Sunday, 23 January 2011

MELAYU UMNO MANUSIA SAMPAH?



Oleh : NASPAZI

ANJING! Anjing yang lapar bukan sahaja bising dan kuat menyalak, bahkan kadang kala garang dan ganas, namun tatkala diberi tulang, nescaya diam dan senyap mendadak.

Tetapi, sering kali juga anjing yang dibaling dengan batu, ia akan menyalak sekuat-kuatnya batu yang menyakitinya dan bukannya orang yang membalingnya dengan batu tersebut. Justeru, lantaran warga Borneo silam pernah muncul sebagai yang terkuat di rantau ini, maka mentaliti anjing bukanlah budaya warga Borneo moden gamaknya.

Dalam konteks komponen negara (Persekutuan Malaya, Sabah dan Sarawak) yang telah bergabung menjadi ‘Malaysia’, warga tulen Sabah mungkin begitu menyalahkan kebanjiran jutaan warga Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dari pelbagai negara atau Maglapus di Sabah, yang kini mereka telah mendapat status dan hak setara sama seperti warga tulen Sabah.

Senario ini termasuklah dalam soal kuasa mengangkat atau diangkat menjadi pemimpin negara, lantaran mereka telah memiliki IC Projek Melayu UMNO. Yang demikian, memang membolehkan mereka mengundi atau diundi dalam pilihanraya.

Menyentuh soal kontrak sosial yang berhubung dengan kewarganegaraan di Borneo Utara (Sabah), sebagaimana yang telah dinyatakan atau ditulis dalam Perkara 10 ‘Perjanjian 20 Perkara’ jelas membayangkan atau mengisyaratkan bahawa, kewarganegaraan di Sabah adalah berasaskan kepada prinsip Jus Soli yang bermaksud ‘hak untuk kawasan’ atau penentuan kewarganegaraan seseorang adalah mengikut tempat kelahirannnya dan bukannya kewarganegaraan Jus Sanguinis yang didasarkan kepada prinsip ‘hak darah’ (by blood) atau kewarganegaraan seseorang itu kerana mengikut keturunan orang tuanya.

“The recommendation in paragraph 148 (k) of the Report of the Cobbold Commission should govern the citizenship rights in the Federation of North Borneo subject to the following amendments:

a) sub-paragraph (i) should not contain the proviso as to five years residence

b) in order to tie up with our law, sub-paragraph (ii)(a) should read “7 out of 10 years” instead of “8 out of 10 years”

c) sub-paragraph (iii) should not contain any restriction tied to the citizenship of parents – a person born in North Borneo after Malaysia must be federal citizen.”

Sehubungan dengannya, warga tulen Sabah sewajarnya mengambil kira secara serius dan mendalam, bahawa sanya masalah status dan hak Maglapus di Sabah adalah berpunca daripada kesalahan dan kesialan IC Projek haram yang diberikan oleh Melayu UMNO kepada mereka, yang secara benarnya bukan sahaja menjadi kesalahan besar antara negara, bahkan pelanggaran moral terbesar terhadap harga diri warga tulen Sabah oleh Melayu UMNO.

Oleh itu, betapa kewarganegaraan Maglapus melalui IC Projek haram Melayu UMNO sah tiada kaitan dengan prinsip sama ada Jus Soli atau Jus Sanguinis. Justeru, dasar kewarganegaraan IC Projek haram Melayu UMNO kepada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) atau Maglapus di Sabah adalah berasaskan kepada prinsip ‘Jus Dubur’ gamaknya.

Dalam konteks kenegaraan bersama antara Persekutuan Malaya, Sabah dan Sarawak, betapa seluruh warga Sabah dan Sarawak wajib sedar dan insaf bahawa, Sabah dan Sarawak bukan menyertai Malaysia atau masuk Malaysia. Tegasnya, Sabah dan Sarawak tidak masuk Malaysia atau menyertai Malaysia, bahkan Sabah dan Sarawaklah yang membentuk Malaysia, dalam konteks tiga negara bersatu menjadi ‘Negara Malaysia’.

Dengan kata lain, tanpa Sabah dan Sarawak tidak ada Malaysia atau kalau bukan kerana Sabah dan Sarawak tidak wujud Malaysia, yang ada hanyalah Persekutuan Malaya yang terdiri dari gugusan 11 buah negeri. Yang demikian, Persekutuan Malaya sahaja bukan Malaysia dan Malaysia juga bukan Persekutuan Malaya. Oleh sebab itu, Malaysia hanya wujud pada 16.9.1963, selepas ‘Perjanjian 20 Perkara’ disepakati dan dipersetujui bersama oleh semua negara yang terlibat untuk ditnandatangani di London pada 9.7.1963.

Justeru, betapa IC Projek haram Melayu UMNO kepada Maglapus adalah perbuatan terkutuk yang sekaligus mengesahkan yang mereka memang manusia penipu keparat dan pengkhianat bangsat, pencabul musibat dan pemerkosa laknat terhadap ‘Perjanjian 20 Perkara’ yang menjadi teras kepada komponen bernegara bersama dalam konteks pengwujudan (Persekutuan Malaya, Sabah dan Sarawak) menjadi negara bersatu atas nama ‘Malaysia’. Lantarannya, tidak syak lagi bahawa, Melayu UMNO adalah manusia sampah terbusuk.

Manusia sampah terbusuk dalam paradigma saya adalah manusia yang pemungkir janji dan curang, muflis harga diri dan tiada maruah, tidak berguna dan tidak bermanfaat. Manusia yang hanya berniat busuk, yang berfikiran jahat, yang penuh dengan tipu daya dan munafik adalah manusia sampah.

Manusia yang tergamak menghancurkan atau memusnahkan kehidupan orang yang baik, sama ada dengan cara ‘C4’ atau fitnah, yang tidak memiliki kasih sayang dan belas kasihan, yang rakus dan kejam, yang pembohong dan pendusta, yang penipu dan pengkhianat, yang menjadikan perkataan liwat dan lancap, bontot dan lubang dubur sebagai zikir dan wirid saban hari di khalayak antarabangsa adalah manusia sampah.

Justeru, Melayu UMNO sah pengamal budaya munafik keparat bangsat original sebagai penipu hina terbesar di khalayak dunia yang paling aib dalam sejarah Melayu waktu muka kelak sepanjang zaman.

Dengan ungkapan lain, Melayu UMNO adalah pemakan, penghisap dan penjilat kahak hijau Joseph Goebbels, menteri propaganda German di ambang Perang Dunia Kedua yang menjadikan prinsip kebohongan dan penipuan keparat sebagai senjata provokasi untuk mencapai dan mempertahankan kuasa kediktatoran mereka dalam parti National Socialist German Workers' Party (NAZI) pimpinan Adolf Hitler.

“...If you tell a lie big enough and keep repeating it, people will eventually come to believe it “ (Jika anda memberitahu satu pembohongan yang cukup besar dan asyik mengulangnya, rakyat akan sedar dan akhirnya mempercayainya).

Alangkah hinanya dan rendahnya akhlak Melayu UMNO yang dengan muka temboknya melafazkan perkataan Melancap, Meliwat dan Lubang Dubur di khalayak antarabangsa. Alangkah curangnya dan khianatnya Melayu UMNO yang perasan dengan menganggap Sabah dan Sarawak sebagai wilayah Persekutuan Malaya yang ke 12 dan ke 13 gamaknya.

Alangkah penipu dan pembohongnya Melayu UMNO yang mewar-warkan Sabah dan Sarawak kononnya masuk Malaysia atau menyertai Malaysia, pada hal Sabah dan Sarawaklah yang membentuk Malaysia, sebab itu tidak wujud Malaysia sebelum ditandatangani Perjanjian 20 Perkara di London pada 9 Julai 1963 sebagai syarat pembentukan Malaysia. Alangkah biadabnya dan kejinya Melayu UMNO yang hendak melenyapkan Perjanjian 20 Perkara, pada hal tanpa Perjanjian 20 Perkara tidak ada Malaysia.

Alangkah kotornya dan jijiknya Melayu UMNO yang kononnya berjuang demi Islam, tetapi menjadikan perkataan Melancap, Meliwat dan Lubang Dubur sebagai zikir dan wirid mereka saban hari yang diperkasakan oleh media kesyaitanannya dalam usaha menghancurkan saingan politiknya.

Alangkah malunya dan aibnya Melayu UMNO yang kononnya berjuang demi kelangsungan ‘Negara Malaysia’ yang berteraskan agama Islam sebagai ‘Negara Islam’, namun sarat dengan pelbagai bentuk jenayah paling kejam, sadis dan tragis dalam sejarah manusia. Bahkan, negara yang paling aman dan selamat di dunia adalah New Zealand, yang menjadi negara komponen Great Britain yang tidak memperalatkan sebarang agama sebagai senjata politiknya.

Justeru, seluruh warga Borneo moden hancurkan kerajaan parasit Melayu UMNO, bungkus kerajaan Melayu UMNO bersama kedustaan agungnya dan campak mereka ke dalam longkang kekalahan terhina dalam lapangan demokrasi melalui kuasa keramat undi setiap rakyat, sebab longkang terbusuk kekalahan dan kehancuran adalah arena dan tempat buat mereka yang paling layak dan sesuai, lantaran kebohongan agung dan kecurangan keparat mereka dalam menipu warga Borneo sekian tahun.

Yang demikian, bukan sahaja sebagai tanda wibawa baru, bahkan penanda aras kesedaran dan kearifan baru seluruh warga Borneo dalam bernegara, berkerajaan dan bermasyarakat, bahawa sanya Melayu UMNO tidak selamanya boleh memperalat atau memperbodoh warga Borneo.

Oleh itu, dalam pilihanraya yang mendatang, berdasarkan kepada kesedaran dan kearifan baru, dengan kuasa keramat undi di tangan warga Borneo dalam usaha mengangkat pemimpin dan kerajaan baru, pastikan seluruh pengamal politik Melayu UMNO dan boneka barua kuda tunggangannya kini dan sekarang musnah dan ranap sepenuhnya dari bumi Borneo.

Sesungguhnya, betapa nilai maruah dan harga diri warga Borneo tidak ternilai harganya, justeru kedaulatan kerajaan parasit Melayu UMNO di bumi Borneo melalui ‘vacuum cleaner’ dan boneka barua kuda tunggangannya bukan galang gantinya!

Yang demikian, seandainya Melayu UMNO tiba-tiba menemui semula RM52 bilion (RM52 Ribu Juta) saham bumiputera yang dikatakan lesap dari jagaan Melayu UMNO tersebut, kemudian mereka melambakkannya di Sabah untuk membeli maruah, harga diri dan kuasa keramat undi rakyat dalam pilihanraya.

Jelaskan kepada mereka, bahawa sanya perbuatan dan perangai mereka itu bukan sahaja bertentangan dengan keluhuran demokrasi, kesucian agama dan kemurnian akhlak manusia yang baik, bahkan ia adalah kolam najis rasuah terkutuk yang Allah dan Nabi melaknatnya.

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan” (QS 66:6).

Dalam siri paradigma saya yang lepas, antara lain saya menyatakan bahawa, ungkapan kata neraka menyentuh seluruh tata hidup manusia semasa hidup dan selepas mati. Perilaku jenayah atau penjenayah adalah ‘C4’ kepada orang yang baik, penyakit yang meranapkan keamanan bermasyarakat dan bernegara, di samping mencetuskan kebimbangan tentang keselamatan manusia sejagat.

Di manakah terletaknya sarang penyakit itu? Rasulullah menjelaskan bahawa perut merupakan sarang segala penyakit.

“Perut manusia itu tempat segala penyakit”. (Riwayat ad-Dailami).

Sedia maklum bahawa perut itu tempat mengisi makanan. Makan bukan sahaja sebagai satu cara untuk meneruskan hidup, bahkan apa yang dimakan mempengaruhi tingkah laku seseorang. Justeru agama, khususnya agama Islam mewajibkan penganutnya hanya memakan makanan yang halal, yang juga diperoleh dari sumber yang halal.

Menyentuh soal rasuah. Rasuah bukan pendapatan atau rezeki yang diperoleh dengan cara yang halal. Betapa Rasulullah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah.

“Pemberi rasuah dan penerima rasuah akan dicampak ke dalam neraka” (Riwayat Al-Turmizi).

Rasulullah bukan sahaja melaknat, bahkan memberi amaran keras kepada para pemberi dan penerima rasuah sebagai bakal dicampak ke dalam neraka, nyata bahawa rasuah itu tidak halal. Dengan ungkapan lain, seluruh yang terlibat memasak dan memakan hasil rasuah itu, sudah tentu memakan makanan yang tidak halal.

Makanan yang tidak halal itu akan disimpan di dalam perut sebagai penyakit. Penyakit dari sumber makanan yang tidak halal itu, sudah tentu menjelma dalam pelbagai bentuk penyakit tingkah laku, sehingga keluarga yang sepatutnya harmoni, bertukar menjadi porak-peranda tanpa kasih sayang laksana neraka.

Dengan kata lain, betapa perut seluruh warga perasuah, yang begitu di isi dengan makanan dari sumber yang haram, yang ada janji neraka kehidupan untuk mereka, yang akan berkembang menjadi neraka kehidupan berkeluarga, neraka kehidupan bermasyarakat dan neraka kehidupan bernegara, hatta neraka kehidupan di persada antarabangsa.

Demikianlah, masyarakat dan negara akan menuai dari apa yang telah disemai sebelumnya. Sesungguhnya, betapa statistik Bukit Aman dengan jelas menunjukkan bahawa, dalam pelbagai bentuk jenayah kejam dan tragis yang dilakukan oleh warga Malaysia termasuklah dalam perlakuan bunuh dan rogol, rompak dan samun pada tahun 2010 berjumlah (135,121) kejadian.

Manakala pada tahun 2009 pula berjumlah (157,539) kejadian, yang juga tidak sewajarnya berlaku dalam sebuah negara seperti Malaysia yang mendakwa sebagai ‘Negara Islam’.

Oleh itu, betapa neraka kehidupan berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara yang menjadi hukum karma dari sumber makanan yang tidak halal atau haram oleh keluarga pemakan rasuah, akan terus menghantui masyarakat zaman-berzaman termasuklah keluarga yang baik-baik kerana akan dimangsakan atau menjadi mangsa oleh keluarga yang jahat dan kejam.

Lantaran mereka membesar dari sumber makanan yang tidak halal dan haram termasuklah dalam soal perlakuan rasuah. Kalau begitu, jauhilah rasuah dan jangan berani memberi makan keluarga dari sumber rasuah. Bahana rasuah buruk padahnya kepada keluarga, masyarakat dan negara.

Sehubungan itu, harta sebenar seseorang hanyalah apa yang telah dimakannya dari sumber yang halal. Yang lain, betapa banyak sekalipun harta yang dirompak dan dikumpul oleh pengamal ‘vacuum cleaner’ Melayu UMNO dan boneka barua kuda tunggangannya di Sabah, semuanya bagaikan air yang semakin kuat digenggam semakin hilang, gamaknya.

Bahkan, setiap orang sebenarnya tidak mampu memiliki dirinya sendiri untuk selama-lamanya. Oleh itu, muara kedamaian dan keselamatan berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara adalah kejujuran, persada kejujuran adalah etika dan moral yang baik dan terpuji.

Lantaran itu, pepatah purba Belanda mengatakan bahawa, ‘eerlijk duurt ‘t langst (jujur itu abadi)

14 comments:

  1. Saya percaya, pemberian IC palsu ini bukanlah semua melayu yang terlibat. Jadi tidak perlu menyatakan Melayu disini kerana itu menunjukkan semua Melayu.

    ReplyDelete
  2. Bercakap tentang IC palsu semangnya bukan asing lagi kepada rakyat sabah. Sehingga kehari ini pelbagai usaha telah dilakikan, walaupun kerajaan sudah berusaha untuk melakukan pelbagai Ops tetap sahaja, bilangan mereka semakin hari semakin bertambah. Mungkin sudah tiba masanya kerajaan mengunakan cara lain untuk membenteras pemberian IC palsu ini.

    ReplyDelete
  3. Saya tidak pasti adakah anda pernah membaca berita yang berkaitan dengan IC palsu, yang mana rakyat biasa pun sudah berteknologi untuk membuat IC palsu. Jika saya tidak silap berita itu diterbitkan pada tahun 2009, dan tentu sekali penangkapan dilakukan. Didapati 3 yang terlibat 2 orang tempatan dan 1 lagi warga asing.

    ReplyDelete
  4. tidak perlu saling menyalahkan, apa yang penting adalah semua kena berusaha untuk menyelesaikan masalah yang ada.

    ReplyDelete
  5. tahun lepas terdapat kes dimana wujud sindiket yang mengeluarkan ic/Mykad kepada PATI. jadi adalah menjadi satu kesalahan juga jika kita menyalahkan pihak lain sedangkan dalang sebenar terus dibebaskan oleh kita sendiri.

    ReplyDelete
  6. Sabah memiliki kawasan perairan yang paling panjang dan luas sementara penguatkuasa maritim tidak mempunyai kakitangan yang cukup untuk memantau perairan kita. terdapat 9000 kekosongan jawatan di seluruh negara. jika rakyat Sabah sendiri tidak mahu atau tidak berminat untuk mengisi jawatan ini jangan la salahkan kerajaan jika ramai PATI memasuki Sabah. mengawal perairan bukan satu tugas yang mudah.

    ReplyDelete
  7. adakah dengan menukar kerajaan, semua masalah2 di Sabah akan selesai? parti pembangkang mana yang mampu menyelesaikan masalah2 dalam dan luar negara? kalau parti sendiri tidak mampu dijaga, jangan haraplah mau jaga sebuah negara. berkenaan dengan kadar jenayah, lihatlah statistik mana negeri yang lebih menonjol. Pulau Pinang dengan jumlah tertinggi kes penagih dadah, kelantan dengan pengidap HIV, Selangor dengan kes buang bayi, maksiat dan pelbagai jenayah.

    ReplyDelete
  8. lebih baik semua bekerjasama dalam menyelesaikan masalah ini.

    ReplyDelete
  9. yang pasti tanpa sabah dan sarawak TIDAK akan wujud malaysia seperti sekarang..

    ReplyDelete
  10. satu memorandum sudah dihantar kepada KDN baru2 ini oleh Datuk Wilfred Bumburing berhubung dengan isu IC Palsu namun sehingga kini masih belum ada tindakan dari KDN.

    ReplyDelete
  11. rakyat sabah seharusnya sedar dan peka akan hak mereka dalam persekutuan malaysia..perjanjian 20 perkara harus dipertahankan..

    ReplyDelete
  12. diharap pihak berkenaan khasnya KDN mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengatasi isu ini.

    ReplyDelete
  13. demikian juga dengan isu PATI yang seperti tiada penghujungnya di sabah..

    ReplyDelete
  14. Cara paling berkesan untuk membenteras masalah PATI & IC Project ialah dengan mengguna pakai kaedah yang dilakukan oleh suku Dayak terhadap suku Madura di Sampit,Kalimantan, Indonesia.

    Rakyat tulin Sabah sendiri harus bertindak kerana agensi KERAjaan seperti Polis dll tidak boleh diharap lagi....

    ReplyDelete