreement adalah asas utama dlm pembentukan negara kesatuan Malaysia dan ia tidak harus dipertikaikan apa lg utk dibelakangi. kita harus mengangap sesiapa sahaja warganegara Malaysia yg tidak mengiktiraf Perjanjian 20 perkara ini sebagai tidak mengiktiraf negara Malaysia dan Perlembagaanya. Dia juga tidak layak utk digelar warganegara.
ReplyDeletePemimpin atau rakyat Sabah yg menjadikan semenanjung sbg tuan mereka samalah mereka ini statusnya sbg penderhaka dan pengkhianat Sabah. Janganlah sewenang2nya menghukum penganut bukan Islam dgn hukum Islam ciptaan semenanjung ini. Mereka (pendukung Islam) ini sewajarnya mengkaji balik punca kemurtadan ini dan bukannya terus menghukum.Saya melihat punca utama kerosakan umat islam di sabah ialah akibat munculnya Undang2 keluarga Islam Malaysia(ciptaan semenanjung) di mana didalam undang2 ini terlalu banyak bidaah yakni undang2 yg diada2kan atau lebih tepatnya birokrasi dlm sesuatu urusan. ambil sj contoh yg paling mudah iaitu prosedur perkahwinan, jika zaman rasulullah,prosesnya amat mudah hanya perlu pengantin lelaki, pengantin perempuan, wali, 2saksi lelaki dan ijab qabul..TETAPI SKG, ramai pasangan yg ingin bernikah perlu mendapatkan lesen kahwin terlebih dahulu iaitu sijil kursus kahwin(RM80/2hari kursus), surat kebenaran nikah dari pejabat agama, mohon wali hakim di mahkamah syariah bg mualaf yg mana proses ini berminggu2..utk kelulusan bernikah perlu bayaran lagi kpd imam, 2saksi yg harganya beratus ringgit sbg sagu hati dan pelbagai lagi urusan yg xperlu.itu baru hal nikah, belum lagi bagi kes yg lain.KENAPAKAH USIA DAN JHEINS TIDAK MENGAMBIL CONTOH UNDANG2 ISLAM SEPERTI DI SELATAN THAILAND YG 90%(MENURUT SAYA)DEKAT DGN UNDANG2 ISLAM SEBENAR KHUSUSNYA BAGI HAL PERNIKAHAN.ingat..Islam itu mudah..maka permudahkanlah segala urusan..sampaikanlah Islam itu dgn cara yg bijaksana dan berhemah..bukannya melalui cara paksaan,ugutan dan dasar kuku besi..RAKYAT SABAH MENENTANG SEGALA PERCUBAAN MENCABULI KEBEBASAN BERAGAMA DI SABAH. TIADA AGAMA RASMI DI SABAH. HORMATILAH AGAMA LAIN AGAR AGAMA ANDA DIHORMATI.
ReplyDeletePeringatan: Ketuanan melayu dan Islam tidak berasal dari bumi Sabah. Ia merupakan hasil impot pendatang2 dari semenanjung.
ReplyDeleteAwaslah!
Jika undang2 anti murtad ini tetap dilaksanakan jg..implikasi negatifnya sudah pasti ramai bukan Islam akan semakin jauh utk mendekati dan memahami Islam..gunakalah pendekatan yg lebih mesra dan berhemah( bukannua hukuman melalui undang2)..
ReplyDeleteWe Sabahans should practise freedom of religion and association...Amde...we support you
ReplyDelete