Tuesday 25 January 2011

MAJLIS PIMPINAN PKR SABAH 2011


Saudara Pengarang,

INGIN saya maklumkan kepada sahabat sahabat media bahawa, Majlis Pimpinan Negeri, Parti Keadilan Rakyat Sabah telah mengadakan mesyuarat sebentar tadi di Pejabat Majlis Pimpinan PKR Sabah. Antara ketetapan yang dicapai melalui mesyuarat tersebut yang turut dihadiri oleh majoriti Ketua-Ketua Cabang dan Ketua Wanita PKR, Sabah ialah :

-Mencadangkan Christina Liew sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR negeri Sabah.

-Mencadangkan Datuk John Ghani dan Anthony Mandiau sebagai Naib Pengerusi.

Atas kuasa saya mengikut perlembagaan PKR Fasa 22.3, saya juga turut melantik Datuk Hamzah Amir sebagai Setiusaha Badan Perhubungan, Datuk Karim Ghani sebagai Ketua Penerangan dan Brett Chua sebagai Bendahari.

Berpegang pada janji Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dihadapan YB Lim Kit Siang dan YB Ustaz Nasarudin Mat Isa dan ribuan hadirin lain di Putra Ballroom, Bukit Padang, pada 16 september 2010, bahawa negeri Sabah terutama PKR Sabah diberi Autonomi sepenuhnya, maka saya sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sabah, dengan ini mengesahkan bahawa nama-nama tersebut di atas dilantik atas jawatan-jawatan yang disebut tertakluk kepada penerimaan mereka yang dilantik.

Salam Hormat

Yang Benar,

PAJUDDIN NORDIN

Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Sabah.

No comments:

Post a Comment