Sunday 23 January 2011

MAYOR KK CINA, TYT BUKAN ISLAM?



Oleh: HAMZAH ABDULLAH

PAS Sabah menyeru semua pihak supaya menghentikan desakan atau tuntutan bagi mengisikan sesuatu jawatan yang bakal dikosongkan berdasarkan kepentingan kaum tertentu.

Desakan atau tuntutan supaya jawatan Mayor Kota Kinabalu diberikan kepada orang Cina mempunyai unsur rasisme dan amat bahaya dalam konteks senario negara yang berbilang bangsa dan agama.

Apakah selepas ini akan timbul pula tuntutan supaya jawatan TYT Sabah juga diberikan kepada kaum tertentu yang mendominasi populasi bandar hanya dengan alasan istana TYT terletak di bandaraya Kota Kinabalu dan oleh yang demikian TYT dari kaum berkenaan akan lebih memahami keperluan dan citarasa populasi bandar?

Ini logik yang mesti dihalusi oleh pihak yang punya autoriti dalam menentukan calon yang layak mengisikan kekosongan jawatan Mayor KK kelak.

PAS mempunyai sebab untuk merasa bimbang kerana desakan dan asakan yang bertali arus terus menerus dihalakan kepada kerajaan BN yang ditunjangi UMNO yang kelihatan semakin lemah dan lembik.

Apakah UMNO akan akhirnya memenuhi tuntutan supaya Mayor Kota Kinabalu diberikan kepada kaum lain sedangkan secara tradisinya sudah termaktub persefahaman bahawa kuota Mayor KK diberi kepada Bumiputra Muslim sementara Mayor Sandakan milik kaum Tionghua, bakal disaksikan oleh rakyat Sabah bila tiba masanya nanti.

11 comments:

  1. Kita sudahpn melangkah ke tahun 2011. kemodenan selalunya membuatkn tradisi tidak lg releven apa lg dlm soal pelantikan sesorg ke sesuatu jawatan tertinggi di satu2 organisasi. tiada apa masalahnya dlm melantik bukan muslim ke jawatan mayor bandaraya. tiada apa yg harus diperhalusi d sini. cuma fikirkan rasionalnya. seorang mayor bukan islam samada berketurunan cina atau kadazandusun yg menjadi mayor tidak akan membuatkan penduduk islam dipinggirkan atau dibelakangkan. ia berkenaan kemampuan utk menabur khidmat. bukan berkenaan agama. mayor dan agama tiada kaitan lansung. PAS Sabah ini nampaknya cendrung utk memutarbelitkan isu dan dgn secara sedar dn sengaja membuat kenyataan dn ulasan yg boleh membangkitkan amarah org lain utk membenci sesuatu kaum.

    ReplyDelete
  2. Soal siapa dilantaik Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, bukan berdasarkan kepada Suku Kaum, agama dan Bangsa, tertapi sebaliknya berdasarkan kepada Kebolehan, kredelibiti dan dan Mereka yang benar-benar berkhidmat untuk Rakyat !, Perlantikan TYT juga tidak semestinya Beragama ISLam kerana dalam Perlebnagaan Negeri Sabah, Ketua Agama ISlam di Sabah terletak di Bawah Kuasa Ke Bawa Duli Mulia yang DiPertuan Agong, tetapi amalan sekarang adalah terpesong daripada Syarat Penyertaan Sabah Membentuk Malaysia 16 September 1963.

    ReplyDelete
  3. tidak kisahlah siapa yag akan dilantik, yang penting layak dan mampu menjalankan tugas dengan baik.

    ReplyDelete
  4. Doesn't matter what race or religion the mayor or TYT is,as long as the person who will hold those position is qualified and is a responsible person.

    ReplyDelete
  5. Kenapa tidak sedangkan Ketua menteripun pernah sandang oleh orang cina dan bukan melayu.

    ReplyDelete
  6. Saya rasa tidak ada masalah jika ini semua berlaku, kerana disabah, sudah biasa dengan semua ini.

    ReplyDelete
  7. jelas disini siapa yang sebenarnya suka bermain dengan sentimen perkauman semata2 untuk kepentingan politik. jika PAS yang mentadbir negeri Sabah ini, entah la macam mana keadaan negeri Sabah 10 tahun akan datang. mereka lebih suka menggunakan pendekatan kaum dan agama untuk jawatan2 penting berbanding dengan kualiti, kemampuan, kemahiran dan kredibiliti seseorang.

    ReplyDelete
  8. tidak semua yang terlintas difikiran ahli2 politik ini boleh dibantah atau dipersetujui. lihat dahulu realiti dan rasionalnya sesuatu tindakan itu sebelum membuat kenyataan sendiri.

    ReplyDelete
  9. tak perlulah nk politikkan hal ini, jika seseorang itu layak, dia akan memegang jg jawatan tersebut.

    ReplyDelete
  10. Dah disahkan Mayor KK dan TYT adalah keturunan KDM.

    ReplyDelete