Sunday 30 January 2011

NOH OMAR PATUT MINTA MAAF



OLEH : PNK TAWAU.

MENTERI Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, Datuk Noh Omar yang telah mengeluarkan arahan perlantikan Pengerusi Baru Persatuan Nelayan Kawasan Tawau 26 Januari 2011, walaupun beliau tahu bahawa Persatuan Nelayan Tawau telah melantik Pengerusi mereka, Hasan Timbasal secara sah.

Mengikut peruntukan undang-undang Persatuan Nelayan Tawau di bawah Pasal 12 (5) yang menyebut :

“Pengerusi Lembaga Pengarah akan dilantik oleh Menteri daripada ahli-ahli Lembaga Pengarah atau sesiapa sahaja TETAPI jika Menteri tidak melantiknya dalam masa sebulan daripada pemilihan itu, Maka ahli-ahli lembaga pengarah boleh memilih salah seorang daripada mereka sebagai Pengerusi.”

Hasan Timbasal yang telah mempengerusikan Persatuan Nelayan Tawau adalah Penaja dan Pengasas Persatuan Nelayan Tawau sejak diasaskan beberapa tahun yang lalu telah menjalankan tugas dengan cemerlang sehingga hari ini setelah mendapat mandat dari ahli persatuan berkenaan sejak sekian lama.

Perkhidmatannya sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah PNK Tawau akan tamat pada pada tahun ini iaitu sebelum 31 Mac 2011 dan mesyuarat agung pemilihan akan diadakan sebelum tarikh berkenaan.

Jesteru itu Persatuan Nelayan Tawau agak kesal dan terkilan dengan tindakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ini walaupun kami tidak menyangkal hak Menteri di bawah Perlembagaan Persatuan Nelayan mengikut perkara dalam perkara 12 (6) kerana beliau berkuasa melantik sesiapa sahaja yang dia mahu menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah.

PNK Tawau terkilan mengenai kewajaran tindakan seorang menteri yang telah menggunakan kuasanya tanpa usul periksa dan bertindak secara tidak logik sehingga menyebabkan perlantikan dua orang pengerusi bagi satu persatuan.

Adalah tidak wajar seorang Pengerusi yang dilantik oleh Menteri memegang jawatan berkenaan dalam tempoh kurang dari 5 hari sahaja kerana Mesyuarat Agung pemilihan akan diadakan bulan hadapan oleh perwakilan dan ahli-ahli PNK Tawau bagi memilih Ahli Lembaga Pengarah yang baru.

Jesteru itu pihak Lembaga pengarah PNK Tawau akan mengadakan satu mesyuarat bagi memutuskan dan membincangkan surat yang diterima dari Pendaftar Persatuan Nelayan Malaysia yang dikeluarkan pada hari Ahad itu (Hari Cuti) bertarikh 16 Januari 2011 dan jika perlu, PNK Tawau akan mengemukakan satu surat kepada Menteri berkenaan mengenai perkara ini .

Pejabat Persatuan Nelayan Tawau yang menerima surat daripada Pendaftar pada 26 Januari 2011 akan mengkaji rayuan menteri di bawah Fasal 51 (4) sebelum 24 Mac 2011, dalam masa 30 hari dari tarikh surat berkenaan diterima.

Ini menunjukan bahawa keputusan muktamad Menteri hanya akan diaksanakan selepas 25 Mac 2011 kerana tarikh tempoh perkhidmatan Pengerusi tidak sampai pun lima hari.

Maka pada anggapan kami keputusan menteri dan surat pendatar mengenai kes ini adalah tidak wajar, jika bertujuan untuk mengarahkan Pengerusi baru duduk menjalankan tugasnya kurang dari 100 jam sehaja sebelum Mesyuarat Agung dilaksanakan.

Kami bukan Ahli Politik, kami adalah Nelayan yang berkhidmat kepada Bangsa Agama dan Negara secara sukarela. Jangan gunakan kuasa untuk dipertontonkan kepada rakyat bahawa anda ada kuasa berbuat sesuatu terhadap semua lapisan rakyat secara sesuka hati, tidak kira nelayan, pekebun, usahawan dan juga NGO yang berkhidmat secara ikhlas untuk kepentingan Negara.

Ingatlah semua kumpulan sokongan mempunyai hak diperlakukan secara adil dan saksama sebagai rakyat biasa, secara bermaruah dan diberi penghormatan yang wajar; lebih-lebih lagi jika mereka amat berjasa kepada bangsa, agama dan negara walau di mana mereka berada.

Tiada perbezaan antara seorang Menteri dengan seorang nelayan. Jika seorang Menteri tidak menghormati Nelayan, maka nelayan juga berhak tidak menghormati Menteri. Sekali lagi kami minta menteri berkenaan minta maaf kepada Nelayan Tawau jika rasa diri ada maruah.

No comments:

Post a Comment