Tuesday 25 January 2011

SESB BANTERAS CUBAAN SELEWENG MINYAK



Oleh: DATUK IR. BAHARIN BIN DIN

JABATAN Keselamatan dan Risikan SESB dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Kota Kinabalu dan Tawau telah berjaya membuat serbuan dan tangkapan ke atas aktiviti penyelewengan minyak diesel berhampiran Pencawang Pembahagian Utama (PPU) SESB di Pasir Putih, Tawau pada jam 10.40 malam, 22 Januari 2011 (Sabtu) yang lalu.

Cubaan menyeleweng minyak diesel sebanyak 13,114 Liter (L) ini dianggarkan bernilai RM 29,204.88, sepatutnya digunakan untuk menjalankan set-set janakuasa jenis kanopi SESB yang berkeupayaan 20 MW (MegaWatt) di Pasir Putih, Tawau.

Tangkapan kali ini melibatkan seramai empat (4) orang awam dan seorang anggota kerja SESB. Selain itu, satu (1) lori tangki minyak juga turut dirampas dipercayai digunakan bagi mengangkut minyak tersebut.

SESB mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak SPRM yang telah membantu SESB dalam perancangan operasi yang begitu jitu sehingga mencapai matlamatnya. SESB akan mempergiatkan aktiviti siasatan dan pembanterasan penyelewengan seperti ini untuk mempastikan Tidak Akan Ada Penyelewengan dalam pengurusan minyak SESB.

No comments:

Post a Comment